Posts

Showing posts from October, 2007

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Jalan-Jalan Cari Makan

Image
Sepanjang hari ni sibuk ngan urusan tender... takde masa nak tengok keje2 lain.. lepas habis kerja hubby ajak pi jalan2 cari makan kat alamanda... orang yang paing seronok si Amiera ler... semasa shopping kat carrefour, Amiera sempat lagi capai aiskrim... belum sempat bayar dah dibelasahnya dulu.. ni lah aiskrim yang menjadi mangsa amiera.. habis shopping kat carrefour.... kami gi makan kat McD... sebelum semppat sampai di MacD.. sempat lagi Amiera meragam nak gula2... aduh.. geramnya... sabar jelah... candy yang menjadi pujaan hati amiera.. yang best makan kat mcD ni ada tempat permainan.. bolehlah kami makan dengan aman.. amiera dah tak ingat nak makan.. asyik nak main aja..

Fenin la..fenin laa..

Image
Ekoran sakit kepala aku ni masih tak sembuh2... walaupun dah telan ponstan berbiji2... aku terpaksa cuti... kesian Amiera... aku dahlah tak larat nak bangun.. dia asyik.. "mama.. nak susu.." aku terpaksa gagahkan diri... lepas telan beberapa bijik lagi ponstan.. baru sakit aku berkurangan... ni pulak aktiviti amiera masa aku tengah sakit2 ni.. tengah2 hari buta tu ler dia nak pakai baju sejuk... baju lengan panjang.. seluar pendek.. apa kes! malam harinya laks.. aku buat puding buah2an.. walaupun bahan2nya tak cukup.. belasah je lah.. satukan semua bahan2.. panaskan sehingga pekat.. nilah hasilnya...

Raya2 ke Damansara Perdana..

Image
Setelah kepenatan membuat open house, hubby ajak ke rumah kawan dia yang berpindah ke Damansara Perdana.. walau dalam keadaan kepala yang sakit dan badan yang masih sakit2.. terpaksa gagahkan juga... Perjalanan hampir sejam sebab tersilap jalan.. akhirnya tiba jua... not bad.. kawan hubby baru aja memindahkan barang2 sedikit demi sedikit.. hasrat hubby untuk menolong mereka tidak kesampaian... Setiba di sana... hubby just sembang2 sambil tengok keadaan rumah yang telah diubahsuai sedikit... Amiera pun sibuk gaks.. Adam pun sibuk gaks dengan katilnya.. Me and my little princess.. Juadah yang mampu disediakan.. orang baru berpindahlah katakan.. rumah pun still tak habis kemas..

Open House in Da House

Image
Me and my hubby sepakat nak buat open house sempena hari raya tahun ini.. dan InsyaAllah ini adalah jamuan yang terakhir di kediaman kami di Putrajaya... tahun depan mungkin kami akan berpindah ke Putra Nilai... hopefully.. Aminnnnn... Dan menu untuk open house kali ini :- 1. Nasi minyak 2. Ayam masak merah 3. Jelatah / Acar ala-ala rojak 4. Nasi impit 5. Rendang ayam 6. Rendang daging 7. Masak lodeh 8. Sambal ikan bilis 9. Mee kari 10. Agar2 coklat 11. Puding buah peach 12. Air buah2an 13. Buah betik Al-kisahnya.... Malam sebelum jamuan diadakan... aku teramatlah sibuknya menyiapkan juadah iaitu nasi impit, agar2 coklat dan puding... selain mencuci pinggan mangkuk yang akan digunakan esok.. agar-agar coklat dan nasi impit puding buah peach Seawal jam 6.30 pagi aku bangun untuk menyiapkan juadah yang seterusnya iaitu... Nasi minyak Ayam masak merah Rendang ayam Masak lodeh Sambal ikan

Juadah untuk majlis hari raya taska AMIERA

Image
Semalam cikgu Amiera dah berpesan supaya membawa baju2 raya Amiera sebab diorang nak buat majlis sambutan hari raya kat taska tu... cikgu2 kat situ sempat pesan bawak kuih2 raya... erkkk... biskut2 raya mana cukup kalau nak bagi... apa yerk.. nak dimasak nak kasi kat diorang... haaa... aku plan nak masak nasi impit, kuah kacang dan agar2 coklat... tup2.. barang2 nak masak kuah kacang terhad... so, aku plan masak makaroni goreng ngan agar2 coklat aja... agar2 coklat aku dah siap masakkan malam semalam... pukul 5 pagi aku bangun siapkan bahan2 untuk masak makaroni goreng... lepas siap semua aku potong ler agar2 yang telah disejukkan semalaman dalam peti ais... rasanya??? ehehehhe.. belasah jerk.. sedap ke tidak... ingatkan nak buat nasi lemak sebab dah bangun pagi2 ni.. tapi tak sempatlah pulak.. sebab si kecik Amiera tu dah bangun jugak.. so, apa lagi mengacau aje lah kat dapur tu.. agar2 coklat yang telah siap dipotong... makaroni goreng... nyumphh... breakfast untuk hubby.. roti bakar

Hari yang memBOSANkan..

Image
Nak ngomel sikit pasal kerja ngan kerajaan ni.. kalau time free tu free ler sesangat nyaa.... tapi once dah dapat satu projek.. bermacam2 kerja yang remeh temeh mengganggu.. ni yang nak hangen satu badan ni... Al-kisahnya... sebelum cuti raya tempohari... dah dilantik jadi urusetia tender.. itu boleh diterimalah sebab buat ramai2... tapi lepas masuk keje balik... tengah dok sibuk2 nak menilai tender diorang ni suka2 hati mak bapak diorang nak melantik aku jadi urusetia teknikal bagi majlis persidangan pengurusan KKM... tak de ke orang lain lagi kat BTMK ni.. ingat aku ni hapa.. robot.. boleh buat semua kerja.. dahlah aku ni jenis high 'C'... aku kena siapkan kerja satu2.. fasilitator tu sendiri yang bagitahu... aku tak boleh buat kerja dengan banyaknya serentak.. boleh buat aku pressure... pergi kursus team building bagai nak rak.. tapi langsung tak dipraktikkan dalam kerja.. apa kes.. ingat kita orang bawah ni... suka2 hati diorang ler nak mengarah... banyak cantik... bukan ma

Jamuan Hari Raya Kelab BTMK, KKM

Image
Seawal jam 11.30 pagi... kami diarahkan untuk menghias meja sektor masing2 sempena jamuan hari raya yang akan di adakan selepas Mesyuarat Agung Kelab BTMK, KKM. Meriah sungguh.. pelbagai jenis juadah dan hiasan2 hasil kreativiti kakitangan di sini... menu yang dihidang dalam sektor kami ialah.. bihun goreng, kek coklat, brownies, nasi impit dan kuah kacang, biskut2 dan buah pisang.. lain dari yang lain... Sentuhan kali pertama... Sentuhan terakhir.. antara hiasan dari sentuhanku... cewah.. main belasah jerk.. Selepas mesyuarat diadakan, kami dengan perut yang lapar menunggu kata-kata akhir ucapan dari SUB... Tuan SUB sedang membuat penilaian... keputusan tidak lagi diketahui sektor manakah yang memenangi acara kali ini... 4 dara pingitan... cuba teka sapa yang dah kahwin??? makan ke ngumpat tu??

Ibu Jari Pulaks Jadi Mangsa..

Image
Perkara yang sepatutnya tidak berlaku lagi... berlaku jugak akhirnya... memang tak dapat nak dielakkan... Al-kisahnya... Hubby dan Amiera pergi beli diapers kat seorang penjual di kawasan terdekat... Selepas beli, Amiera masuk dulu ke dalam kereta mengikut pintu belah driver... hubby pulak meletakkan diapers di sit belakang.. ntah macam mana.. masa nak tutup pintu kereta.. tangan Amiera tersepit antara pintu depan dan pintu belakang... menjerit kesakitan jer lah dia.. ni dah kali ke-2 berlaku dalam satu bulan... adeih..adeih.. kalau boleh tak nak berlaku lagi... ubat yang paling mujarab ialah minyak gamat.. dia dapat mengurangkan kebengkakan dan cepat mengeringkan kulit yang tertanggal... ngeri tul tengok ibu jari dia ni... tertidur selepas menangis kesakitan.. ibu jari Amiera di plaster selepas kulit yang tertanggal di buang...

RAYA-RAYA STORY..

Image
Nak story pasal hari raya untuk tahun 2007.. tahun ni kami sekeluarga beraya di rumah mertuaku.. Ipoh, Perak... Malam raya... Amiera buat pertama kalinya memberanikan diri main bunga api.. bukan main seronok dia.. habis satu batang.. nak main lagi.. Amiera tengah main bunga api dengan sepupunya Kak Long dan Kak Chik.. Hari Raya Pertama.. Seperti tahun-tahun yang sudah.. tema baju raya kami pada tahun ini adalah warna orange.. kaum isteri akan menyiapkan anak2 dan suami bersiap2 untuk sembahyang raya.. selesai sembahyang raya dan menikmati jamuan raya.. kami pun bersalam-salaman.. bermaaf-maafan.. tak terkecuali anak2 ler yang seronok.. collect duit raya.. posing sikit ngan kerusi umah atuk.. ngan sepupu yang pipinya tembam.. Damia Nur Irdina Gambar-gambar sekeluarga.. Dari kiri adik bongsu, abah, mak dan adik perempuan bongsu.. Keluarga abang sulong.. produktif sungguh.. dari kiri kak Ngah, Kak Chik, Abg Cha, Insyirah, Kak Qiara, Imran dan Kak Long.. keluarga kak Ty, Abg Nuar dan anak