Riwayat Handphone Aku & Dia

Dah hampir 10 tahun aku bekerja... tak kiralah kerja kontrak ke.. tetap ke...

Rasanya baru aja 3 handphone yang aku beli.. brand apa???? Samsung ler... aku pun tak tahu kenapa aku minat ngan Samsung.. kalau ikutkan dari segi spesifikasi dan kecanggihan.. bagus lagi Nokia atau Sony Ericsson.. tapi mungkin sebab design dia.. buat aku tertarik.. dari dulu aku memang minat sangat dengan handphone yang ada flip.. sebab tu aku pilih Samsung... uols mesti kebanyakannya handphone Nokia kan....

Meh saya show handphone-handphone yang pernah saya beli dan sejarah setiap handphone tu....


SGH-A100

Gambar kat atas tu bukannya hp aku.. tapi sirinya lebih kurang.. bentuk pun lebih kurang.. warna je lain.. hp aku warna silver.. ni adalah hp pertama yang aku beli menggunakan duit aku sendiri.. kalau tak silap aku.. masa aku beli hp ni aku masih bujang trang..trang..tang.. masa tu tengah berkawan ngan hubby aku sekarang ni.. harga masa tu kalau tak silap RM700.. handphone ni takde kamera... so takde kenangan yang disemat.. yg masih aku ingat ialah aku beli hp ni bersama dengan hubby aku sekarang... pastu siap paksa dia beli hp. .sebab susah sangat nak contact masa tu... hehheheheh.. jahat aku kan... hp ni aku pernah bagi pinjam kat adik aku.. macam2 dia buat.. last2 bila dia dah dpt hp baru.. dia pulangkan balik.. hp tu pun dah rosak.. dapat dek Amiera.. dah berderai.. lanni dah tak de dah.. aku dah buang.. bahaya..


SGH-E310

Hp ni kalau tak silap aku beli lepas aku kahwin.. harganya aku tak ingat sangat.. rasanya kurang 1K.. hp ni aku suker sangat.. comel.. pastu boleh ambik gambar kan.. tapi tu lah hp dulu mana ada kamera yang canggih2.. tak tahu berapa pixel.. kenangan hp ni banyak jugak sebab ada gambar dan video Amiera masa dia kecik.. aku sanggup tak jual hp ni sebab sayangkan isi kandungannya.. maklumlah tak boleh nak transfer ke mana2.. tup..tup.. dah kena samun... uwaaaaaaaaaaaa.... sedihnya... teringat balik pasal rumah aku kena ceroboh tu... mencinyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........... pulanglah balik weiiiiii...


SGH-D900i

Ni lah hp aku sekarang... kamera 3.0 megapixel.. aku beli akhir Sept 2007.. masa ni harganya kalau tak silap RM1100.. beli masa ni pun sebab terpengaruh ngan FIL yang nak beli hp baru... kenangan hp ni banyak sangat.. sebab banyak aktiviti dan kehidupan kitaorang tersimpan dalam hp ni...

Lepas ni... ntah bila.. aku akan beli handphone lagi.. selagi takde keperluan yang penting.. selagi tu aku tak beli... tul ke??? huhuhhuhu.. PDA?? aku kurang berminat... tapi kalau ada orang yang belikan apa salahnya...


Ni pulaks.. hp2 yang pernah hubby aku pakai... hampir semua brand dia pernah guna..

1. Ericsson T10.. warna biru.. jenis flip.. rasa2 masa ni tahun 2001 kalau tak silap.. aku paksa dia beli... hehhehe.. yelah kan.. keje dah lama.. hp satu pun takde.. susah ooo nak contact... dia beli handphone ni kat Bukit Jalil.. masa tu ada function kat sana.. macam2 lah diorang jual.. kenangan gaks tu.. sebab beli ngan aku..

2. Motorola warna hitam.. pun version dah lama.. dah tak jumpa kat kedai dah.. hp ni dah hilang.. ada peristiwa sebelum hp ni hilang.. huhuhuhuu... masa tu kami pergi rumah abang aku kat Gombak.. masa tu abang aku dah kawen.. aku laks dah bertunang.. kebetulan pulaks hujan.. hp aku terkena air.. dah tak boleh ON.. so, aku tukarlah simcard ngan hp hubby aku tu.. masa nak balik tu.. tiba2 motor laks buat hal.. ada orang cuba nak curi minyak motor.. hampeh tul.. nasib baik sempat diselamatkan.. takde apa2 yang hilang.. bila sampai kat umah sewa aku.. hubby perasan yang hp dia takde.. habis.. jahanam.. mesti terjatuh dari poket seluar dia... uwaaa... simcard aku pun hilanglahhhhhhh...

3. Nokia... ntah apa sirinya.. hubby beli kat KL.. beli yang second hand jerk.. hp ni tak tahan lama.. langsung jahanam..



4. Sony Ericsson.. lebih kurang cam gambar kat atas.. kali ni aku yang belikan sempena birthday dia.. beli yang murah2 jer.. masa ni kami dah kawen.. so.. itulah memorinya.. hp ni hilang masa hubby aku naik motor nak balik rumah.. dahlah masa tu sakit mata katanya... tulah kan.. takde rezeki..


5. Samsung D500

Hubby terpengaruh ngan aku.. yelah kan.. aku kan peminat setia Samsung.. bila dia pergi ke kedai.. dia ternampak hp ni.. dia minat ngan design hp ni.. niat nak beli.. tapi masih ragu2.. last2 belilah jugak... sampailah sekarang.. hp tu lah yang dia pakai.. dah lama dah.. kenangan?? banyak juga video dan gambar Amiera serta kenangan kami bersama yang dirakam.. hp ni pun dalam proses buat hal.. macam2 error keluar..

Itulah kisah hp hubby aku.. ada 5 semuanya.. InsyaAllah.. dia plan jugak nak beli yang baru.. tapi maybe end of next year.. atau lebih awal dari tu... hahhahaha.. depends on riwayat hp dia sekarang.. yg dia minat hp Nokia N96.. tak tahulah lepas ni hp apa pulak jadi pilihan hati dia..



4 omelan:

nizza-abira said...

sama dgn abg ipar niza,
suka sgt samsung sebab flip tu lah. sampai skrg dia masih setia dgn samsung.

Ogy said...

sila jawap tag dr blog g....kalo tak pernah jawap lg lah ya..

azreen said...

hp dah mcm satu keperluan pentingkan...kalau takde mesti cam sesuatu missing je kan...hihihi

Faina Arisya said...

g.. dah jawab eh..

azreen..

memang sebab senang nak berhubung.. nak2 pulak kalau ada kes kecemasan.. penting tu..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty