Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

MC yang tak macam MC

3 hari lepas aku MC... sampai lanni badan aku masih tak sihat.. masih lemah.. ntahlah.. dah tua dah.. tak makan ubat.. sakit... kalau makan ubat.. lagi aku sakit.. camna tu??

Ikut nasihat hubby.. dia suruh aku pi klinik dan ambik injection kalau nak cepat sembuh.. tapi malangnya.. lepas cucuk tu.. kelopak mata dah bagi tanda.. bintik2 kecil dah nampak.. esoknya mata aku bengkak macam alien! demam tak sembuh2 jugak.. punggung pun sakit tau! daripada nak sembuh jadik bertambah sakit.. mana tak geram! badan aku bertambah lembik.. ubat dah banyak telan tapi aku masih lemah.. kalau berdiri lama aja aku rasa nak pengsan..

makan ubat selesema laks.. alhamdulillah bersin hilang.. tapi hidung aku tersumbat pulaks.. lanni dah kena batuk ngan semput..

Pastu pi klinik balik.. mana tahan camni.. nak pergi keje pun tak bleh.. nasib baik dapat sambung mc lagi...

Nak tak nak arini kena kerja gaks.. amiera dah start exam.. aku pulaks ada tugasan penting kat opis.. kena ngajar sistem yg aku handle..

Berbalik pada tajuk kat atas tu.. MC yang tak macam MC... dah nama MC kan.. aku sakit laaaaaa... diorang ni cam tak paham2.. nak gak ganggu aku kat rumah.. ingat kepala otak ni komputer ke! kejap2 SMS.. kejap dapat call.. macamlah masalah tak boleh diselesaikan sendiri.. aku ni dahlah lemah.. nak suruh aku pikir lagi...aduhhh.. patutnya bagilah aku rehat betul2.. pasal keje citer kemudian lepas aku masuk opis laaaa...

Comments

vogue2704 said…
patutnye kena off henpon..boleh rehat ok sikit..sekarang camna dah ok?
Ogy said…
salam...faina..demam apa tu sampai mc 3 hari? siannyaa...
semoga cepat sembuh...
Faina Arisya said…
vogue..

tak leh nak off hp.. nanti hubby marah sebab tak dapat call.. hehhehe.. lanni masih batuk2.. tak aktif mcm masa sihat.. sewdihh..
Faina Arisya said…
ogy..

demam selesema lah g.. tetiba jerk.. b4 ni kalau selesema pun makan ubat terus ok.. ni tak.. demam sampai menggigil2 sejuk..
ohh.. sabo ek dik.. doa akk semuga cepat sht... amin

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah