Team Building Day 2 ~ 4 Dis 2008

Aktiviti bermula jam 9 pagi.. kami diberi rehat sepenuhnya lepas aktiviti semalam... dalam pukul 8 lebih kami gi sarap dulu... makanan kat hotel ni biasa2 aja.. sebab tu aku kurang berselera nak makan...

menu pagi ni.. nasi goreng.. tak tahu letak belacan ke atau ikan masin.. bau dia something ler.. aku kureng sikit sebab pagi2 dah nak makan nasi... sebab tu aku ambik sikit jerk..


si syearifah ni suker sangat minum susu.. baguih betul lah..


kak sherry ni kalau bab makan mesti best... suker tengok dia makan.. berselera memanjang...


Nita ngan Eida pun sama.. semangat sungguh masing2 makan... hehehhehhe.. jgn mara aaaa...

Aktiviti pertama dalam kelas aja.. berbincang pasal aktiviti semalam... apa motivasi yang kami boleh dapat dari aktiviti semalam...

Oh ya.. sebelum memulakan sesuatu aktiviti kami kena buat 3 perkara... iaitu tepuk tangan berirama serentak, nyanyi lagu "Teman Sejati" dan lagu "Kau Boleh"... sambil menyanyi sambil buat gerakan.. seronok... lama dah tak exercise kan...

Bila dah masuk kul 10 masing2... ngantuk.. hehhehehhe.. tengok gambar kat bawah ni... si eida ni kan selamba rock dia yerk tidur kat atas kerusi... depan fasi laks tu... hahhahahhahhahahah... suka2 hati jer...



Malam ni kami disuruh untuk buat apa2 aktiviti berkumpulan sempena Malam Gemilang.. kami decide untuk buat lakonan... nak tahu lakonan apa yang kami akan buat... tunggu sat yer..

Lepas lunch dan solat zuhur... kami kena berkumpul balik kul 2.30 petang.. cam biasa aktiviti indoor.. just dengar fasi bagi motivasi...

Sebelah petangnya.. kami kena berkumpul sekali lagi untuk aktiviti out-door... nampak cam belon.. nak main belon apa pulaks ni.. nak kena tiup dan letup ke???? alaaaa.. takut lah.. nanti kena muka... tapi nampaknya belon dah bertiup... dan disusun ikut warna.. nak main rebut2 agaknya... hahahhahahhaha... ko ingat apa?? budak tadika... hehhehehe.. lawaklah...

Rupanya selepas taklimat diberi kepada team leader.. team leader suruh aku dan 2 lagi member untuk main game ni... dia bagitahu yang kami kena pungut belon tu secara berjalan bukannya berlari... ooooo.. keje senang kata aku... hehhehehe.. habih berlagak tu... tiba2.. fasi tutup mata kami... alamak cemana nak ambik belon ni... pastu belon yang tadi dicampuradukkan dan ntah ke mana diletaknya... kami pulak di bawak mengelilingi padang... habih ko!... sib baik hidung aku mancung.... hehheheheh.. bangga sikit... nampak jugaklah cahaya kat bawah... nampak2 pun terlanggar jugak orang... hahhahahahhahaha... bila dah start tu.. dengan hati2 nya aku berjalan.. takut masuk longkang... sekejap2 langgar orang... hehehhehheheh.. mata perati kat bawah.. nampak sikit kat bawah... tak jumpa langsung belonnya.. rasa dah bosan sebab tak dapat belon... member yang lain menjerit.. satu suara pun aku tak dengar... last2.. jalan punya jalan.. baru aku jumpa belon Biru... hehhehe.. cepat2 aku pas kat member.. lepas dengar suara team leader.. aku fokus dan ikut arahan berdasarkan jeritan dia.. dapat lagi sebijik belon... pastu.. aku tak dengar dah suara dia.. aku carik lagi belon.. jumpa.. dah 3 biji aku dapat.. semuanya ada 6.. so, aku ingat member aku yang 2 lagi leh dapat 3 belon tu.. so, aku nampak belon merah.. sebab belon tu ada markah lebih... tiba2 masa tamat.. cisss... tak sempatlah... nasib baik aku tak sempat bagi belon merah tu... rupa2nya team aku cuma sempat ambik 5 belon aja... selamat.. kalau tak kena tolak markah.. dan team kami memenangi aktivti kali ini... fuyooooo... seronoknya.. puas sungguh rasa di hati.... hehhehehe.. caiyok.. caiyok...


team aku.. kak Sherry ngan Epul..


Team ni kena denda sebab lambat berkumpul satu team... diorang nyanyi lagu Twinkle2 Little Star.. lawaklah..


Kak Sherry sempat berdangdut lagi tu... ewaaaahhhh..


team aku lagi.. muda remaja gitu... ahaks..


see the balloon.. fasi tengah kumpulkan belon2 kat tgh padang..


posing sat lepas main game belon.. see da balloon..

Ingatkan aktiviti dah habis.. rupa2nya ada lagi... kali ni kat dalam kolam mandi pulaks... apa pulak lagi ni... kami dikehendaki membawa belon tanpa memegang belon tersebut.. masuk dalam kolam ikut laluan yang telah diberi.. belon yang jatuh akan ditolak markah.. adoooiii.. siksa siot... cemana nak control belon ni.. macam2 teknik nak bagi belon jangan jatuh.... lawak sungguh.. mana taknya.. belon yang aku impit makin lama makin kecik.. susah aa camni nak control.. nak tak nak dah setengah jalan aku suruh tukar belon... hahhahhaha... kena tolak markah.. nasib aaaa... team kami team pertama yang mulakan dulu... sampai di tengah kolam.. tiba2... fasi menjerit... "tiba-tiba"... team2 yang lain siramkan air kolam macam hujan... uwaaaaaaaaaaaaaaa... basahlah... lenjun semuanya.. terima jerlah.. nak wat camna.. belon kena kami selamatkan.. oooo.. kami berdendam.. pasni siap ko team lain...hehhehehehe... aktiviti kali ni tak tahu siapa yang menang.. yg pasti bukannya kumpulan kami sebab byk kali belon jatuh dan makan masa yang lama...


ni kumpulan GangStar.. hahahhahah.. habih lenjun kena siram.. ni pesaing hebat kumpulan kami..

Pastu ada lagi aktiviti iaitu jatuhkan badan ke dalam kolam.. badan kena ngadap fasi.. takutnya.. macam nak bunuh diri laks gayanya.. hari pun makin senja.. nasib baik aktiviti ni tak wajib.. so, selamat aku...


tu team leader aku tengah buat stunt...

Malam pulaks.. Malam Gemilang... kumpulan masing2 akan buat persembahan... kumpulan aku buat lakonan pasal kejadian dalam satu penerbangan misteri... cewahhh.. kapal terbang kami namanya D'One Air.. sorang tukang cerita, sorang pilot, sorang co-pilot, sorang peramugari, seekor burung, seekor raksasa dan 2 orang penumpang.. semasa dalam penerbangan.. ada burung besar dan raksasa mengganggu penerbangan.. dalam keadaan yang kelam kabut... pilot jadi panik tak tahu nak handle penerbangan dan penumpang kerek alami sesak nafas... lepas co-pilot berjaya menyelamatkan keadaan.. pilot yang berlagak dan penumpang yang kerek sedar akan kesilapan mereka.. moral of the story.. jangan berlagak pandai.. respeks sikit orang lain yer... u ols nak tahu aku jadik apa??? aku jadi pramugari ler.. aku dimaki hamun dek penumpang.. kena angkat beg yang berat2.. lakonan jerk.. beg tak berat pun.. tak tahulah cemana lakonan aku.. macam tak best jerk... hehhehehheheh... gambar takde dalam simpanan aku.. nanti kalau dah dapat gambar dari team lain.. aku post balik kat sini yer... kita view dulu persembahan team lain yang sempat aku snap..


sebelum buat persembahan... kami wat sorakan berkumpulan... "Here... we ... go!!!"... toing!!

see the kerusi2.. kami dah susun macam dalam satu penerbangan.. Kapten Epul tengah godek2 D'One Air..


Kapten Sherry marahkan Kapten Epul sebab ganggu tugas dia.. mentang2 ler dia pilot dah keje lama.. berlagak ler pulaks..


Kapten Sherry tengah adjust button D'One Air..


aku tengah angkut beg penumpang yang sarat.. cisss.. mentang2 aku sorang pramugari yang lurus bendul..

















aku bagi taklimat sikit tentang penerbangan D'One Air..

















ready to go..


Ila jadi burung besar... burung pun pakai tudung yer.. hehehhe.. burung Islam..


ni MC untuk malam ni yer.. adik cun ngan epul yang sentiasa control macho.. piraaaahhh.. macho konon!


ni persembahan team Gemilang.. kesian kakak tu kena melekat kat dinding... hehhehe.. konon2 tengah baca berita..


suasana di ruang legar tempat makan..


kumpulan kami tengah menjamu selera lepas buat persembahan... hehhehehhe.. masing2 lapor..


team ni menyanyi sambil menari..


acara akhir.. berkaraoke... hehehhehehe... aku tak join.. masuk bilik ler.. ngantuk siot..

















ni ler Pn. J.. fasi kami.. dia memang best!


2 omelan:

azreen said...

syok masa kursus ni kejap2 makan ek...hehehe...lps tu ngantuk la pulak... :-)

Faina Arisya said...

haaa... makan aja kursus ni.. tapi saya tak gemuk2 gaks.. erk.. tercekik!

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (74) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty