Posts

Showing posts from September, 2008

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Aku Masih Bekerja..

Image
Orang ramai dah pulang ke kampung.. dan sedang berbual mesra dengan sanak saudara di kampung.. tapi aku.... Hari ni dan esok... aku masih di sini.. mengadap komputer di pejabat... suasana di pejabat riuh rendah dengan anak2.. hehhehehe... anak aku ngan anak member opis aku ler.. tadika kan dah tutup.. aku pulaks tak leh ambik cuti banyak sebab cuti dah tinggal sikit.. so, terpaksalah bawak anak aku ke opis ni... Bosannya waktu ni.. nak wat keje pun takde semangat.. cuma ada semangat nak raya jerk.. kepala otak ni dah fikir macam2 nak buat.. hehehhehehhe.... gelagat Amiera yang dah boring duk kat opis aku ni... heheheh..

Shooping di Jusco S2

Image
Aku dah plan nak bawak abah @ ayah tiri aku ler.. kan ayah kandung aku dah meninggal donia sejak aku kecik kan.. so, aku dah anggap ayah tiri aku ni macam ayah aku.. walaupun pada dasarnya kasih sayang tak sama ngan ayah sendiri kan... Plannya nak bawak mak.. cancel sebab mak aku ni susah sikit kalau nak bawak berjalan.. kami ke Jusco Seremban 2... biasanya tiap2 tahun aku cuma belikan seluar ngan baju jerk untuk abah.. kali ni aku belikan dia baju melayu.. aku nak dia rasa kemeriahan berhari raya ni... kalau aku ni bergaji besar... dan mampu... kalau boleh aku nak bahagiakan semua sanak sedara aku.. aku ni dari kalangan orang susah.. so, kalau boleh aku nak diorang rasa jugak apa yang aku rasa sekarang ni.. walaupun aku tak semampu mana.. tapi aku akan cuba membahagiakan diorang... selagi diorang masih ada.. selagi aku terdaya.. selagi masih ada.. selagi tu kita hendaklah memberi kebahagiaan kepada mereka.. jangan nanti kita menyesal kemudian hari.. Memandangkan tahun ni beraya di rum

Berbuka pose di Tmn Warisan

Image
Macam biasa seperti tahun2 sebelum ni, kami akan berbuka puasa bersama2 kawan2 hubby.. kali ni kat Tmn Warisan, plannya nak berbuka di restoran Amy Search tu.. tapi sebab miss communication.. last2 tak jadik.. Yg datang kali ni... cuma On dan tunang serta saipul... ady dan wife tak dapat datang sebab miss communication tu ler.. diorang ingatkan hari ahad.. Sebelum ke Taman Warisan... aku kena uruskan rumah dulu... cam biasa cuci baju.. sapu rumah.. dan last sekali uruskan kerepek2.. masukkan ke dalam tin.. nanti nak raya sonang.. settle semua kerja.. dalam pukul 5 kami bergerak ke Warisan... singgah dulu kat Bangi.. beli susu Amiera.. Sampai di Warisan dalam pukul 6 petang.. kami booking tempat dan makanan dulu... sambil nunggu diorang datang... aku order tomyam ayam ngan nasi putih dan telur dadar.. hubby order sate ngan nasi goreng ayam.. amiera yang sentiasa tak duk diam..

Al-kisah menjelang raya

Image
memandangkan takde story nak citer.. meh nak story b4 nak raya ni.. ni kad raya yang aku terima untuk tahun ni.. so far setakat ni baru dapat 2 kad raya.. satu daripada peniaga WMC.. thanks kak Wann.. tak sangka dapat kad raya dari kak Wann tau... dan satu lagi dari kawan baik masa belajar dulu.. sampai lanni still contact... thanks zie.. cantik banget kad tu... ekslusif! kuih muih raya untuk tahun ni laks... 5 jenis kerepek 5 jenis biskut 1 kacang kek?? tak tahu nak beli kat mana.. nak buat memang takdo lah tu.. pasti di carik jugaks nanti.. puding koktel juadah yang akan aku sediakan pada hari raya pertama... rendang ayam rendang daging nasi impit masak lodeh sambal tumis ikan bilis lemang (beli ler)

KAD HARI RAYA UNTUK SEMUA

Image
ASSALAMUALAIKUM... Memandangkan ramai yang dah publish kad raya.. so, hari ni saya baru masuk keje.. dah hampir seminggu MC.. kurang sihat laaaa... saya pun nak publish kad raya untuk semua blogger2 dan sesiapa juga yang mengenali saya di alam maya ini... Tak lupa juga kepada blogger yang bagi kad raya walaupun secara digital.. terima kasih banyak2.. UCAPAN raya pulaks kami tujukan buat mak abah, adik beradik, member2 opis dan semua sahabat yang mengenali kami terutamanya blogger2 dan rakan2 seperjuangan dahulu.. Dikesempatan yang ada ini.. saya sekeluarga nak ucapkan:- *** SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN.. *** *** Sesiapa yang berdekatan ngan rumah saya, jemputlah datang ke Villa Raudhah pada hari raya pertama dan kedua.. calling2 lah dulu sebelum nak datang yer.. hari ketiga tutup umah eh! balik kampung! ***

Dapat AWARD Lagi.. yeye..yeye..

Image
Award kali ni best! lain dari yang lain.. membuatkan kita akan perasan sendiri.. hehehehhe... Award ni dari Kak Vogue kita.. vogue gitu! apa pun terima kasih bebanyak kak... suker2 sangat! So, saya nak kasik award ni kat :- 1. Viruspadu 2. Eedany 3. Kak Teman Tapi Mesra (tak tahu nama ler pulak! ampun kak!)

Kena Wat Blog Untuk Opis Laks!

Mulai awal Sept. lepas, aku dan budak2 programmer dah ditempatkan dalam satu Unit Khas.. cam gerak khas lah pulaks... Antara job yang wajib kami buat ialah BLOG!... bab2 blog ni best ler aku nak buat.. tapi tu ler... facility dalam opis aku punya blog terhad.. tak secanggih blog2 yang free kat luar ni... Nak tak nak.. kenalah buat... kalau nak tengok blog yang baru aku buat tu leh surf kat MY BLOG yer...

Berbuka puasa di rumah mak

Image
Aku dan hubby cadang nak buka puasa kat umah mak aku... kami plan ajak adik beradik terdekat.. nak ajak abang aku.. memang tak dapek laaa.. sibuk memanjang... Aku dah siap pesan kat adik aku.. mintak dia masakkan nasi ngan buat air aja.. yg lain aku masakkan.. aku malas nak nyusahkan mak aku.. dia pun bukannya larat sangat.. Dan untuk kuih-muih aku suruh adik aku yang sorang lagi belikan.. Sementara hubby gi kelas.. aku pun dengan operasi memasak.. So.. menu untuk berbuka puasa hari ni:- 1. Rendang ayam 2. Sambal sotong kering 3. Tempe masak lemak cili api 4. Sup cendawan 5. Bubur kacang bubur kacang dalam bekas ni aku bagi kat adik2 USIM.. kesian diorang.. jauh dari mak ayah.. semua dah pack.. ready untuk pi rumah mak aku.. amiera buat muka sedih.. dia tak berapa sihat sangat... tapi bila suruh posing depan kamera.. laju aja... majlis berbuka kat rumah mak aku... aku lupa nak snap.. lapar sesangat.. sampai lupa nak bergambar.. hehehhehe...

Jom jawab tag lagi!

Image
Kali ni aku dapat tag dari nizza-abira.. apa pun.. jom baca! The rules: Link to your tagger and post these rules on your blog. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog. ......................................................................................................................... Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Couple ngan x-bf hampir 6 tahun.. kawen ngan orang lain.. m engenali suami melalui chatting. . ICQ... au-au.. itulah bunyi yang menjalinkan ikatan kami... itulah jodoh namanya Anak yatim.. huhuhu.. sedihnya.. ayah tiada waktu usia saya masih 3 bulan dalam kandungan mak... kasih sayang seorang ayah kandung tak pernah saya rasa.. sedih kan! Saya minat pada kraftangan tetapi cepat jemu. Masalah tu kan? semua hantaran pihak lelaki dan pompuan masa kawen s

Shopping kat Maidin, Putrajaya

Image
Maidin dah bukak cawangan kat Putrajaya.. waaaa... alang2 member2 opis nak pi sana.. aku pun join sekali.. nak tahu tempat dia kat mana.. lain kali leh pergi ngan hubby... Luas jugak Maidin tu.. cuma agak sempit sebab sarat ngan barang2.. kalau semua orang Putrajaya terjah Maidin.. confirm sesak nak mampos! kalau nak dibandingkan ngan Maidin Kajang.. Maidin Kajang lebih selesa.. sebab ada 3 tingkat.. masih boleh bernafas lagi.. nak solat dan makan pun senang.. situ suasana hidup sikit.. so.. yang aku beli hari ni.. cincau, air soya.. untuk berbuka petang nanti... air kotak Fernleaf sebab air kotak Milo dah habis.. Amiera suker minum air coklat2 ni.. sekotak jerk tak sampai seminggu dah habis.. bekas nak wat puding masa raya nanti dan bekas kuih raya.. semua sekali habis tak sampai RM50... sekali belanja mesti banyak.. boros sungguh aku ni.. aku ambik yang ada corak rose warna merah.. pink tak adolah! bekas yang lama tak berapa cantik.. nak beli kat Romantika mahal sangat... ni pulaks b

Happy Anniversary to me!

Image
N3 ni aku buat lepas aku beli present utk hubby.. coz Jumaat lepas stok dah habis.. Sepintas lalu.. Tanggal 6 Sept 2003.. aku diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati.. ye ke?? yolah kan.. takkan kawin pakso laks.. dah 5 tahun rupanya usia perkahwinan kami.. cam tak cayo yo! rasa cam baru jerk lagi.. tak sodar anak dah bosar.. huhuhuhu.. dah paneh telingo dongar oghang tanyo.. bilo nak tambah laie.. aduhh.. fenin.. Sempena anniversary yang ke 5 tahun ni.. aku beli present senaskhah Tafsir Al-Quran.. aku suker ngan tafsir ni.. terjemahannya dalam Bahasa Melayu.. memang mudah faham.. hope u like it abang! Memandangkan anniversary kami jatuh bulan Ramadhan.. so, kami cuma raikan di SOGO.. ingat n3 sogo??? sepanjang hari kami di sana sahaja.. bukan berdua.. tetapi bertiga dengan buah hati pengarang jantung kami.. Doa ku... semoga perkahwinan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat.. dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.. moga sinar kasih kami bertambah gemersik.. ceh! berpuitis pulaks.

Kisah Serunding..

Image
Jumaat lepas.. aku belilah serunding ayam coz kesian tengok hubby aku kalau sahur.. so, untuk menambahkan selera dia aku belikan dia serunding.. mahal siot 100gm jerk RM7.. tapi sayang punya hal.. alah.. baru RM7 kan.. huhu.. Lepas berbuka tu.. hubby aku pun merasalah sikit serunding tu.. si Amiera pun try ler rasa.. haaa ko! dia pulaks yang lelebih... sudah! daripada tak suker makan pedas.. boleh makan cenggitu aja serunding tu.. naik heran aku dibuatnya.. pedas2 sedap agaknya.. bila tekak dia rasa pedas.. mintak air.. pastu nak makan lagi.. haaa.. tak sampai 3 hari dah habis.. berselera sungguh Amiera makan serunding ngan nasi.. ni ler menu yang membolehkan dia makan banyak... hehhehehe.. So, tengahari ni aku beli lagi.. kali ni aku beli serunding ayam dan serunding daging.. confirm makin berselera Amiera makan nasi... bagus2.. tapi masalahnya sayur2an dia tak mau makan.. hanya nasi dan serunding aja.. aduhh.. susah camni..

Shopping di SOGO

Image
Sabtu lepas.. kami awal2 pagi dah kuar ke Sogo.. memang bersemangat sungguh.. sampai di Sogo lebih kurang kul 10 pagi... parking penuh beb.. jalan jem pagi2 tu.. last2 kami pusing balik dan parking aja kat Pertama.. Nak masuk ke Sogo tu pulaks.. bukan senang2 nak masuk.. kena beratur dulu... ramai nak mampos orang masa tu... Sales kali ni hanya untuk ahli berdaftar sahaja.. kira last day punya sales.. dahlah hari cuti kan.. makin ramailah orang.. sales diadakan kat setiap level Sogo tu.. semua barang ada less... Tempat pertama kali yang kami pergi.. of course tempat kanak2.. sebab memang tu tujuan utama.. nak cari baju Amiera... sampai2 jerk.. dah pack.. orang dok sibuk memilih baju budak2.. aku plan ngan husband.. suruh dia duk diam2 jaga Amiera.. biar aku yang carik baju Amiera... tak tentu arah aku di buatnya.. sana cantik.. sini cantik... sana murah.. sini murah... pening2.. last2 aku decide.. carikkan baju brand Disney Princess, Barbie.. dan lain2 yang aku berkenan.. sambil2

takde per nak citer

Image
2 hari lepas aku MC dan EL.. sebab sakit kepala dan sakit perut... time nak pose ni ler sakit perutnya... rasa nak pengsan.. ngan mual2 nak muntah nya.. yerk! hari ni dah masuk keje.. rasa ringan sikit kepala.. perut pun alhamdulillah... sihat walafiat.. masuk keje tadi dapat parcel.. beli barang online.. beli patung Amiera.. Strawberry Shortcake.. mesti Amiera dengan senyum lebar bila dapat patung ni... suker tengok gelagat dia kalau dapat something yang dia suker...

Jom Kemas..

Image
Lepas jamuan minggu lepas.. inilah masa yang paling sesuai untuk mengemas segala macam benda dalam rumah ni.. esp. basuh membasuh.. semua cadar dan selimut perlu dibasuh.. bayangkan lah.. ada 4 bilik.. cuaca pulaks asyik tak menentu.. kebetulan pulaks.. my SIL bawak cadar baru yang aku order dari dia.. lagi bersemangat ler aku nak menukar cadar.. apapun layan the pics.. bilik Amiera yang telah dikemas rapi.. cadar ni pun baru beli.. sweet kan?? cadar ni utk bilik aku.. lagi 2 set cadar untuk bilik tetamu masih belum dapat.. ingat tak n3 Jaya Jusco.. ni ler barang yang aku maksudkan.. kenapa aku soker?? sebab color dia pink!! belum fikir lagi nak letak apa kat sudut tu.. any idea?? off topic sat.. Amiera berposing sebelum kami gi kuar jalan2... ni pulaks gambar pokok bunga yg benihnya kawan opis aku bagi.. baru 2 bulan lebih dah tumbuh bunga.. bunga apa ni yerk??