FAMILY GATHERING 2009

Salam semua...

Lama dah kan blog saya ni wat sarang.. saya masih tak kuat lagi untuk update blog selalu.. sindrom MALAS masih ada..
Secara ringkas saya ngan baby ok..
Oklah tak nak citer banyak.. saya citer sikit pasal family gathering family hubby saya baru2 ni.. Dah nama pun family gath.. takkan saya tak join kot.. walaupun badan masih lemah.. kenalah kuatkan semangat..
Nak tahu kat mana family gath tahun ni kat mana??? dokek yo... kat Genting Highlands.. kali ni kami sewa kat Amber Court Resort... nun jauh di atas.. sejuk oooooo... kami ambik pakej 3 hari 2 malam..
Hari Pertama

Kami ramai2 naik sky way.. aku dah tak rasa takut sebab pernah naik tahun lepas kalau tak silap.. so, tak rasa gayat laaaa.. steady jerk.. konon!! masa mula2 nak naik.. ada sorang photographer ni offer diri ambik gambar kami semua.. pastu aku terfikir.. takkan ambik jerk.. habis tu gambar tu diorang wat apa... rupa2nya sampai kat Genting diorang jual gambar tu.. cit.. mahal siot.. satu set RM30.. nak tak nak beli lah.. wat kenangan..
Lepas check in.. masing2 rehat sambil menikmati kesejukan di atas.. malamnya lepas solat maghrib berjemaah.. ada bacaan Yasin.. lepas makan malam.. SIL aku wat game untuk semua family.. game apa nak tau?? haaaa... game puzzle.. jenuh aku ngan hubby susun2.. amiera kacau sikit2.. sebab aku tak bagi dia join sekali.. lagi melambatkan adalah.. and last kami dapat no. 3.. hhehehhehee... pastu aku dah mula penat.. cari bantal..
Hari Kedua

Kami masuk Outdoor Game..

Oklah.. tengok gambar sambil aku citer ckit2..
Game pertama.. ramai2 naik game ni.. alah yang ada kuda berpusing tu.. bosan giler naik ni sebab duk kat atas memang tak rasa apa2.. rasa berpusing aja.. aku dah mula pening..
gambar aku yang terkini.. kalau close up sikit... fuyoooooo... macam bulan oooo..


gambar bawah ni pemandangan sekitar outdoor.. aku pantang nampak kedai makan.. mesti nak makan walaupun sikit.. perut ni asyik lapar aja..

baru main satu game dah penat.. aku pun ajak hubby beli makanan.. alang2 ada kedai tu jual nasi lemak dan leh makan kat situ.. kitaorang pun beli lah nasi lemak ngan milo ais.. tak ingat punya mahal.. nasi lemak jerk RM7.. milo ais RM5.. tak berbaloi.. tobat dah nak beli lagi..

pastu hubby ngan Amiera naik game kat atas ni.. ntah apa bendanya.. asal Amiera suker udah.. aku ikut jerk.. aku memang tak mau naik.. makin pening karang..

hubby aku, SIL dan hubby dia naik game kapal ni.. aku ngan Amiera duk bawah.. Amiera tak leh main sebab tak cukup tinggi..

pastu kami naik kereta ni.. hubby ngan Amiera duk depan.. aku duk belakang.. jadi mandor..


Amiera habis seronok pusing stereng kereta ni.. macamlah stereng tu berfungsi.. kalau betullah berfungsi.. berpusing kami dalam kereta tu...
maklumlah kan.. nama pun sejuk.. mesti nak pergi bilik termenung.. pastu sempat lagi aku ajak hubby ambik gambar sat.. kebetulan pulak ada budak badut ni.. Amiera punyalah takut.. sabor jelah..

pastu bergambar ngan bas merah ni.. konon2nya pi London lah tu..
lepas tu masing2 dah lapar.. cari KFC.. tak jumpa2.. hujan pulak renyai2 kat luar.. banyak game yang terpaksa di tutup sementara.. aku dah penat berjalan.. terpaksalah cari tempat duduk..

Bila dah jumpa KFC.. tak jumpa pulaks jalan nak masuk.. KFC kat luar.. last2 kami naik keretapi dulu..

antara family hubby yang ada.. masing2 penat tapi seronok..

Lepas makan.. kami jalan2 lagi.. diorang semua naik game apa ntah.. macam kincir angin tu.. tul ke?? hantam sajalah labu..

pastu hubby nak main game roller coaster (tul ke eja?).. aku ngan Amiera ikut family yg lain naik atas pi tengok taman dinasour..




mula2 Amiera seronok dapat naik boat..

tapi...
sampai kat satu tempat yang gelap.. tiba2 bunyi kilat... eeeee... menggerunkan lah untuk budak2.. dengan suara dinasour lagi.. Amiera dah kecut perut.. tiba2 kuar pulaks dinasour kecik macam nak bergaduh.. giler betul.. macam real jerk.. kuar pulaks dinasour yang besar.. gabra jugak.. Amiera dah duk kat atas kaki aku.. dia nyorok.. takut ngan dinasour.. lawak betullah.. langsung tak bangun.. sampai lah kami kuar dari bilik gelap tu..
pastu.. hubby nak main go-cart pulaks.. aku layan jerk.. Amiera ikut sepupu dia pi main kat area budak2.. aku lepak jerk.. dah penat sangat berjalan.. lagipun dah petang.. memang penat sangat.. sejuk pun yer..
tunggu punya tunggu.. hampir sejam.. baru hubby dapat naik.. ramai sangat yang beratur.. aku yang menunggu kat luar dah seram sejuk.. kabus dah makin tebal..
pastu kami bergegas pulang ke hotel... penat siot.. sejuk pun yer... sampai hotel aku dah tak tahan sejuk.. kaki aku sejuk macam ais.. selimut tebal2.. tak bleh jugak.. badan aku dah rasa panas.. tapi kaki masih sejuk.. sapu minyak panas pun masih tak kurang lagi.. ambik masa nak sejuk.. hampir sejam.. baru kurang sejuk di kaki.. tak pernah2 aku kena camni.. sebelum ni pun aku pernah berkursus kat Genting tapi takde lah sampai camni.. mungkin sebab aku pregnant kot.. tu yang macam2 masalah timbul..
malamnya ada game lagi tapi aku tak dapat nak join sebab aku rasa dah lain macam.. badan aku dah angin2... ni mesti kes minum air gas kat McD tadi.. padan muka aku..
Hari Ketiga
Lepas breakfast.. check out.. then pi masuk indoor game.. aku cuma join naik mono rel.. pastu duduk jerk sambil menikmati pemandangan kat situ..

Lepas turun skyway.. kami pun berpecah.. kami balik semula ke rumah.. yg lain2 pulang ke Perak..
itu sajork family gath tahun ni.. tahun depan jumpa lagi.. di mana?? lum ada keputusan yang muktamad..


3 omelan:

MOHD FAZRUL said...

salam, promote next gathering kat hutan belum resort.

Anuar bin Md Ghazali said...

woi masing-masing ada anak kecik hang lainla...tunggu anak2 beso sikit

Faina Arisya said...

adik..

bab2 hutan ni takut sikit aaaa.. seram ooo..

kak Ty..

tunggu Haqiem jadik hero lah baru leh gi hutan tu..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (49) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (114) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty