Shopping di SOGO

Sabtu lepas.. kami awal2 pagi dah kuar ke Sogo.. memang bersemangat sungguh.. sampai di Sogo lebih kurang kul 10 pagi... parking penuh beb.. jalan jem pagi2 tu.. last2 kami pusing balik dan parking aja kat Pertama..

Nak masuk ke Sogo tu pulaks.. bukan senang2 nak masuk.. kena beratur dulu... ramai nak mampos orang masa tu... Sales kali ni hanya untuk ahli berdaftar sahaja.. kira last day punya sales.. dahlah hari cuti kan.. makin ramailah orang.. sales diadakan kat setiap level Sogo tu.. semua barang ada less...

Tempat pertama kali yang kami pergi.. of course tempat kanak2.. sebab memang tu tujuan utama.. nak cari baju Amiera... sampai2 jerk.. dah pack.. orang dok sibuk memilih baju budak2.. aku plan ngan husband.. suruh dia duk diam2 jaga Amiera.. biar aku yang carik baju Amiera... tak tentu arah aku di buatnya.. sana cantik.. sini cantik... sana murah.. sini murah... pening2.. last2 aku decide.. carikkan baju brand Disney Princess, Barbie.. dan lain2 yang aku berkenan..
sambil2 dok carik2 baju... disebabkan murah.. banyak pulaks yg aku kaut.. nak letak baliks sayang ler pulak... dah penat aku meredah lautan orang di tengah2 tu... hehhehehhe.. pastu pulak pi kat seksyen kasut.. carik kasut Amiera laks.. leh laaa.. ramai jugaks.. nak wat camna.. memang tengah murah.. ramai ler berebut..


tak sudah2 ngan doll baru dia..

Selesai tpmt budak... walaupun aku tak puashati nak menyopping kat level baju budak2 tu.. kami ke tingkat bawah.. kononnya nak carik set Corning Ware.. dari harga RM399.. boleh dapat RM100.. tapi sayang.. dah sold out awal2 lagi.. pastu pi pulak ke Seksyen pakaian lelaki.. hubby pun malas nak memilih.. serabut kepala otak dia.. ramai sangat.. then pi pulaks kat pakaian perempuan... hehhehe.. sempat ler aku beli sandle.. beli 2 barang jerk.. tapi beratur hampir sejam nak membayar.. hampeh tul...

Disebabkan terlalu lama berdiri kamu pun decide balik.. sebelum tu kami singgah di Medan Mara (tmpt keje lama aku dolu).. solat kat situ.. aman sikit.. tak ramai orang.. kalau kat sogo.. dahlah orang ramai.. tmpt pulaks kecik.. adoiii... lepas solat kebetulan pulaks kumpulan Wings datang ke Medan Mara.. nak wat promosi ulang tahun mereka yang ke-21.. so, kami jengahlah sekejap... ada soal jawab.. siapa dapat jawab leh dapat souvenier.. aku beria2 suruh husband ke depan jawab soalan... sib baik.. dapat jawab..


kesian brother ni.. disebabkan dia tak dapat jawab soalan.. dia kena mainkan gitar palsu.. hehhe..


souvenier dari kumpulan Wings..

Ok.. selesailah perjalanan kami ke SOGO.. tahun depan kalau diaorang buat sales lagi.. aku plan nak coti.. biar aku sorang2 yang redah.. senang sikit.. bawak anak ni leceh! hehheeh.. sapa nak join.. tahun depan kita pi sama2 yerk..

Seperti dijanjikan.. saya nak show baju raya Amiera yang telah aku matchingkan untuk tahun ni laks..

memandangkan raya tahun ni kami wat tema warna hijau.. sib baiklah ada gaks baju warna hijau.. kalau tak tu banyak yg color pink sajo..


sepasang ni tak sampai RM40.. brand Princess..


gaun ni brand Rabbit apa ke benda ntah.. dari RM149.. boleh dapat RM40


yang ni pulaks dari Flower Girl.. cuma RM29 kalau tak silap..


sepasang ni pulaks.. dari Princess dan Barbie.. bawah RM40


jaket ni kalau tak silap bawah RM30


sepasang baju ni pun leh dapat bawah RM50.. brand Barbie..


dan dress ni pulaks.. leh dapat bawah RM20.. dari Princess..


sweater ni cuma RM20 kalau tak silap.. dari Princess..

baju2 kat bawah ni laks aku beli seminggu sebelum bulan 9 aritu.. masa tu pun ada less tapi untuk public..


sepasang ni leh dapat bawah RM40.. brand Cartoon Network..


jaket ni cuma Rm20.. brand Barbie..


gaun ni laks.. aku beli kat Jusco tempohari.. ni ler baju Amiera yang paling mahal.. sebab New Arrival.. brand Kiko..


yang ni pulaks.. sajer nak show kat sini.. ntah nape.. aku minat sungguh ngan baju ni.. warnanya PINK.. 3 pasang semuanya.. suker sungguh Amiera..

jom tengok kasut Amiera laks.. mula2 nak beli sandle sepasang.. kasut sepasang.. last2 sandle tu lambat pulaks stok turun dari Tkt. 8.. last2 aku ambik kasut gaks..


RM39.95.. dari Disney Pooh..


yang ni pun RM39.95.. tak ingat brand apa..


6 omelan:

Kebod's Family said...

banyak nyer baju raya amiera... ni ebetul sebulan raya nih....

Faina Arisya said...

ju,

omak dio yang lobih2.. hehehhe.. semuanya lawa2.. rambang mato!

Ogy said...

untungnya jadi amiera....
banyak betul baju....

Faina Arisya said...

g,

anaknya untung... mamanya pokai!

nizza-abira said...

kak,
kalau sy ada anak nanti sure sy akan ajak akk pi menyopping k...

memang untung amiera...
mama pokai tak pe, janji anak bergaya...ahaks...

suka tgk amiera...comel sgt...

Faina Arisya said...

salam nizza..

Insya-Allah... kalau takde aral leh shopping sama2.. hehehhe.. redah jer!

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (74) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty