Salam semua..
Keadaan saya sekarang ni.. tak tahu nak kata... saya ni risau ke... kecewa ke... takut ke.. betul ke apa yang berlaku tu??? rasa macam mimpi pulaks...
Semalam saya EL... baru hari ni masuk kerja.... nak tak nak kerja jugak.. walaupun berat rasa nak tinggalkan rumah.. duk sorang2 pun takut gak...
Dugaan Allah memang berat kali ini.. mungkin ada hikmahnya.. mungkin juga sebagai pembuang dosa... mungkin juga untuk menaikkan darjat kita... itulah kata2 peransang dari hubby aku..
Percaya atau tidak... tapi itulah kenyataannya.. rumah yang kami diami hampir 6 bulan lamanya.. akhirnya di pecah masuk oleh manusia yang tidak ada kerja.. yang tidak bertanggungjawab.. yang hanya mencari jalan mudah untuk mendapat kesenangan... kutukan hebat untuk perampok2 itu... cissss... aku haramkan segala apa yang kamu ambil.. jiwa kamu takkan tenang selama2nya... selepas kejadian tu.. aku sentiasa berdoa.. agar perkara yang sama tidak berulang lagi... dan manusia durjana akan sedar akan kesilapannya.. dan kalau boleh dipulangkan barang2 yang diambil... doakan sekali untuk saya yer...
Nak tahu kisahnya???? saya pendekkan citer jelah ye...
Isnin lepas.. kami pulang macam biasa dari pejabat.. tiba di rumah dalam pukul 7 malam.. hubby seperti biasa akan ke tempat tanamannya... dan tak semena2.. dia mengarahkan aku membuka pintu rumah.. macam ni lah dialognya.. lebih kurang..
Hubby : "Buka pintu cepat.. ada orang masuk rumah.."
Aku masih blur.. macam tak percaya.. terus buka pintu tanpa rasa sangsi mungkin masih ada orang di dalam rumah... hubby meluru masuk ke dalam... pun tanpa sebarang senjata pertahanan...
Tingkap di belah tepi telah di umpil dan grill kami telah bengkok.. diorang masuk melalui tingkap..
grill yang dah bengkok.. tercabut dari dinding tingkap..
Setiap bilik Villa Raudhah telah di geledah.. masuk ke bilik bawah.. satu jerk aku perasan.. handphone lama aku dah tak ada... sah dah kena ambik!
Naik pula ke tingkat atas... habis berselerak.. sakit mata menengoknya.. aku sangka kan pada awalnya.. hanya barang tak berharga yang hilang dalam bilik utama.. hubby pun ingat begitu... rupa2nya.. barang kemas Amiera dan loket aku pun turut disamun... ntah macam mana diorang boleh dapat tahu di mana kami sorokkan..
Masuk bilik tetamu pulaks.. tiada apa yang hilang sebab kamera lama kami tersembunyi sedikit.. nasib baik digi cam aku simpan dalam kereta.. kalau tak memang habis jugaklah..
Masuk bilik Amiera... tak bersepah sangat.. hanya duit tabung Amiera disamun.. tapi banyak jugak.. aku terkilan.. memang terkilan sangat.. tu semua sebahagian duit raya dan duit aku untuk Amiera.. penyamun ni memang cerdik.. dia langsung tak ambik duit syiling dalam tabung Amiera.. mungkin menyukarkan dia untuk keluar dari rumah nanti..
Lain2 tempat.. tidak diusiknya.. lepas puas hati tiada sesiapa di rumah.. kami bergegas ke Balai Polis Semarak untuk buat report... pegawai polis turut menerangkan yang Nilai adalah kawasan panas.. banyak rumah di beberapa kawasan perumahan di samun.. di Acasia Park tu sendiri.. dah 3 buah rumah di samun termasuk rumah aku..
Kemudian kami dikehendaki pergi ke Balai Polis Nilai untuk susulan lanjut.. bertemu dengan Sarjan Shah.. selepas di soal siasat apa yang berlaku di rumah kami... kami tiba2 terbau something hangit dalam pejabat Sarjan Shah.. kami sangkakan ada benda kecil terbakar.. lama kelamaan.. bilik penuh dengan asap... lampu kalimantang mengeluarkan asap.. rupa2nya wire di luar hampir terbakar.. kami bergegas keluar dari pejabat.. risau jugak.. dahlah ditimpa mala petaka.. tak pasal2 ditimpa lagi.. Kami diarahkan pulang.. pihak polis akan tiba dirumah kami untuk buat siasatan...
15 minit kemudian.. mereka sampai.. Sarjan Shah dan seorang jurukamera selaku pegawai forensik.. Setiap sudut yang diselongkar di ambik gambar.. proses untuk mengesan cap jari juga dilakukan.. tapi tidak pula nampak sebarang kesan.. hampir setengah jam Villa Raudhah di siasat.. mereka pulang... tapi kami????? masih dalam keadaan kelaparan.. ketakutan.. kerisauan.. macam2 difikirkan..
Lepas makan.. kami pulang... aku pulak dah terlalu penat.. mana2 yang bersepah aku biarkan.. tak lalu aku mengemasnya.. tidur pun di bilik tetamu sebab bilik tu tak bersepah sangat..
Tidur kami pun tidak tenteram.. sekejap2 kami terjaga.. bimbang mereka akan datang balik.. bimbang juga kalau ada orang lain pulak yang nak menceroboh masuk.. memang terlalu bimbang..
Keesokkannya.. bangun macam biasa.. pandang kiri.. selerak.. pandang kanan.. selerak.. malas aja rasanya.. hubby try call tukang grill tapi masing2 sibuk... aku terpaksa mengemas rumah dan mop lantai yang penuh dengan debu hitam..
Selepas kemas barang2.. baru hati tenang sekejap.. tapi bila diingat kembali... aku kecewa dan marah dengan penyamun tu... aku terkilan kerana segala usaha aku untuk belikan barang kemas Amiera dengan mudahnya mereka samun.. memang aku haramkan semuanya..
Pengajaran dari kisah ku ini... juga untuk Kak Puteri yang bakal mendiami Acasia Park.. kawasan rumah kita tu masih belum selamat sepenuhnya.. walau pasang apa sekali pun.. mereka tetap boleh masuk.. hubby sedang merancang untuk mengumpul jiran tetangga untuk membincangkan masalah ini... mungkin selepas ini siapa pula yang menjadi mangsa...
Comments
Takpelah faina, saya pun pernah rasa mcm faina rasa..memang sedih, harta yg bukan senang kita nak kumpul, sedap aje depa kebas mcm tu..dugaan Allah tu, semoga faina makin tabah
Rasanya...disebabkan perumahan baru...dan masih banyak rumah yang belum didiami..itu salah satu penyebabnya orang yang tak bertanggungjawab tu berani memecah masuk... kena ada persatuan rukun tetangga kan faina...eii risaunya akak klu dok kat sana nanti...nak tinggalkan mak n Aqilah berdua kat rumah tuh..hish...takutnye Na....
lemah smgt kan..dah la umah baru..takpe2..pasni kumpul balik smgt tu...kalo pasang alarm ok ker?ish umah saye pon tak pasang alarm ni
ita, saya akan buka surah Yasin kat ruang tamu malam ni jugak!
kak puteri..
hubby pun plan nak wat gerak gempur.. nak kumpulkan jiran2 semua nak bincang masalah ni.. hopefully hasrat hubby tu termakbul..
kirana..
nilai dan seremban ni memang panas.. kalau pasang alarm pun.. diorang leh off kan.. pencuri2 ni bijak..
semoga Allah mengampunkan dosa2 saya sekeluarga hendaknya..
tak per na..akak dok sana nanti..confirm akak suruh hubby akak join jiran tetangga pakat reramai jaga perumahan kita tuh..dun wory...hidup berjiran kena sepakat baru berkat kan....
sabar byk2 ya...ni semua ujian dan dugaan Allah pd kita ni...
rumah dimasukki pencuri memg perkara yg common di perumahan baru...
g pun risau juga nk tinggalkan mak dan anak berdua je kalo dah pindah rumah nnti....doa dan solat hajat banyak2...minta diajuhi perkara yg tdk diingini...