2nd Pregnancy ~ Tak bleh tahan lorrrrr..

Sejak aku selesema aritu.. aku dah kena sembelit... perut rasa tegang sangat.. maybe usus dah tahap maksimum... baby pulaks makin banyak bergerak... sakitnya hanya Tuhan yang tahu... tulang punggung aku pun dah sakit2.. tak boleh duduk lama2..

Kalau orang tengok keadaan aku mesti ingat aku takde apa2.. perut aku memang kecik.. sebabnya kulit aku nipis.. tapi baby tetap normal dan di usia yang sepatutnya... bayangkanlah... kalau orang lain kandungan dah berusia 28/29 minggu tu.. dah gedabak besarnya.. perut aku comel jerk.. tapi padat... mesti orang ingat baru 5 bulan usia kandungan aku.. untuk menunggu kelahiran baby kali ni.. aku rasa lama sangat... tak tahan menanggung sakit... setiap pergerakan baby aku rasa.. tangannya.. kakinya.. kepalanya.. tendangannya.. kukunya!!.. semua aku rasa.. nak2 pulak bila dia bergerak secara pantas dan mengejut.. memang aku akan menjerit kesakitan..

Appointment dengan Dr. Fatimah yang sepatutnya dijadualkan Sabtu ni.. aku cepatkan ke hari ni... tak tahan dah dengan sakit perut tak mau membuang.. dengan baby yang aktifnya... dari pukul 9 aku register.. hampir kul 11 baru dapat jumpa doc.. walhal aku pesakit yang ke-7.. punyalah lama.. dahlah lama menunggu.. duduk atas kerusi tu walaupun ada cushion yang empuk..tapi.. eerghhhhh... asyik mengeluh sakit jerk.. baby tak berenti bergerak...

Dapat jumpa doc.. dengan muka yang resah menahan sakit.. doc pun tengok semacam jerk keadaan aku.. bla..bla..bla.. citer masalah aku... doc pun tak boleh nak buat apa.. dah memang sudah nasib aku.. perut aku nipis.. terpaksalah menahan sakit.. dia suruh gosok2 perut.. aku rasa kalau aku gosok.. lagi suka lah baby.. makin bertindakbalas lah dia... then cam biasa.. scan.. nak tengok perkembangan baby.. berat baby dah naik oooo.... 1.39kg setakat ni.. dan usia di jangka sekitar 29 minggu lebih.. then hubby tanya untuk confirmkan jantina baby... yelah kan.. macam2 cerita aku dengar tentang ketidaksahihan jantina.. nak2 pulak bila lepas dilahirkan.. lain yang di scan.. lain yang keluar.. doc pun tunjukkan si burung baby... siap print out lagi.. hiks.. kelakar pun ada... memang sahih dah.. so, hopefully.. tiada keraguan lagi selepas ni... uols nak tengok???


nampak tak kotak merah yang halus tu.. tu lah burung dia...


Selamat Hari Bapa!!

Salam uols..

Aku baru jer sihat sikit dari demam selesema.. dalam keadaan cenggini.. kena pulak selesema.. adoiii laaa.. siksa batin..

Sempena hari bapa pada hari ni.. aku nak wish kan kepada semua bapa2 sejati.. kenapa sejati??? haaa... sebab ramai yang tak sejati.. hiks.. kalau siapa2 yang makan cili tu mesti rasa pedasnya kan...

Firstly.. aku nak wish kat arwah ayah aku.. semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. even aku tak pernah kenal dia.. tapi i know.. aku punya dua orang ayah.. seorang ayah kandung.. dan seorang ayah tiri.. ayah tiri pun dah macam ayah sendiri sebab dari kecik lagi aku kenal dia... sob..sob.. tangkap feeling sat...

Kedua.. untuk FIL aku... terima kasih kerana menjadi seorang ayah yang tegas kerana ketegasanmu mendidik anak2 abah menjadi anak yang sayangkan mak dan abah.. kalau tak cemana aku leh berkenan ngan anak dia yang sorang tu...hiks..

Dan yang paling penting sekali buat hubby aku ler nan sorang... aku mewakili Amiera... anak dia kan.. nak wish kan SELAMAT HARI BAPA.. dalam bahasa lainnya... HAPPY FATHER'S DAY... Terima kasih atas layanan.. bimbingan dan kasih sayang selama ini.. kami mendoakan semoga Papa diberkati Allah dan berjaya di dunia mahupun di akhirat.. we all love u so much!!

Tak lupa juga wat semua bapa2 di seluruh dunia.. jadilah seorang bapa yang mulia kerana andalah pendidik kepada keluarga anda sendiri..

Sempena hari bapa ni aku dah hadiahkan kemeja kerja dia masa pi shopping kat Sogo tempohari... aku pulaks yang naik boring tengok dia asyik pakai baju yang sama.. aku suker tengok dia smart hari2.. tapi tulah.. smart2 sangat kang bahaya pulaks.. aku ni cepat cemburu beb!!





2 pasang jer cukuplah dulu.. ada rezeki lebih i belikan lagi yer bang..


Kenduri kawen opismate hubby

Sabtu lepas.. kami ke Ampangan Seremban.. ada kenduri kawen opismate hubby.. kami ikut tol senawang... jem tak ingat punya.. sampai sana lebih kurang 1 lebih.. pergh.. hujan pulaks dah turun.. perut pun lapor.. per lagi.. soru ler..

Bateri kamera digi aku problem laks.. so, tak dapatlah nak snap gambar pengantin.. yg ada pun cuma gambar amiera ngan anak member husband.. itupun atas ihsan member hubby aku tu.. hiks..


cute kan budak kecik ni.. macam anak korea laks..


Majlis Pertunangan My BIL

6 Jun 2009.. tarikh yang telah dimeterai untuk mengikat tali pertunangan antara kedua pasangan..

Lebih kurang pukul 12 tengahari rombongan dari Perak (keluarga hubby aku) tiba di perkarangan kuarters Hosp. Sg. Buloh..

Kami tiba awal dari mereka.. begitu juga sepupu dan bapa sedara pihak lelaki..

Setelah semuanya berkumpul.. kami pun terjah rumah pihak perempuan..

Setelah bincang punya bincang.. keluarga kedua-dua belah pihak sepakat menyatukan kedua2 teruna dan dara ni mengikut syarat2 yang telah dipersetujui..

oklah.. tengok gambar jer yer..

Gambar kat bawah ni sebahagian hantaran pihak lelaki.. 11 dulang semuanya kalau tak silap aku ler..









sebahagian hantaran dari pihak perempuan..




rombongan pihak lelaki mengambil tempat..


apalah yang disuka sangat agaknya tu..

acara menyarung cincin.. cium tangan bakal MIL dulu yer Mila..

muat ke tu?? jgn salah jari sudah yer.. hiks..

bergambar dulu yer.. berseri2 si perempuannya.. ehem..ehem..

macam nak kawen laks.. sanding terus jer lah.. hiks.. jangan mare aaa..


muka masing2 dah sebu... MAMA... laparlah...

sambil menunggu.. amiera jadi mangsa disuruh posing..

mmm... sedapnya... makan apa tu Mia?



lepas makan-makan dan sebelum baliks... masing2 bergambar dulu..
Ucapan dari kami... selamat bertunang buat Fazrul dan Mila.. semoga ikatan pertunangan ini dapat mengeratkan lagi hubungan hingga ke jinjang pelamin.. amennn..


Cake dan Cup Cakes

Esok adik ipar aku nak bertunang.. so, hubby aku sponsor kek yo!!.. dan aku pulaks tukang carik kat mana nak tempah... memandangkan aku dah pernah tempah ngan Kak Pau.. harga pun berpatutan.. aku pun order ler ngan kak Pau.. diorang leh hantarkan sekali.. nama anak Kak Pau pun Amira..

Memandangkan kek tu adalah kek hantaran.. si kecik Amiera ni mesti nak makan kek bila dia nampak kek tu nanti... adoiilah.. last2 aku decide tempah sekali cup cakes untuk dia.. habis cerita.. confirm dia senyap.. takkan kacau kek hantaran tu..

baru kejap tadi anak kak Pau hantar kek tu... not bad design dia.. cuma warna tu agak kurang menarik.. mungkin sebab diorang pun tak sure.. biru turqoise tu cemana..


kek hantaran pertunangan.. so, adik... hope u like it..


cupcakes.. cam biasa.. pink is a must!


close-up.. kabur.. mungkin sebab cahaya lampu kat opis ni yang malap kot..


Amiera seronok dapat kek.. nak2 pulak muka dia ada kat cup cakes tu.. hari ni dia ikut aku pi opis.. sajer bawak dia.. yelah kan asyik dok taska jerk.. bagi dia boring laks duk kat opis ni..


2nd Pregnancy ~ Aku silap daa..

Ingat tak entry pasal CD 3D yang aku dapat dari Hosp. An-Nur sabtu lepas.. rupa2nya CD tu boleh run kat PC jerk.. kalau kat TV hanya gambar jer yang appear.. nasib baik..

Barulah ada semangat sikit.. hehehhe.. uols nak tengok tak salah satu 3D yang diorang save??

oklah.. ni part yang sikit jerk..


video


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (49) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty