Sukan Tahunan Tadika Gemilang 2008

Semalam sukan tahunan tadika Gemilang.. Amiera bukan main seronok dia ..excited sungguh bila pakai baju sukan...


on the way ke cyberjaya..


baju sukan..


hadiah cabutan bertuah dan permainan ibubapa.. budak2 dapat pingat jerk..

Acara yang julung2 kali diadakan ini dibuat kat Pusat Komuniti, Cyberjaya.. jenuh gaks nak mencari.. nasib baik sempat nak mendaftar sebelum kul 8.30 pagi.. selepas mendaftar Amiera dikehendaki beratur bersama2 kawan2 dia.. Kumpulan Amiera kumpulan Space.. memakai baju berwarna kuning dan pasukan lawan pulaks kumpulan Galaxy memakai baju berwarna merah.. agresif tu! tapi memang agresif pun..


kumpulan Space..


kumpulan Galaxy..

Pukul 9 pagi acara bermula.. Mula2 kedua2 pasukan kena berbaris dan menyanyikan lagu sorak pasukan, bacaan ikrar pasukan, lagu negaraku, lagu sekolah dan akhir sekali persembahan gimrama..




acara gimrama..

Acara pertama dinamakan Tutti Frutti.. sorry aaa.. aku tak ingat apa acara ni.. acara kedua laks.. Run For Fun.. dalam acara ni setiap pemain kena ambil bola mengikut warna pasukan dan masukkan ke dalam bakul.. nasib baik Amiera pandai ambik bola warna kuning.. risau jugak takut dia tersalah ambik warna bola.. kang malu pulaks mak ayahnya kat situ..hehhehee... tapi al-malangnya.. kumpulan merah menang.. ada sorang budak lelaki dlm pasukan Amiera yang buat spoil.. hiperaktif sungguh.. siap berguling2 dia masa nak masukkan bola ke dalam bakul.. mana tak lambatnya.. adoiii..


Amiera menunggu giliran..


teacher bagi tahu suruh ambik bola warna kuning.. sorang2 dia tunjukkan bola tu..

Habis jerk acara ni Amiera dah tak nak masuk acara lain.. dia asyik pegang aja tangan aku.. cikgu dah tarik dia pun.. dia balik semula kat aku.. camno ni!.. baru main satu game dah buat perangai.. last2 teacher dia kata mungkin dia ni nak ke toilet.. so, aku pun bawak ler dia pi toilet.. dalam toilet.. macam2 di cakapnya.. tak nak main laa.. dia mengantuk la.. nak tidur dalam kereta laaa... ya Allah.. banyaknya alasan.. last2 tempat dia digantikan dengan orang lain..


dah buat muka.. boikot tak nak main lagi...

Game yang lain pulaks hanya utk budak2 5 dan 6 tahun.. agak susah sikit.. dalam kesemua acara.. pasukan merah mendahului 4 acara berbanding pasukan kuning yang hanya memenangi satu acara aja.. hampeh tul!

Habis acara untuk kanak2 tadika.. acara untuk ibu bapa pun diorang buat.. tapi aku tak nak join.. malu ler!

Last acara.. acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.. setiap kali cabutan bertuah.. aku ni memang susah sangat bertuahnya.. langsung tak pernah dapat.. masa cabutan tu.. aku memang dah tahu nombor aku memang takkan naik.. memang dah selalu camtu.. sebab tu aku tak berminat nak join aktiviti sosial ni.. asyik tak pernah bertuah jerk...


Amiera pemain pertama yang menerima pingat.. yelah kan pasukannya dapat no. 2.. so, kenalah ambik hadiah dulu..


konon2 bangga ler tu dpt hadiah.. budak2 bukannya dia tahu pun..


bergambar dengan guru2..


bergambar ngan mama laks..


piala pusingan..


pingat pertama Amiera..

Ni video masa acara gimrama..

video


2 omelan:

PuteriSatu said...

seronok tengok kejayaan dan perkembangan anak-anak kan faina..tak sabar nak tunggu aqilah sekolah....

Faina Arisya said...

kak puteri..

memang seronok.. kena bangun pagi2.. mandi pagi2.. dgn muka yg mengantuknya.. macam2 kisah!

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (74) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty