Team Building Day 1 ~ 3 Dis 2008

Sampai di Genting View Resort lebih kurang jam 12.15 tengahari..

Lepas daftar, kami gi makan dulu.. then baru check-in..

Malas nak citer banyak.. aku show dulu view bilik apartment yang kami duduk.. 1 apartment ada 3 bilik... so, dalam apartment tu kami ada 5 orang... sorang tak dapat hadir.. tapi gambarnya tak berapa clear maklumlah.. guna hp jer.. suasana dalam bilik pulaks malap jerk..


si Eida ni memang pantang duk depan kamera..


bilik utama..


bilik kedua..


ruang makan..


TV.. sama laks ngan TV umah aku...


dapur..


ruang tamu..


close-up sikit... oren lah mak ngah!.. bukan merah yer!


alah nita.. malu2 laks.. sarat barat ngan beg2 dia... huhuhu.. semangat2..


apartment kami ngadap hutan.. seram siot..

Pukul 2.30 petang kami kena berkumpul untuk sesi pengenalan.. peserta kali ini kalau tak silap aku 32 orang.. so, kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan.. kumpulan aku best!! sebabnya teman sebilik jadi teman sekumpulan.. hehhehehe.. baguih idea aku.. sebab apa?? masa duk semeja sebelum buat grouping.. aku duk selang 4 dari dia..so, bila kiraan 1 hingga 4.. aku ngan dia leh ler satu group.. hehhehehee... strategi beb! selain tu.. geng2 yang lain pun kiranya satu kepala gaks..

Lepas tu kami kena sediakan nama kumpulan dan sorakan berkumpulan... mula2nya.. kami nak letak nama "The One".. sebabnya.. kumpulan kami kumpulan pertama.. then ada sorang ahli cadang "The" kepada D.. lebih kurang gitulah bunyinya.. then kami setuju letak nama kumpulan D'One.. lepas tu kami setuju untuk sorakan kumpulan iaitu "Here... we go!!".. persembahan sorakan kami lain sikit dari kumpulan yang lain.. kami buat bulatan.. kami bersorak sambil tangan kanan diangkat bersama2 menuju satu tujuan.. cewah.. kumpulan lain berbaris mengadap audience dan buat aksi masing2..


ni kumpulan aku...aku still in PINK..


epul ngan wan.. our team leader... sebab apa dilantik?? sebab dia kecoh maaaaa...


see.. my pen also in PINK..


solat berjemaah..

Lepas solat maghrib & isyak berjemaah serta sedikit tazkirah... kami kena berkumpul semula untuk aktiviti seterusnya.. aktiviti ni memang kami gerun.. sebab apa??? masuk hutan beb!!! takut siot.. macam2 alasan kami buat semata2 tak masuk hutan.. keje giler ke apa?? hahahhahhaha.. masing2 merungut.. dah malam beb.. dan nak pukul 10 malam disuruh masuk hutan.. lagi 2 jam dah nak pukul 12 tengah malam.. seram siot!!! Masing2 takut bila fasi beri sedikit pesanan tentang hutang yang bakal kami masuk.. dia tak benarkan kami suluh lampu ke atas.. takut kalau ada makhluk bernama "L"... hehhehehhe.. langsuir beb!.. pastu dia jugak pesan kalau ada tetamu tak diundang berada di sebelah kita.. usah hiraukan.. mungkin dia bernama "P".. pontianak beb!!.. dia kata tetamu tu tak leh buat apa kat kita.. jarak dia leh dekat cuma sebelah tangan kita jer.. paling teruk pun dia akan pandang muka kita... mampos kau!! dah naik bulu roma ni... pastu ada jugak tetamu kecil yang akan datang... seperti pacat, pak belang dan tali pinggang.. tahu tali pinggang tu apa?? ular lah.. uwaaaa... geli geleman aku..

Lepas berkumpul kat tepi hutan.. dalam keadaan yang malap.. ditemankan bunyi unggas.. kami hanya dibenarkan membawa lampu suluh dan sebatang lilin bagi yang tiada lampu suluh.. haaaa.. padan muka aku.. orang suruh bawak lampu.. buat sambil lewa jerk.. haaa.. naya.. macam2 perasaan timbul.. macam2 yang aku fikirkan.. apa kata kalau lilin tu terpadam di tengah jalan.. uwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... naya beb!!

Kami telah diberi nombor setiap seorang.. aku dapat no. 22.. kiranya dah nak last lah kan.. hehehhehehe.. konon2 kalau hujan leh cancel kan aktiviti tu... kami akan dilepaskan sorang demi sorang ke dalam hutan... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... takut siot.. menggigil dah ni.. boleh ke aku masuk hutang tu... dalam berani dan takut.. nak tak nak kena masuk jugakkan.. adoiiii.. laaaa... walaupun aku dibesarkan dalam suasana yang dikelilingi hutan... tapi tu dulu masa aku kecik2.. ni dah besar panjang... dah biasa duk kat bandar ni... alahai...

Bila dah ramai masuk ke hutan... aku makin takut aaaa.. bilalah giliran aku aganya.. fasi tu sebut nombor secara rambang.. pastu dia ada bagitahu.. katanya ramai kawan2 kami yang masuk ke hutan dah sesat jalan... tapi fasi tu relax jer.. betul ke kawan2 aku tu sesat.. tapi tak dengar pun diorang menjerit ke apa ke.. senyap aja dalam hutan tu..

Tiba masa nombor aku dipanggil.. aku maju macam berani.. tapi dalam hati seram siot.. macam2 aku baca... fasi tu pesan jgn suluh ke atas sangat.. bila masuk tu aku suluh ke bawah jer... hahhahahhahha... mana nak jumpa riben yang diorang ikat kat pokok.. tup2.. aku dah tersalah jalan daaaaa... nasib baik ada sorang fasi kat dalam hutan tu tegur aku.. lepas aku bagi password baru dia tunjuk kat aku riben tu.. laaaa... ikat macam tali rupanya.. lepas aku nampak tu... laju jerk aku jalan.. dalam kepala tak fikir apa daaaa.. aku fikir nak cepat sampai sambil ikut penanda tu... lebih kurang 2 minit kot... 2 minit tu pun aku rasa paling lama dah tu... tiba2 ada orang minta password.. kiranya dah sampai ke point pertama.. pastu aku kena tutup mata then kena jalan ikut tali.. time ni seram gaklah.. tapi tak seram cam tadi.. aku ikut jer tali tu... sampai satu point lagi.. ada orang pegang tangan aku.. panas jerk.. aku buat derk jelah.. kalau boleh aku nak teruskan perjalanan... tapi tangan tu menarik tangan aku.. aku cakap apa tau... hehehheheh.. lawak sungguh... aku cakap "Tak nak lah".. aku paut balik kat tali tadi.. bila dah boring ngan aku diorang mintak password.. baru bersuara.. hehhehe... aku jawablah.. bila diorang nak tarik aku.. aku kata tak nak lagi.. sebab pada aku ni mesti ada trick nak kenakan kami... dah puas tarik menarik.. baru diorang sebut nama untuk meyakinkan aku... hehhehhehe... wat malu aku jerk.. bila diorang bawak aku ke suatu kawasan.. diorang suruh aku duduk.. aku kata aku tak nak duduk.. degil sungguh minah ni... hehhehehhe... mesti orang tu tension ngan aku... hahhahahhahahhaha... sambil duduk tu aku makin boring.. yelah.. dah lah tutup mata.. aku tak tahu buat apa.. sekejap2 dengan bunyi batuk.. so, dalam hati aku ni mesti ramai orang kat situ... tiba2.. aku terasa ada sesuatu kat dagu aku!!! cissss... geli beb!!.. ada pacat dah mula nak naik kat muka aku.. cepat2 aku tarik dan buangkan.. geli siot.. mulalah aku duduk tak tenang... takut banyak lagi yang akan naik...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......maaaaaaaaaaakkkkk ......... tolong..... geli lahhhhhhhhhhhhhh.................

Tak sampai 5 minit lepas semua orang berkumpul kat situ.. kami dibenarkan buka penutup mata.. waaaa...lega beb... tempat yang kami lalu tu cuma di tepi hutan jerk.. hehhehehehhe... pengajarannya... sesiapa yang takut yang amat pun.. pasti akan berani jugak melakukannya... bila difikirkan balik.. best pun ada... pukul 12 lebih aktiviti tamat...


3 omelan:

azreen said...

wah pink smua nye...hehehe...sweet... :-)

Noris said...

faina,

saya pernah kena tapi kena jalan dalam kawasan kubur tengah2 malam..
siap ada orang hembus kat tepi muka lagi..

Faina Arisya said...

azreen.. hidup PINK... hehhehe..

kak noris..

jalan kat kubur.. kalau saya dah lama dah jadik ahli kubur.. hehehehhe.. tidur sebelah jerk.. pengsan time tu jugak!

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (74) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty