Nilai 3 OH!! Nilai 1

Hari Sabtu baru2 ni, kami sekeluarga pergi ke Nilai 3 dan Nilai 1...

Sebelum kami pergi ke Nilai, as usual kami kena uruskan rumah dulu.. beli barang2 basah di Presint 8..

Then dalam pukul 12 tengahari kami bergerak ke Nilai... sampai di Nilai kami singgah dulu di bakal rumah kami di Acasia Park, Putra Nilai... dah ada perubahan sikit.. debar rasanya... rasa macam dah tak lama nak duduk Putrajaya..

kelihatan wayar elektrik pun dah pasang..

dalam rumah pun dah bersih.. takde sampah2 lagi..


rumput pun diorang tanamkan.. bagus2.. tak yah ler susah2 nak beli rumput.. ada bajet lebih baru tanam rumput carpet..

kat luar rumah pun diorang tanam rumput.. pokok2 pun diorang dah tanamkan.. jenuhlah nak jaga..


ni pulak pemandangan dari belakang rumah kami.. nampak tak USIM?


ni pulaks.. di bawah bukit.. rumah kami atas bukit.. tu ler Stadium Nilai..

di sebelah rumah kami.. kelihatan orang2 Indonesia sedang bangunkan rumah diorang di sebelah kawasan pembangunan kedai2.. diorang nak buat kedai pulaks.. waaa... bagus2.. senang sikit.. ada kedai.. jalan kaki jerk pergi kedai...

lepas puas hati dengan keadaan rumah.. kami pun bergegas ke Nilai 3...

destinasi aku yang pertama ialah KK Home Dec.. tempat favourite aku.. sebab apa?? haaa.. situ ler banyak koleksi English... Amiera pulaks sedang tidur.. leh shopping sakan aku...

ni ler yang sempat aku beli hampir setengah jam duk kat kedai tu.. naik boring hubby nunggu dalam kereta.. mat bangla kat kedai tu tak habis2 ikut aku.. tension tul.. tak senang hati nak membeli.. rungsing betul bila ada salesman ikut jerk kita.. takde privacy langsung..

so sweet... tengah fikir nak gantung apa..


walaupun kecil tapi macam2 leh letak dalam ni..

bunga tak beli lagi nak letak dalam deco pail ni..


pail ni sesuai pulaks dengan bunga yang sedia ada kat rumah aku tu..


koleksi seramik.. makin penuhlah almari aku tu..

lepas tu aku singgah sat kat kedai permainan kanak2... sempat aku beli jam dinding Princess dan bantal Hello Kitty untuk Amiera.. sure dia terkezut bila bangun tidur nanti..

jam yang telah digantung kat dalam bilik Amiera.. suka betul dia..

bantal Hello Kitty..

pastu hubby pulak pi solat sementara aku menunggu Amiera dalam kereta.. lepas Amiera bangun kami ke surat untuk bersolat... then pi makan .. lapor ler...
masa nak pi makan tu.. jumpa dinasour besar... hehhehehe..

then kami singgah satu kedai.. beli 2 toto dan sepasang baju tidur Amiera..


Amiera dengan baju tidur baru dia...


toto..

lepas tu, kami singgah ke kedai Perabot.. sebab kami nak bayar sikit sofa dan set bilik tidur yang kami tempah.. cina tu kata sofa kami dah siap.. perghhh.. cepatnya.. baru ajerk bercadang nak tukar design kalau ada design yang cantik... tapi sofa kami still kat kilang.. tak dapat nak tengok.. cina tu suruh ambik cepat2.. nak ambik kebendanya.. rumah tak dapat kunci lagi... hishhh...

hari dah nak petang... aku still tak puas round kat Nilai 3 tu.. memang dah besar.. kedai pun banyak.. kalau sehari memang tak puas membeli belah.. hubby ajak baliks... aku ajak dia pi Nilai 1 pulaks.. sebab ada benda yang masih aku tak beli..

sampai di Nilai 1... tempat yang aku tuju ialah kedai kain.. nak cari kain impian.. sib baik jumpa.. aku bercadang hari minggu ni nak buat projek English deco aku... aku beli kain ala2 Elyza.. semeter RM10.. so, belilah 2 meter.. sajer nak mengetry..

aktiviti hari minggu.. lepas breakfast dan kemas rumah.. aku ngan hubby mengerjakan kerusi makan.. hehehe.. dengan kain ela yang kami beli.. aku design kat kerusi makan ni..

ni ler hasilnya..

siap 6 kerusi... tapi rasa masih kosong ajerk meja makan aku ni... any idea nak tambah apa lagi??

lewat petangnya pulak... lebihan kain yang aku beli tu.. aku buat sarung bantal sofa..

cubaan pertama.. siap sehelai..


dah nak malam.. sempat siap 2 helai jerk.. lagi 2 helai sambung hari lain.. tak larat ler..


3 omelan:

viruspadu said...

na, besarnyer rumah
bestnyer

yg english style tu mmg cantik betul la
jeles guwe tau

Faina Arisya said...

mana ada besarnya zaimah.. rumah zaimah lagi best.. fully furnished lagi.. murah pun murah..

tu ler.. lanni tengah kemaruk ngan english style.. dah banyak berabis ni..

viruspadu said...

besar la na,

lepas tu tgk na plak pandai sungguh berhias, wah sgt jeles nih

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty