Posts

Showing posts from January, 2008

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Layan DVD..

Image
Malam semalam kami tengok citer serammmmmm... hehehhehehe.. 2 DVD aku layan.. minat sungguh aku ngan citer2 seram ni.. tapi aku penakut gaks.. apa kes! maklumlah sekarang ni dah jarang sangat tengok wayang.. harap pada DVD je lah.. 3 DVD yang papa beli iaitu 30 Days of Night, Residence Evil dan The Golden Compass.. citer ni memang seram gilos... asyik menjerit aja aku... kalau boleh nak cepat2 habiskan cerita ni.. takutttttt.... hehehhe.. citer ni bolehlah.. ada gaks adegan terkejut.. tapi tak seseram citer 30 days of night tu.. citer ni tak tengok lagi...

Sticker Kartun..

Image
Aku baru beli sticker Strawberry Shortcake dan Princess.. kat rumah tu dah ada 2 keping sticker Princess gaks.. tapi projek tak mula2 lagi camno ni!! Kononnya nak cat almari pakaian Amiera yang comel lote tu ke warna putih atau pink.. pastu boleh ler tampal sticker ni.. tapi cat tak berbeli lagi... sobab eh.. tak tahu nak beli yang macam mana.. nak pi kodai cat malu ler pulaks..

Baju Sukan Tadika Amiera

Image
Semalam cikgu tadika bagi baju sukan Amiera.. FOC.. jimat sikit.. merah lagi.. siap wording lagik tu...

Lagi Fridge Magnet..

Image
Baru kejap tadi.. aku terima fridge magnet melalui pos laju.. beli kat member cyber.. cute sangat.. makin penuh fm kat peti ais ni..

Apa-apa aja lah..

Image
Hari cuti ni ler dapat nak mengemas.. mencuci.. memasak... dan seumpamanya lah... ~ Sabtu ~ menu yang dimasak... belah petangnya plak.. temankan Amiera pi taman permainan.. malu2 ler pulaks.. ada sorang budak lelaki .. kecik jerk.. tetiba dia datang bermain.. perghhh.. tak ingat punya lasak.. tak takut ngan orang langsung.. sib baik emaknya bagus.. tengok tu.. tak padan ngan kecik.. bab memanjat nombor satu.. Amiera pun peliks.. apa ke hei nya budak ni.. muka boring.. ~ Ahad ~ Pagi ahad papa dah pi kedai mamak beli roti canai.. aku malas nak masak breakfast.. sementara tu.. aku kemas rumah apa yang patut.. cuci mana yang belum cuci.. ganti mana yang belum ganti.. tukar bunga pulaks kat atas meja.. tukar cadar.. Menu tengahari yang dimasak... belah petangnya.. kami ke Bangi.. kat area Uniten.. nak pi beli kuih muih untuk minum petang.. sajerk jer sebab dah boring dok umah..

Fridge Magnet ~ English Style..

Image
Tadi member baru aja pass aku punya order.. kali ni fridge magnet.. sebab benda murah.. tu yang beli.. nak mengisi kekosongan kat pintu fridge kat umah tu... sweet kan.. ni ler koleksi fridge magnet yang ada.. ckit yang amettt..

Majalah Favourite!!

Image
Lepas aku habis post entry puisi tadi.. aku terus ke Bank Islam yang berdekatan.. nak masuk duit simpanan Amiera, selain duit simpanan untuk masuk rumah nanti.. pasni aku kena pose beli koleksi english ni.. kalau tak kopak aku nanti.. ni ler buku simpanan Amiera kat Bank Islam.. akaun simpanan Wadi.. ni simpanan terakhir Amiera buat setakat ni.. dah 4 tahun lebih aku menyimpan.. first time aku bukak buku akaun Bank Islam ni masa umur Amiera 2 bulan.. buku pulaks ngam2 jerk page akhir.. tahu2 aja aku nak stop menyimpan.. next month aku kena masukkan pulak ke dalam SSPN dan Insurans untuk Amiera.. ni penting untuk future Amiera.. habis pi Bank Islam.. aku pi Watsons sat.. beli Minyak YuYi (bagus sungguh minyak ni), ubat demam berbentuk cecair dan Vicks.. semua untuk preparation jika Amiera demam.. penting ni!!! then.. cam biasa.. every month tak sah kalau aku tak membeli majalah.. antara majalah yang aku suka buat koleksi ialah Impiana, Anjung Seri, Keluarga, Pa&Ma dan Rasa.

~ The Latest PUISI ~

Image
Hari ni aku jadi PAR sekejap.. semata2 nak surat tu sampai ke meja bahagian terbabit.. macamlah PAR tu sendiri tak boleh nak buat.. apalah diorang ni.. cubalah menaruh kepercayaan kepada PAR.. tahulah diorang buat keje diorang sendiri.. nak jugak level kami yang buat.. per lah.. kalau setakat bangunan yang sama takpe.. kena pulak pi hantar ke blok2 yang lain.. apa kes... So.. lepas boring-boring aku pun buatlah satu puisi sempena nama Amiera... dah lama nak buat tapi tak terbuat2... so layannnnnnnnnnn.... NUR FAREEHA AMIERA N ~ Nun jauh di sudut hati U ~ Ucapan syukur tertera di hati R ~ Rahmat Ilahi anugerah diberi F ~ Falsafah hati berbicara sendiri A ~ Akan hadirnya sang puteri R ~ Rentetan mahligai yang dimeterai E ~ Emas.. permata... E ~ Enggan dipeduli.. H ~ Hati yang berbaur riang A ~ Amanah nan seorang.. A ~ Amiera gelaran puteri M ~ Makna tersirat dua hati I ~ Inayat Tuhan dipohoni E ~ Engkau tunaikan impian naluri R ~ Rahsia diri perhiasan abadi A ~ Agar menjadi muslimah seja

Ter-ORDER ler pulaks...

Image
Lepas solat Asar... kami ke Manjaku Bangi sebab nak beli susu Amiera.. kat situ memang murah kalau nak dibandingkan dengan Carrefour.. pastu kami singgah kat kedai perabot.. sebab banner diorang telah menarik perhatian aku untuk masuk kedai diorang.. round punya round.. kami terjumpa set bilik tidur kanak2.. memang lawo2.. aku berkenan yang hat merah sebab pink color takde... belek punya belek.. cerita punya cerita ngan salesman tu.. last2 set katil yang hat satu ni memang sesuai ngan Amiera... dia pun dok panjat2.. then salesman tu kata diorang leh buatkan warna pink.. waaaa... pucuk dicita ulam mendatang ler.. aku pulak dah terbekenan.. papa pun setuju... kami terus order.. pastu aku tambah lagi dengan meja mekap.. tak complete ler pulaks rasanya kalau katil aja.. almari pakaian guna dulu apa yang ada kat rumah... ni ler katil itu.. ada 3 katil.. senang sikit kalau nak tambah anak.. wakakakaka.. ni pulak meja mekap tu.. sweet kan.. ala2 english style gitu.. then papa round lagi.. ter

Shopping TIME!!

Image
Lepas solat maghrib.. dalam pukul 8 lebih.. kami bersiap2 untuk shopping barang2 rumah.. nak beli lepas gaji confirm ramai orang kat Carrefour.. malas nak bersesak2... sambil menunggu papa dengar berita, kami pun posing dulu... hehehhehhee... serba merah... awat keras jerk tu.. posing ngan mama laks.. papa pun merah gaks... sehati sejiwa gitu.. abaikan yang belakang yerk.. sepah sikit... mainan baru untuk Amiera.. naik gila dia kat bahagian mainan.. melilau cari mainan.. kasut sukan untuk Amiera.. lepas shopping.. kami pi makan kat kedai mamak coz kedai makan kat Alamanda dah tutup.. kedai mamak tu best sebab dia ada sediakan makanan ala Thai..

Hari Ini AMIERA Berusia 3 Tahun 5 Bulan

Image
Hari ni umur Amiera dah 3 tahun 5 bulan.. alhamdulillah... Sejak Amiera belajar di Tadika, dia dah boleh menyanyikan serba sedikit lagu Negaraku... mengalunkan surah Al-Fatihah.. dan beberapa bacaaan doa yang diamalkan di Tadika.. bagus sungguh cikgu cikgi ni... Walaupun Amiera sejak berusia 2 tahun dah mengikut kami bersolat... tapi didikan agama di Tadika juga penting.. sebab apa??? haaa.. sebelum ni laung Allahuakbar.. terus sujud.. hehhehehe... lanni.. dari tak tahu rukuk.. dia dah pandai rukuk.. Sejak di tadika ni aku dah praktikkan Amiera untuk memakai tudung... walaupun lepas habis pelajaran di tadika dia dah tak memakainya.. tapi yang penting basic kena ada... gambar ni aku snap pagi tadi..

Greeting Cards...

Image
Aku ni memang tak reti mendesign ni... tak kreatip sungguh.. dok boring-boring kat opis.. aku search kat internet... jumpa laks software buat greeting cards.. tapi features dalam software tu terhad ler sebab trial pack punya... dan hasilnya... dah tak larat nak buat dah.. yang penting tema dia pink..wakakaka.. takde warna lain...

Kena BLOCK lagi!!!

Image
Sampai aja kat opis.. member seangkatan dah bagitahu yang website untuk kami chatting dah kena block... siot tul laaaa... dahlah YM kena block.. website tu pun diorang nak block.. teruk sungguh la diorang ni... So.. buat kawan2 ku.. tak dapek lah den nak chatting lopeh ni.. harapkan blog ni je lah yang tinggal.. Nak cerita sikit pasal kerja aku ni.. rasanya dah 7 bulan aku develop itu sistem... dah ler kena buat sorang-sorang... alih2 minggu lepas aku demo sistem tu... tahu2 diorang nak ubah macam-macam... aduiiiiiiiiiiiiiiii... sakitnya hati... kalau sikit takpe.. banyak tu... boleh dikatakan overall sistem kena ubah... tensionnyaaaaaaaaaaaaaaaaa....... boleh migrain aku macam ni!!! ni ler ghupa main page sistem aku tu... amacam ok tak?

Aktiviti Hari Minggu..

Image
Hari Sabtu baru-baru ni.. hubby ajak pi breakfast kat kedai mamak aja... hehehhehe.. seronoknya.. tak perlulah aku berpulun masak nasi goreng atau nasi lemak.. wajib masak kalau cuti2 ni.. Lepas tu kami ke Warta, Bangi..coz papa nak hantar kereta untuk dicuci.. sambil menunggu orang India tu cuci kereta kami.. kami jalan2 ler dulu kat Warta tu... tak sah kalau tak membeli.. itulah habit yang tak boleh aku tinggalkan.. antara barang yang aku beli... patung baru untuk Amiera.. kasut yang cuma RM10.. sebab dapat less 50%.. bolehlah.. Amiera terus nak pakai.. budak2 ni rugi belikan kasut mahal2 sebab diorang cepat membesar.. seronok sgt ler tu.. pastu kami ke Nilai nak tengok rumah kami yang tak ambik2 lagi kuncinya.. lambat sungguh gomen ni.. habis round kat situ.. makan2 .. pastu kami baliklah.. dah penat dah.. Hari Ahad nya pulak.. selepas kemas2 rumah.. selepas solat Asar.. kami ke Maidin, Kajang.. nak beli barang2 cucian.. dah banyak yang habis.. biasalah.. dah nak akhir bulan ni.. t