Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Mesy. Persatuan Acasia Park

Jumaat lepas penduduk di Acasia seramai 25 orang telah hadir ke mesyuarat.. alhamdulillah sambutan amat memberangsangkan.. jangkaan hubby mungkin 10 orang sahaja.. tetapi sorang demi sorang datang.. syukur.. mana2 yang tidak dapat hadir sempat pesan melalui SMS.. ada yg keje malam.. ada urusan lain.. dan ada juga yang tidak memberi apa2 respons.. peliks lah jenis orang macam ni.. benda yang baik pun tak nak join.. kalau ada apa2 berlaku kepada mereka jangan salahkan orang di sekeliling sekiranya jiran tak nak ambik tahu... yelah kan.. cemana nak ambik tahu.. nama, no. tel dan lain2 tidak ada dalam senarai...

Salah seorang jiran yang juga mangsa pecah rumah turut hadir.. beliau menceritakan bagaimana rumahnya di pecah masuk.. barang2 berharga seperti laptop, duit dan emas.. selain barang2 kecil seperti periuk , set pisau dan lain2 turut di samun.. melampau sungguh diorang ni.. pencuri masuk ikut tingkap belakang.. air paip yang tercabut ditutup dengan kain supaya tidak melimpah.. bahaya sungguh penyamun ni.. kerugian yang dianggarkan lebih kuran 10K..

Selepas agenda memperkenalkan diri.. perlantikan AJK Sementara dibuat untuk memastikan keselamatan taman dan hal2 lain.. Hubby aku telah dilantik sebagai pengerusi.. actually aku tak berapa setuju sangat sebab ada ramai senior2 yang sesuai untuk jadi pengerusi.. tapi memandangkan hanya sementara, hubby aku pun setuju.. pasni kalau dah ramai jiran yang masuk.. perlantikan AJK Tetap akan dibuat.. banyak proses akan dibuat untuk menubuhkan persatuan ni..

Agenda seterusnya.. perbincangan berkaitan dengan keselamatan taman.. beberapa cadangan telah dibuat tetapi belum dapat kata putus..

Aku sebagai isteri.. macam biasalah kan.. buat air.. hidang apa2 yang patut untuk tetamu...

Amiera sebagai penyibuk.. pemerhati.. penulis.. dan segalanya... sibuk ke hulu hilir.. tak duduk diam..

Antara yang hadir..





Mesyuarat seterusnya akan diadakan dan wakil Polis akan dijemput untuk membincangkan perihal keselamatan. Mesyuarat tamat hampir pukul 12 malam.. aku dah mengantuk siot.. nak tak nak.. tunggu jelah..

Comments

Puteri Satu said…
nasib sok cuti ye...
akak n huby sempat singgah tengok progres umah semalam...tengahari dalam kul 1.30 gitu..tapi nak cepat...coz MIL dah call ajak gi kenduri kawin kat Tamn Seri Bayu Sepang...sian lak kat dia tunggu lama...klu ikutkan hati nak singgah hantar borang kat faina..insyaallah klu kitorang ke sana...akan singgah umah faina ye....

akak harap dengan tertubuhnya ahli jawatankuasa dan semua cadangan berjalan dengan lancar akan lebih selamat untuk kita menduduki Acacia Park ni...insyaallah...
Faina Arisya said…
kak puteri..

leh submit borang through email.. nanti saya pass kat hubby..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah