Exam Pertama Amiera

Actually... semua parents kat tadika Gemilang ni dah jumpa cikgu cikgi 18 hb lepas... memandangkan aku terlalu sibuk sampai takde masa nak update blog...

So.. dalam suasana sejuk membeku kat opis ni dengan deraian hujan kat luar... pergh.. mata aku pun dah hampir kuyu ni... ngantuk sesangat.. nak pulaks pekena sambal udang petai dan gulai lemak pisang lunch tadi... pergh... memang kenyang nak mampos... kalau di hulur bantal ni kompom tidur... nikmat donia tu!! huhu.. kebetulan pulaks bos2 kat sini ada meeting kat PICC... so, aku pun leh ler update blog sikit.. mana2 yg tak terstory sebelum ni...

kay lah... berbalik kisah perjumpaan dengan cikgu tadika Gemilang tu... aku respect ler ngan teacher yang explain pasal perkembangan anak2 kita ni... berabuk speaking.. aku nak membalas balik cakap dia pun dah terkelu nak berkata2... hampeh tul!

so, far as rumusan pada keterangan teacher Amiera yang panjang lebar tu... Amiera ni katanya shy but naughty... suka2 hati dia jerk nak kata Amiera ni naughty... tapi memang pun... hehehhehe... bab2 malu ni memang... Amiera agak pemalu sikit.. tapi kalau sapa rapat sikit ngan dia... naiklah tocang dia tu... ada ler sikit2 ikut perangai mama dia... aku jugakkkkkkkkkkkk!!!!

Amiera ni agak sukar sikit nak menulis.. apa ke tidaknya... dah ler Amiera ni kidal... jari jemari ni masih halus.. so, agak sukar sikitlah nak menulis.. itu memang diakui oleh teacher dia.. teacher Amiera akan buat pendekatan baru untuk melatih Amiera supaya boleh menulis dengan lancar... pendekatan apa tak tahulah.. hopefully Amiera boleh buat lebih baik yer sayang...

tapi kalau bab2 nyanyi ni memang dia soka sangat! tak tahu ler dia ikut sapa... papa ke??? ahahhahahhahahahah.... selamat aku!!! siap teacher dia suggest Amiera masuk kelas muzik... tak kosa aku nak hantar Amiera ke kelas muzik.. baik aku hantar ke kelas agama.. selamat donia akhirat..

so... ni result yang Amiera dapat masa exam lepas...

1. Sains : 100% (ni yang bangga ni..)

2. Matematik : 97% (bangga gaks..)

3. Bahasa Inggeris : lebih 90% (bangga lagi..)

4. Bahasa Melayu : lebih 90% (mmm... bagus anak mama ni)

5. Pendidikan Islam : lebih 80% (bolehlah.. kalau boleh nak lebih 90% yer sayang)

6. Bahasa Arab : 56% (adoiiii... ini yang malu nak habaq ni... ikut mama dia kot.. tak reti bahasa Arab.. InsyaAllah next exam Amiera buat betul2 yer sayang...)

alhamdulillah... aku sebagai seorang ibu... bersyukur gaks coz ada perubahan jugaks walaupun kalau ikutkan Amiera belum cukup umur 4 tahun... at least ilmu yang dipelajari dapat mendidik dia menjadi seorang anak yang solehah dan berguna kepada agama, bangsa dan negara... itu antara doa2 ku everyday... aminnnnnnnnn...


Kecoh memang kecoh...

actually aku tak berapa suka sangat nak heboh2 pasal dapat anugerah ni.. yelah kan.. aku baru aja keje sini 2 tahun lebih... nanti karang orang kata aku berlagak... lagipun aku tak naklah senior2 aku berkecil hati sebab diorang tak dapat...

tapi tulah.. nak wat camna... mulut tempayan boleh ditutup.. mulut manusia??? faham2 jerlah yerk... lagipun lama2 orang tahu jugakkan... tapi aku lebih suka low profile.. tak suka nak menunjuk2 ni... kalau dalam blog ni takpe.. yelah kan.. tempat aku meluahkan perasaan..

oklah... off topik sat... semalam ipar duai aku datang rumah... mertua nak pi umrah malam harinya.. so.. as a tuan rumah.. wajib melayan tetamu yang datang... even family sendiri pun hendaklah kita layan tetamu sebaik2nya.. sekudrat yang aku mampu ler.. aku ni lembik sikit.. nak pulak dah waktu malam ni.. memang kaki tidur.. bantal dah memanggil2 dah tu.. huhu.. poyo sungguh...

lepas makan malam dalam pukul 10 kami bergegas ke KLIA...

flight akan berlepas jam 12 lebih... so, ahli rombongan kena masuk pukul 11 lebih...

pics kat bawah ni tak berapa jelas coz pencahayaan di KLIA membuatkan pics tak cantik.. yelah kan snap guna hp...


suasana KLIA..


Amiera ngan kak chik... ligat sungguh Amiera malam tu... demam2 pun masih aktif.. sampai 2 kali tergolek kat lantai... yg sempat aku nampak dia terjatuh sambil beraksi mcm kapal terbang nak mendarat... sabor ajalah.. pastu nangis...


rombongan umrah..


sambil menunggu pengumuman untuk masuk...


pandangan dari anjung berlepas... dah malam tak nampak sangat... tak besh!

ok.. habis story pasal umrah.. moga mertua ku selamat pergi dan selamat kembali...

ni pasal koleksi english aku pulaks... pagi tadi dapat lagi parcel.. nak tahu apa dia...


jam dinding... balik karang aku nak gantung.. nak gantung kat mana?? haaa... nanti aku snap pics yer...



ni pulaks table placemat.. alas kat meja makan... mahal siot benda alah ni.. tapi cantik punya pasal.. beli gak ler..


Surprise for me??

Pagi tadi penghantar surat letak sampul atas meja... aku ingatkan surat apa.. bila bukak sikit nampak cam sijil.. terfikir dlm hati..sijil per pulaks??? kursus mana yg aku pergi tak dpt sijil lagi???

bila aku buka semua... memang terkejut gaks ler.. menggigil pun ada.. betul ke ni????

nak tahu apa benda surat tu??? tu surat yg kata aku dapat APC untuk tahun 2007 ni.. APC tu apa? Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.. alhamdulillah... syukur pada Allah...

at least keje yg aku buat selama ni ada jugaks org menghargainya...




p/s : sesapa kalau terbaca posting ni... senyap2 eh... kat opis ni memang ramai tak tahu lagi..


Shopping koleksi english..

Almaklumlah dah gaji ni kan.. mcm2 dalam kepala otak ni nak buat... hehhehehe...

Khamis lepas after exam PTK... kawan ajak pi Macy kat area Mines... dapatlah beli dolly yang lama jugak aku tak jumpa2... murah jerk.... 10kpg cuma 90 sen... itupun kawan yang bayarkan... yelah aku berkenan yang hat tu jer.. yg lain2 tak minat... so, alang2 kawan nak pi bayar dia bayarkan sekali.. thanks zie.. thanks jugak sebab tumpangkan rumah after Exam aritu...






sebelum letak doily..



selepas letak doily..

Petangnya pulaks... aku gi shopping kat alamanda... kalau ke sana tak sah kalau tak singgah ke Lovely Lace... benda ni memang dah lama aku minat.. last2 dapat jugak aku beli.. nak tahu apa?? tengok pics bawah ni yer.. cuba teka apa bendanya ni??




cuba teka?



Hari minggu pulaks..

Shopping kat Nilai3.. pi cari carpet... tak jumpa ler yg ala2 english... kalau ada pun yg jenis murah tu.. tak berapa selesa laa... last2 beli yang boleh ngam ngan sofa...



ni carpet yang mula2 beli.... rupa2nya silap daaa.. terlebih coklat... malam tu jugak pi tukar... sib baik boleh...





kali ke-2 pilih carpet hat ni... bolehlah kot..

pastu pergi KK Home Deco... beli kabinet hiasan dinding...

belum di decal dan akan ditambah dengan koleksi2 vantage akan datang..



selain tu... aktiviti men'decal' lilin dan hias rumah...





lilin yang belum di decal..

proses mendecal..



lilin yang telah didecal..

ni pulaks kerja keras tangan yg aku sempat buat.. akan disambung bila aku free... nak buat untuk kabinet dapur..



BZ Yang AMAT

Sorry ler kawan2 yer... minggu lepas dan hari ni sibuk yang amat... esok dah nak exam PTK.. tak baca apa2 pun.. cuti pulaks sibuk uruskan rumah... jahit langsir bilik AMiera... hmmm.. sibuk aaa.. bila start nak membaca aja.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.... (paham2 lah yer) hehhehehhe...
so.. ada masa sikit ni ... saya update gaks ler info umah saya tu yer... ni pics terbaru..
ruang tamu.. carpet tak beli lagi...





ruang makan..


dapur ku...



ruang tangga.. takde idea nak hias lagi.. letak dulu hiasan yg ada..



bilik Amiera.. baru siap jahit semalam... belum diikat betul2.. set katil tak ambik lagi.. ada kat kedai.. hehehhe...


bilik utama.. langsir tak jahit lagi...


bilik tetamu.. tak gantung apa2 lagi.. tgh dok fikir... langsir pun tak jahit lagi..


family hall... semuanya tak ditukar konsep moden lagi... still caca merba..


my little princess.. pandai sungguh posing eh...


Sofa English Style

Sofa baru dah sampai... walaupun tak berapa cantik tapi sesuai ler ngan konsep umah aku tu.. kalau ada rezeki lebih, tahun depan ke... bila2 laaa.. nak tukar pulaks cover sofa tu guna kain Elyza...

apa pun.. layan jelah yerk pics ni... susun atur perabot belum sepenuhnya dihias... just letak dulu.. coz barang2 masih kat tepi... dah habis kemas semua barang baru boleh fikirkan nak hias rumah... so.. any comment dialu2kan sangat..



pandangan dari dapur..


pandangan dari sudut tepi... abaikan bunga ceconet kat sudut tu yer.. lampu english style belum dibaiki.. aritu patah dek cino yang pasang rail langsir..


pandangan dari pintu masuk..


Selamat Pengantin Baru Gie..

Tanggal 3 Mei 2008... adik iparku (anak perempuan terakhir) telah bergelar isteri orang.. majlis telah selamat diadakan.. so.. malas nak cerita banyak...aku bz yang amat.. layan jelah yerk gambar2 ni..

~Malam Pernikahan~



~Majlis Persandingan~









~Acara Memotong Kek~







~Acara Membuka Hadiah~






~Majlis Bertandang~









Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (115) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty