Posts

Showing posts from May, 2009

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

2nd Pregnancy ~ 6th Check-up

Image
Selepas 2 minggu buat detail scan.. aku pi jumpa doc sekali lagi untuk check apa-apa yang patut.. Cam biasa.. lepas register dan check tekanan darah bagai... aku pun keluar pi shopping kat Manjaku.. beli barang baby sikit dan barang keperluan aku.. Manjaku Bangi tengah ada sales.. so, sesapa yang nak pi beli tu pi beli cepat2 sebelum 7 Jun yer.. Suker sangat bila dapat belon kat Manjaku... tapi sayang.. belon tu akhirnya meletup terkena kipas.. tu lah.. tak nak dengar cakap mama... Lepas sejam.. kami patah balik ke Hosp. AnNur.. tak sampai setengah jam.. aku dipanggil.. Hasil penilaian doc.. kalau ikut kiraan.. baby dah berusia 25 minggu.. iaitu 6 bulan lebih.. Waktu ni.. baby memang aktif sangat.. aku sendiri tak tahan sakit kena tendang dan juga terasa sangat masa dia bergerak2.. doc pun bagitahu sebab kulit aku yang nipis.. sebab tu aku akan rasa sakit.. Doc scan balik nak tengok perkembangan baby... ukur sana ukur sini.. memang baby sihat alhamdulillah.. berat pun dah

UP!!!!

Adoiiii... sejak lepas sukan tahunan tempohari.. telinga aku ni dah penat dengar si Amiera dok nyanyi slogan kumpulan... lagu kumpulan dan ikrar sukan.. sampai aku pun dah tahu ikrar tu.. Yang tak tahan jadi mangsa.. papa dia.. dalam kereta laks tu.. siap suruh angkat tangan masa dia nak baca ikrar.. cengginni yer.. Amiera : "UP!!!" (akan sebut selagi papa dia tak angkat tangan) Papa : ikut jelah.. kenalah angkat tangan.. aku maleh nak layan.. dia tak marah aku pun.. aku cuma tukang betul ayat yang Amiera baca.. Amiera : "We pupils of Gemilangku Enrichment Centre.." Papa : "we.. gemilangku.. center.. " (tak leh nak concentrate tgh drive) Amiera : "hereby pledge to direct.." Papa : "mmm... direct.." Amiera : "of heartedly.. (sambil tangan letak kat dada.. siap bagi sign suh papa dia pun buat sama) .. our energy and effort.. " Papa : "..... effort" Amiera : "for the success of kindergarden sport, this year.."

Lawatan Sambil Belajar

Salam pagi rabu... Hari ni Amiera ada lawatan ke KLCC.. PetroSains.. tahun lepas pun pergi tempat yang sama tapi kat Aqua.. tak kisahlah kan.. at least setiap tahun ada lawatan ke luar... punyalah seronok nak naik bas katanya.. tahun lepas kena bayar RM30.. tahun ni up sikit jadi RM40.. sib baik baru lepas gaji.. Pakaian pulaks kena pakai baju sukan tempohari.. Kalau ikut jadual, pukul 8 diorang akan naik bas.. harap2 semuanya selamat.. selamat pergi dan selamat pulang... ibu mana tak susah hati kalau anak dia pergi jauh2.. Oklah story untuk pagi ni...

Anak Buah Baru

Image
Hari ni... adik aku telah selamat melahirkan baby perempuan secara pembedahan di Hosp. Seremban.. alhamdulillah semuanya selamat... Tahniah wat Ifa dan hubby.. walaupun pada awalnya di jangka baby boy tapi yang kuar adalah baby girl... so, dah ada 2 puteri yer... tahniah sekali lagi... Risau jugaks bila hasil scan doc tak tepat... erk.. aku cemana laks ni... Nur Atifah Qaisya..

Sukan Tahunan Amiera 2009

Image
Sempena hari guru dan hari ibu bulan Mei ni.. aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada mak aku, MIL aku dan semua blogger yang bergelar ibu.. tak ketinggalan juga buat semua guru2 yang pernah mengajar aku dulu, juga guru2 yang mengajar Amiera dan kepada semua guru-guru.. jasa anda semua akan di kenang sampai bila2.. Pada hari guru ni juga... Tadika Amiera menganjurkan sukan tahunan di salah sebuah sekolah di Presint 14.. kali ni Amiera mewakili kumpulan Galaxy yang lebih dikenali sebagai Rumah Merah.. serba merah wa cakap luuuu... tak caya?? tengok gambar nanti... hiks.. walaupun cuaca panas terik.. tapi ibu bapa bagi full support kat anak2 masing2.. caya lah.. Oklah.. aku tak nak citer banyak.. bukannya ada idea pun.. tengok gambar jelah yer.. pada aku gambar lebih bermakna dan tersimpan byk cerita... cewahhh.. muka penuh semangat dan pi sukan.. cikgu cikgi tengah buat persiapan.. budak2 di beri makan roti dulu.. sepanduk bagi kedua2 pasukan.. perbarisan rumah Kuning.. Rumah Kuning mem

2nd Pregnancy ~ Detail Scan @ 3D

Image
Aku ada appointment ngan klinik pakar An-Nur.. kali ni untuk buat detail scan merangkap 3D sekali.. yelah kan.. bila lagi nak buat.. detail scan hanya dibenarkan untuk kandungan berusia lebih 20 minggu dan kurang dari 28 minggu.. Masa mula2 sampai.. cam biasa lah kan.. kena register dulu.. untuk makluman semua detail scan kat An-Nur ni kena bayar cash haaa... no GL or credit card.. untuk detail scan sekali ngan 3D harga pakej RM200... Tak sampai setengah jam menunggu aku pun dipanggil masuk.. debar jugaks.. yelah kan.. bila nak detail scan ni.. pakar akan scan semua part baby untuk menentukan samada baby normal atau sebaliknya.. Alhamdulillah... lps scan sana.. scan sini.. semua organ2 baby dalam keadaan sempurna... dan jantina pun telah disahkan sepenuhnya... so, keraguan sebelum ni terjawab sudah... yelah kan.. kalau dah detail scan ni.. pakar kata 99% adalah tepat.. ni ler wajah baby dalam perut aku.. Dr. susah sikit nak scan muka dia.. sebab hadapan muka dia penuh dengan

Salam Takziah Buat Keluarga Mohd. Taib

Baru sebentar tadi aku balik dari menziarahi jenazah arwah ibu kepada teman sepejabat yang sebaya, sama Uitm, sama skim dan sama gred ngan aku. bezanya kami.. dia jaga Network dan aku wat sistem.. Pemergian ibu tercinta dia amat memeranjatkan aku sebab setahu aku mak dia cuma sakit kencing manis.. tak sangka sampai boleh membawa ajal.. dengar cerita arwah ibunya kekurangan gula dalam darah yang menjadi punca arwah ibunya jatuh pengsan dan terus menemui Ilahi tanpa sebarang pesanan buat anak2nya.. sedih aku dengar tatkala semua anak2 bakal menyambut hari Ibu esok hari.. kini kawan aku tu dah menjadi anak yatim piatu.. ayahnya telah lama meninggal dunia.. kawan aku masih bujang.. tak sempat arwah melihat anak sulongnya mendirikan rumahtangga.. Apapun.. aku ucapkan takziah sekali lagi kepada keluarga kawan aku.. semoga roh bonda tercinta di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman... AMIN... Marilah bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah... Al-Fatihah..

al-Kisah masa cuti

Image
Hari cuti pekerja ni.. hubby ajak pi jalan2.. plannnya nak belikan Amiera basikal baru.. yelah kan.. basikal lama tu dah rosak.. kami pi kat Nilai 3 jerk.. punyalah seronok si Amiera ni dapat basikal baru.. tersenyum2 dia.. malu pun ada... biasalah kan.. budak2.. aku siap pesan kat Amiera ucap tima kasih kat papa dia dan cakap sayang kat papa... masuk kete jer terus cakap tima kasih kat papa dia.. siap cakap.. "sayang papa.. sayang mama.. sayang baby..." semua lah dia sayang... lepas tu aku pun pi shopping sikit baju pregnant aku.. carik yang murah2 jer.. bukannya nak pakai berbulan2.. lepas slim balik perut aku ni... memang simpan jelah jawabnya.. keesokannya pulaks... ingatkan nak berehat2.. last2 dah petang2 tu.. hubby decide pi jalan2 lagi.. kali ni pi Alamanda.. tengok wayang... hehhehehehhe... citer xMen.. bolehlah... beli tiket kul 10 malam.. tak pernah2 sejak kami kawen tengok wayang lewat malam.. Amiera terlebih excited kalau bab2 jalan2 ni..