Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sah Demam Campak

Alkisah semalamnya.. badan2 Amiera gatal2.. timbul ruam2 merah kat badan dia.. aku syak dia kena demam campak.. hubby call my MIL apa caranya nak mengubatnya.. aku sapukan Amiera dengan bedak sejuk campur garam.. menjerit menangis Amiera menahan kesakitan.. kesian pulaks.. nak wat camna.. dari bertambah teruk..


tengoklah rupa dia bila bedak sejuk dah kering.. keras membatu..

DAN pagi tadi aku ngan hubby pi Klinik Kesihatan Nilai.. nasib baik kuar awal dari rumah.. so, time tu takdelah ramai sangat orang.. dapat service pun dalam pukul 8 lebih.. pada mulanya doc suspect Amiera allergic pada something... aku pulaks syak dia kena demam campak.. dah ramai kena sekarang ni.. bila doc explain pasal demam campak.. aku pun bagitahulah yang ruam2 merah dah ada kat hampir keseluruhan badan dia.. kecuali tang muka.. belum naik lagi.. Amiera pun dah tergaru sana tergaru sini.. then boleh jer doc tu decide kata Amiera demam campak.. no further treatment.. at least check betul2 lah.. penyakit ni kan boleh berjangkit.. so, kalau berjangkit susahlah aku.. Amiera tak boleh dihantar ke tadika.. nanti berjangkit ngan student lain pulaks.. cuti aku dah tinggal sikit.. MC private pun dah hampir habis tempohnya.. nak tak nak aku kena bawak Amiera pi opis.. lanni dia masih aktif.. ada sahaja projek dia kat opis aku ni.. walaupun muka dia dah hampir naik ruam..


nombor rawatan..


suasana sekitar Klinik..


masa ni tengah demam dan badan gatal2..

Comments

Noris said…
faina,
cuba beli air kelapa muda, bagi dia minum. nanti semua campak2 dia akan kuar nanti cepat baik. Lagi 1 kat umah india kan ada selalu diaorang tanam pokok campak... mintak lah dgn orang india, pastu daun tu tumbuk dgn beras sapu kat bdn dia. Insyaalah cepat baik. Tapi masa ambik daun kat umah india tu kat pokok tu kena campak duit 10sen. Ada orang india cakap kat sayalah masa anak saya kena demam campak dulu.
Faina Arisya said…
noris..

air kelapa saya dah bagi dah.. saya cuma sapu ubat yang doktor bagi aja.. so far kuranglah gatal dia.. ruam2 tu pun nampaknya tak naik banyak lagi.. ubat demam saya dah stop bagi dia makan.. sebab takut campak dia tak kuar.. saya cuma bagi ubat selesema nak bagi kurang gatal.. daun tu namanya daun semambu.. tahulah jugak.. tapi tak tercari2 lagi ni..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah