Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Salam Takziah Buat Keluarga Mohd. Taib

Baru sebentar tadi aku balik dari menziarahi jenazah arwah ibu kepada teman sepejabat yang sebaya, sama Uitm, sama skim dan sama gred ngan aku. bezanya kami.. dia jaga Network dan aku wat sistem..

Pemergian ibu tercinta dia amat memeranjatkan aku sebab setahu aku mak dia cuma sakit kencing manis.. tak sangka sampai boleh membawa ajal.. dengar cerita arwah ibunya kekurangan gula dalam darah yang menjadi punca arwah ibunya jatuh pengsan dan terus menemui Ilahi tanpa sebarang pesanan buat anak2nya.. sedih aku dengar tatkala semua anak2 bakal menyambut hari Ibu esok hari.. kini kawan aku tu dah menjadi anak yatim piatu.. ayahnya telah lama meninggal dunia.. kawan aku masih bujang.. tak sempat arwah melihat anak sulongnya mendirikan rumahtangga..

Apapun.. aku ucapkan takziah sekali lagi kepada keluarga kawan aku.. semoga roh bonda tercinta di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman... AMIN...

Marilah bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah... Al-Fatihah..

Comments

O said…
al-fatihah..sedihnye..
~finee~ said…
Al-Fatihah, sedihnye... Salam ziarah

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah