Posts

Showing posts from June, 2008

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Belian kali ini... mentang-mentang ler dah gaji..

Image
Barang pertama... dustbin cover.. ni nak letak dalam bilik Amiera.. pink gitu.. sesuei sangat... majalah pilihan bulan ini.. Impiana wajib gitu.. Majalah Laman utk hubby ku baca.. kain ni pulaks aku beli kat Anjung.. ni untuk baju kerja.. biasalah aku ni.. setahun sekali jerk membeli.. ni pun sebab nak raya.. alang2 nak menempah.. tempah sekali untuk baju kerja.. pilih punya pilih.. pink jugak yang aku berkenan.. hijau tu aku beli sebab plannya raya tahun ni nak wat tema hijau... hat bawah ni aku suker tengok.. tapi tak sesuai ngan jiwa aku yang pink.. so.. aku plan nak bagi kat mertua aku.. mak aku tak nak kain katanya.. baju raya tahun lepas pun dia tak pakai lagi.. mmm.. aku ok je.. ahad ni aku plan nak pi cari kain lagi.. untuk wat baju raya.. kat mana??? kat Nilai Square.. so.. next entry pasal kain raya lah yer.. tapi... dalam kepala otak ni dah confuse.. nak tempah kat mana eh??? anyone ada idea tak nak tempah kat mana yang murah dan dekat ngan Nilai or Putrajaya...

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..

Image
Majlis bermula jam 9 pagi.. cam biasa lah kan.. lepas Menteri sampai... nyanyi lagu Negaraku.. bacaan doa.. pastu ucapan KSU dan Menteri.. pastu pulaks bacaan ikrar perkhidmatan awam.. gambar ni aku snap masa rehersal semalam.. sorry aaa.. semua gambar ni aku snap guna kamera hp jer.. memory card kamera digital dah hilang.. buku aturcara.. Majlis penyampaian sijil disampaikan oleh Menteri.. tapi Menteri tak leh lama2 sebab ada urusan penting di Parlimen... so, bila time giliran aku nak pi ambik sijil.. KSU jerk yang sampaikan.. frust gak kan.. sebab bergambar ngan KSU jerk bukannya Menteri.. disebabkan terlalu ramai yang dapat anugerah.. KSU pun tak larat nak bagi sijill.. dia pas pulak ke Timbalan Pengarah yang lain... antara penerima anugerah bahagian aku... dari hujung.. Pn. Rohana, Pn. Cik Nora, Pn. Asmah, Pn. Erika, Cik Rohana... gambar TSUB aku tak de dalam pics ler.. sorry yer En. Mat.. ni pulaks kawan seangkatan ngan aku... cik Pah, Kak Sherry ngan

Taman Raudhah

Image
Sabtu lepas kami pi pasar tani.. so.. aku beli lah lagi bunga ros warna kuning dan warna merah.. lepas breakfast hubby menjalankan aktiviti menanam bunga ros.. ros kuning.. ros merah tanah.. 6 bungkus.. sudut yang akan digunakan untuk menanam bunga ros.. selepas di tanam.. close up bunga ros merah esok harinya.. close up bunga ros kuning laks.. ni memang dah kembang dah... kat bawah ni pulaks.. tanaman yang cuba diusahakan oleh hubby ku.. hopefully ia tumbuh dengan mekarnya... ni pokok halia... guna halia biasa yang jual kat kedai tu.. simpan dulu sampai kuar tunas dia.. (betul ke tunas?? belasah je ler) ni serai yang diambik dari umah mak aku.. ni lidah buaya.. kawan opis yang bagi.. thanks miza! ni daun pandan.. macam nak layu jerk haaa.. ni pokok limau purut.. senang sikit kalau nak buat tomyam! daun kunyit... ni pokok bunga apa ntah.. camni jerk aku nengok! tak ubah apa2 pun.. ni rumput carpet yang sedang diusahakan oleh hubby ku.. sekeping ni RM3.. so.. beli sikit2 dulu.. susah j

Sukan Tahunan Tadika Gemilang 2008

Image
Semalam sukan tahunan tadika Gemilang.. Amiera bukan main seronok dia ..excited sungguh bila pakai baju sukan... on the way ke cyberjaya.. baju sukan.. hadiah cabutan bertuah dan permainan ibubapa.. budak2 dapat pingat jerk.. Acara yang julung2 kali diadakan ini dibuat kat Pusat Komuniti, Cyberjaya.. jenuh gaks nak mencari.. nasib baik sempat nak mendaftar sebelum kul 8.30 pagi.. selepas mendaftar Amiera dikehendaki beratur bersama2 kawan2 dia.. Kumpulan Amiera kumpulan Space.. memakai baju berwarna kuning dan pasukan lawan pulaks kumpulan Galaxy memakai baju berwarna merah.. agresif tu! tapi memang agresif pun.. kumpulan Space.. kumpulan Galaxy.. Pukul 9 pagi acara bermula.. Mula2 kedua2 pasukan kena berbaris dan menyanyikan lagu sorak pasukan, bacaan ikrar pasukan, lagu negaraku, lagu sekolah dan akhir sekali persembahan gimrama.. acara gimrama.. Acara pertama dinamakan Tutti Frutti.. sorry aaa.. aku tak ingat apa acara ni.. acara kedua laks.. Run For Fun.. dalam acara ni setiap pema

Aku yang mamai..

Minggu ni minggu yang teruk bagi aku.. selesema.. demam.. batuk.. uwaaaaa... sedihnya.. badan semua lemah2.. asyik ambik EL ngan MC aja.. bos kat opis sibuk dok tanya bila nak masuk keje.. nak kena siapkan report sistem.. aku yang tak baik2 ni terpaksa jugak gi opis semata2 nak siapkan sistem tu... dahlah kepala otak ni mamai jerk.. apa yg aku buat pun aku tak boleh nak fikir sangat.. bantai jerlah.. asalkan ada output.. logik nanti difikirkan.. cemana tu yer?? hmm.. hanya it person jerk boleh faham kot.. kesimpulannya.. aku tak boleh nak concentrate sangat dengan komputer.. aku masih mamai..

Hari ni aku MC..

Image
Hari ni aku MC.. tahu apa tu?? cuti sakit daaaaa.... nak tahu kenapa??? aku sakit perut daaaa... cirit birit.. tak tahu apa ke benda yang aku balun sampai sakit camni... teruk ooooo.. memulas2 perut aku ni... Lepas gi klinik.. aku rehat2 kan diri kat rumah... lepas lunch (masak ala kadar aja).. perut pun dah kurang sikit pas makan ubat.. alhamdulillah.. takde lah aku menahan sakit sangat... Petangnya pulaks.. biasalah kan.. dah namanya cuti.. pantang sihat aja.. panjang ler langkah aku.. opss... lupa lah pulaks.. takde driver cemana nak panjang langkah kan... ni sebab ada driver ler ni.. hubby aku pun cuti.. nak temankan isteri dia yang sakit ni... hehhehehhehe... kebetulan pulaks... abang ipar tidur rumah kami.. ada business kat seremban.. so, dia plan nak pi Nilai 3 ngan wife dia.. sebelum kami berjumpa di Nilai 3.. aku mintak hubby temankan aku pi pekan Nilai.. nak beli renda.. nak sambung keje keras tangan aku yang tergendala sebab renda dah habis.. sementara aku membeli hubby pula