Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Surprise for me!!!

Hari ni... macam biasa bangun sahur dalam pukul 4.50.. dah puasa yang ke 28.. tiba-tiba terpandang atas meja sampul surat berwarna putih... sah.. kad raya from my hubby.. tak sabar nak tengok isinya.. cantik... pink lagi.. tahu2 aja aku minat warna pink..



actually.. aku tak berapa sihat hari ni.. akibat dari aktiviti semalam.. kemas barang untuk balik kampung.. masa dok kemas bilik Amiera.. tiba2 hidung sakit yang amat.. terbersin tak berhenti2.. memang aku ni alah pada habuk.. disebabkan tak tahan dengan keadaan hidung ni aku telan sebiji pil selesema.. masa bangun sahur pun masih selesema tak hilang.. hubby pulak plan nak gi keje lewat.. so, seronok yang amatlah.. ngantuk giler ni...

kalau ikutkan hati memang tak nak pi keje.. terlalu ngantuk.. tapi dah berkali2 hubby suruh pi keje.. sayang kalau cuti katanya.. cuti pun tak banyak lagi.. dengan keadaan yang ngantuk.. bangun jugaklah.. hehhehehhehe... sampai opis lanni pun mata pedih lagi.. so, untuk mengelakkan ngantuk aku nak download lagu2 raya.. jangan mare aaaaa..

Nak story pasal semalam laks.. semalam dengan baik hatinya.. pihak taska bagi Amiera dan budak2 lain ole2 raya (gula2, jelly dan duit RM 1). Tak pernah2.. dah masuk 3 tahun Amiera sekolah kat situ.. ni lah first time dapat..


untuk berbuka puasa semalam aku just masak ayam kicap dan sayur tauge.. males dah time last2 pose ni.. tapi gambar lupa nak ambik.. gambar hidangan masa pose minggu pertama adalah.. nasi ayam..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah