Lipat melipat

Semalam... lepas mandi, dengan spontannya Amiera melipat towel yang telah diguna.. aku cepat2 snap aksi dia melipat towel.. not bad gaks.. umur baru 4 tahun tapi dah pandai lipat towel.. satu perkara yang bagus yang dia belajar di taska.. walaupun cam nampak kesian jerk anak kita kecik2 dah kena lipat towel sendiri...


towel bahagi dulu yer..


kasi elok sikit yer puan2..


pastu, lipat dua lagi macam saya buat ni yer puan2..


akhir sekali lipat kecil yer puan2.. dah siap.. terima kasih..


Duit raya terakhir Amiera

Pagi ni kawan opis bagi duit raya kat Amiera... lagi beberapa hari nak habis Syawal.. thanks Kak Sherry..


comel jerk sampul raya ni kan..

tahun ni memang tak berkesempatan nak pergi open house... one of the reason hubby sibuk nak siapkan assignment.. rumah sedara mara area KL pun tak sempat nak pergi.. hmmm.. macam tak berapa best jerk raya tahun ni...


Nuffnang punya cerita

Pagi2 bukak email.. dapat email dari Nuffnang Ads.. ada advertiser nak masukkan iklan dalam blog aku ni katanya lah kan... iklan tu untuk tempoh 7 hari pada akhir Nov nanti.. so, sesapa yang tahu pasal iklan ni Nuffnang ni cemana yerk.. yang pernah dapat payment dari Nuffnang ni..

Aku rasa dah masukkan code ads Nuffnang dalam blog... tapi betul ke dapat bayaran tu?? macam tak percaya jerk... confuse sikitlah..


Amiera dah pulih

alhamdulillah.. hampir 2 minggu lepas Amiera jatuh kat tadika... sekarang ni dia dah beransur pulih.. lebam pun tinggal sikit2 jerk.. dah tak ketara macam dalam gambar tu...

kat bawah ni gambar dia yang latest.. masa ni kami nak pergi ke Bagan Serai.. umah SIL aku.. hubby ada exam MUET kat sek di Parit Buntar.. jauh kan.. penat oooo... semalam aku cuti.. hari ni baru masuk keje..



masih ada kesan2 sikit kat dagu dia..


ni akaun Nuri yang baru bukak Isnin lepas... so far takde masalah.. hopefully takde masalah lah pasni...


Cian Amiera



Nampak tak lebam kat dagu Amiera.. minggu lepas hari Selasa.. aku ambik lewat dalam pukul 7 malam kalau tak silap.. tengok dia nangis syahdu syahdan.. cikgu dia kata dia terjatuh masa tengah makan.. dia menari2 katanya..

Masuk kereta dia menangis lagi.. dia usik2 dagu dia.. aku tak syak apa2 sebab takde apa2 kesan.. lama2 aku tengok dagunya memanjang dan bengkak.. dah macam pakai BOTOX laks.. keesokannya dagu dia naik lebam.. sikit2 lama2 besar lebam dia.. aku dah risau takut something happen kat tulang dagu dia..


masa ni memang tak nampak apa2..

Esoknya aku hantar Amiera ke taska.. tanya cikgu dia macam mana dia leh jatuh.. boleh cikgu tu kata dia tak tahu! agaknya masa Amiera jatuh tu hanya sorang jerk yg jaga.. cemanalah diorang jaga anak kita kan.. dahlah bayar mahal2.. kalau aku ambik lambat pun bukannya free jerk.. kena gak bayar overtime..

Then kami decide hantar dia ke Hosp. Pakar Kanak2 An-Nur Bangi.. alhamdulillah sib baik doc kata dia cuma luka di lapisan luar dan gusi sahaja.. lebam akan beransur pulih dalam 2 minggu.. risau oooo...



masa menunggu rawatan.. lasak Amiera ni..


MC yang tak macam MC

3 hari lepas aku MC... sampai lanni badan aku masih tak sihat.. masih lemah.. ntahlah.. dah tua dah.. tak makan ubat.. sakit... kalau makan ubat.. lagi aku sakit.. camna tu??

Ikut nasihat hubby.. dia suruh aku pi klinik dan ambik injection kalau nak cepat sembuh.. tapi malangnya.. lepas cucuk tu.. kelopak mata dah bagi tanda.. bintik2 kecil dah nampak.. esoknya mata aku bengkak macam alien! demam tak sembuh2 jugak.. punggung pun sakit tau! daripada nak sembuh jadik bertambah sakit.. mana tak geram! badan aku bertambah lembik.. ubat dah banyak telan tapi aku masih lemah.. kalau berdiri lama aja aku rasa nak pengsan..

makan ubat selesema laks.. alhamdulillah bersin hilang.. tapi hidung aku tersumbat pulaks.. lanni dah kena batuk ngan semput..

Pastu pi klinik balik.. mana tahan camni.. nak pergi keje pun tak bleh.. nasib baik dapat sambung mc lagi...

Nak tak nak arini kena kerja gaks.. amiera dah start exam.. aku pulaks ada tugasan penting kat opis.. kena ngajar sistem yg aku handle..

Berbalik pada tajuk kat atas tu.. MC yang tak macam MC... dah nama MC kan.. aku sakit laaaaaa... diorang ni cam tak paham2.. nak gak ganggu aku kat rumah.. ingat kepala otak ni komputer ke! kejap2 SMS.. kejap dapat call.. macamlah masalah tak boleh diselesaikan sendiri.. aku ni dahlah lemah.. nak suruh aku pikir lagi...aduhhh.. patutnya bagilah aku rehat betul2.. pasal keje citer kemudian lepas aku masuk opis laaaa...


Duit Raya Amiera

Tahun ni... cam biasa yang bekerja bagi duit raya kat kanak2 yang masih bersekolah.. aku pun tak terlepas sama.. anak2 sedara belah aku ramai gaks.. sepupu yang masih kecil pun ada.. so, memang aku kena spend ratus2 jugak untuk diorang..


sampul raya yang diterima masa beraya di N9.. yang paling banyak isinya sampul warna purple..


sampul raya masa beraya di Perak..

rasa2nya lah berapa collection duit raya Amiera yang dikumpul sejak hari raya pertama sehingga hari raya ke-5?

raya sebulan kan? so, kami belum habis menziarahi sedara mara sekitar KL... so, collection duit Amiera sure bertambah lagi..

pas gaji nanti baru plan nak bukak akaun baru Amiera.. collection yang tak genap tu aku genapkan lah nanti.. Bank Islam dah ada, Tabung Haji pun dah ada... dengar cerita kak ipar ku kata Akaun Nuri, Bank Rakyat lain dari yang lain.. so, ingat nak bukak jugak lah.. masuk min RM150 leh dapat tabung free..


Al-Fatihah

Semalam.. 9 Oct, semasa aku sedang bersiap2 untuk memandikan Amiera... dapat panggilan daripada abang aku... mak saudara aku meninggal dunia... akhirnya kembali juga seorang hamba Allah pada hari Khamis.. moga roh nya dicucuri rahmat.. aminnnnnnnnn... al-fatihah..

Ingat n3 pasal hari raya pertama sebelum ni?? yang aku ke Hospital Selayang melawat mak sedara yang sedang sakit.. masa melawat tu dia masih ok lagi.. doc pulak tak kata apa2..

Kemudian, pada hari Selasa 7 Oct, dia koma... itupun selepas doc memasukkan ubat kat badan dia.. selepas di desak oleh abang saya.. barulah doc menerangkan yang mak sedara saya tu mengidap kanser hati di tahap serius..

Pada 8 Oct.. selepas waktu kerja.. aku rasa nak sangat tengok mak saudara aku tu.. manalah tahu takut aku tak sempat.. walaupun dia dalam keadaan koma.. sampai gaduh2 aku ngan hubby.. yelah dah petang kan.. nak patah balik ke KL tu.. dengan hujannya.. bukannya senang.. aku plan kalau hubby tak larat biarlah aku pergi esok sahaja.. walaupun dalam hati ni rasa nak jugak pergi... last2 hubby decide kami pergi jugak.. alhamdulillah.. marah2 sayang kata orang.. hehhehehe..

Sampai di Hospital dah pukul 7.30, waktu lawatan pun dah tamat.. tapi kami beri alasan yang memang munasabah.. mak sedara sedang tenat.. nasib baik guard tu baik hati.. sedih aku tengok mak sedara aku tu.. pernafasan dia turun naik.. hubby suruh aku selawat kat ubun2 mak sedara aku tu.. supaya sejuk sikit.. kerana di situlah roh kita akan keluar.. aku juga berpesan kepada sepupu aku supaya sentiasa berselawat kat ubun2 mak dia..

Hampir 2 jam kami di sana.. kami pun pulang dengan doa semoga mak sedara aku atau 'mak' gelaran yang aku panggil.. sembuh sediakala.. tetapi sekiranya telah dijanjikan Allah ajalnya telah sampai.. permudahkanlah segalanya.. kami semua redha jika itu telah ditakdirkan..

Syukur alhamdulillah.. aku sempat menemui mak sedara aku tu.. beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir selepas azan subuh berkumandang... dengan tenang pernafasannya berhenti secara perlahan2... itu yang diceritakan oleh sepupu ku..

Jenazah juga telah dikebumikan pada hari yang sama.. sebelum Asar.. ketika hujan turun membasahi bumi.. seolah2 meratapi pemergian beliau.. semuanya berjalan dengan lancar.. tenang.. dingin... al-Fatihah...


Hari Raya keLima

Perancangan hari ni..

Macam biasa bergambar dulu ya..


Amiera ngan baju baru..


Amiera bergambar dengan sepupu dan atuk..


Amiera ngan sepupunya Haqiem..


kakak ipar sekeluarga..


aku sekeluarga..


adik ipar sekeluarga..


Amiera terima duit raya dari Umi..


duit raya dari Acu..


bersama Along..

1. Beraya ke rumah mak mertua adik ipar aku.. aku lupa snap pics lagi.. menu yang dihidangkan.. rendang ayam, sayur lodeh, nasi impit, bihun goreng dan biskut2..

2. Beraya ke rumah mak angkat SIL aku.. makan tengahari kat rumah diorang.. menunya.. nasi campur.. pergh.. meleleh.. ada gulai lemak rebung campur udang, sambal belacan, sambal tempoyak, ulam2an, ayam goreng, kari ikan kalau tak silap, ikan pekasam... dah lama tak makan nasi campur camni...


baca doa dulu sebelum makan..


si kecil molek.. Damia..


khusyuk nengok TV..

Sebelah petang nya pulaks... beraya ke rumah mak mertua abang ipar aku.. menu yang dihidangkan bihun sup, mee goreng, agar2 selain biskut raya..


duduk2 dulu masa sampai..


Amiera habis daring bergambar ngan Haqiem.. suker ler tu..


khusyuk nengok robot yang keluar mata merah..

Sebelah malamnya pulaks.. kami beraya ke rumah sepupu MIL aku..


Amiera kalau dapat minuman bergas.. lajus jerk dia minum..


bergambar ngan Along..


tengok tu.. teguk sakan tu...

pastu kami pun baliklah.. dah ponek laaaa...


Hari Raya KeEmpat

Family hubby sepakat untuk buat open house pada hari raya ke-4.. menu yang dihidangkan ialah...

* Nasi tomato
* Ayam masak merah
* Jelatah
* Laksa
* Sate
* Rendang ayam
* Lemang
* Puding koktel dan dadih
* Biskut2

Ramai sedara mara dan sahabat handai yang datang.. memandangkan juadah disediakan secara katering.. kos tenaga berkurangan.. takde lah penat sesangat..

aku cam biasa.. nolong apa yang patut.. nak nolong lebih2.. aku tak reti sangat sebab bukan rumah sendiri.. mana yang aku tak tahu tanya kat adik ipar dan MIL aku..



Amiera yang kepenatan.. time to sleep..


tapi diganggu dek papa nya.. sekali watcha..


lepas mandi dah tukar baju.. baring2 punya baring.. pun tak tidur jugaks..


Hari Raya Ketiga

Pagi2 hubby dah kuar isi minyak.. balik lepas sarapan dia cuci kereta ngan Amiera.. aku kat dapur ngemas apa yang patut..

Settle semuanya.. baru bersiap nak balik.. hubby aku dok layan citer hindustan beb!.. aku dah bising.. sebab aku dah siap.. tapi dia tak siap2 lagi..

Dah tengahari baru kami bertolak balik... sebelum tu wajib bergambar dulu ya..





gambar aku ngan amiera aja yo.. hubby sibuk uruskan kereta dan angkat barang.. tu ler sapa suruh lambat..

Sebelum sampai di Ipoh kami beraya dulu di rumah sedara mara belah hubby aku.. sobab eh! semua adik beradik hubby aku dah beraya rumah sedara mara masa raya kedua.. so, sebab tu kami beraya kemudian..

Sampai di Trolak.. kami singgah beraya di umah mak sedara hubby aku.. kat sini aku lupa nak snap pics..

Kemudian kami beraya pulak di Bikam rumah ayah sedara hubby aku..


antara hidangan.. wajik pun ado!


gambar kureng sebab snap pakai phone..


Hari Raya Kedua

Pagi ni cam biasa.. agak dah rutin hidup aku kot.. buat sarapan.. masak nasi goreng aja.. abang aku pi beli roti canai..

Lepas sarapan.. kami bersiap2 untuk ke rumah makcik aku di Kg. Batang Benar.. jgn salah baca eh.. dah boto dah ejaannya..

Sebelum tu wajib ambik gambar dulu..



abang sekeluarga dan mak abah..


aku sekeluarga dan mak abah..


aku soker sangat ngan gambar ni... ntahlah dah jiwa PINK kan..


on the way nak ke rumah mak cik aku..


posing sikit.. biler aku nak gemuks ni!

Masa kat rumah mak cik aku tu... lupa lagi nak snap gambar.. sobab eh.. sodap ngadap rondang ayam.. hehhehhehehe... pastu aku hantar mak aku balik rumah kat Mantin.. abang aku dah balik umah eh kat Sg. Buloh.. esok aku nak balik Ipoh daaaaa...

Aku nolong masukkan biskut2 raya.. kalau ada orang datang rumah mak aku.. senang sikit dia.. buat air aja..


posing sikit kat umah nenek..


sambil nunggu nenek wat teh tarik.. hehhehehe..


takdo kojo lah ni..

petangnya.. kami balik sebab aku nak kejar citer 'Anak' kat Astro.. umah mak aku takde Astro.. hehhehehe.. biasalah kan.. aku citer2 antu ni soker nak nengok.. pastu takut nak mampos!..



Amiera yang kepenatan.. syoknya tidur..

Lepas habis citer 'Anak' aku pun mengemas rumah dan siapkan pakaian untuk pulang ke Ipoh esok..


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (112) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty