Posts

Showing posts from July, 2009

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Birthday Party

Image
Birthday Party kali ni untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran bersama-sama bagi 4 orang sepupu iaitu Amiera (Ogos) , Dhamia (Mei), Mukhriz (July) dan Dzikri (Ogos)... Majlis ni hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.. Majlis diadakan sebelah petang dengan dimulai oleh bacaan doa selamat oleh atuk aka FIL.. Lepas baca doa.. menjamu selera dulu.. antara menu yang ada... kuih muih... laksa.. rendang dan pulut.. bubur kacang durian as a desert.. Lepas makan2... acara potong kek.. kita tengok gambar kek dulu ya.. semua kek dah susun di atas meja.. Chocolate Moist + Steam ButterCream yg ditempah khas dari Loveliana, Bangi.. Kek ni pula di tempah khas dari kenalan rapat family MIL.. Kek ni pula tak sempat nak tanya kat Mama Dzikri.. Acara dimulakan dengan sepupu yang paling besar.. si Amiera ler... cehh.. tak malu langsung time ni.. bersemangat aja nak potong kek.. lepas nyanyi.. tiup lilin.. bersungguh2 tu.. kalau tak tu memang susah sangat nak tengo

Lagi Mangsa di Acacia Park

Malam semalam hubby dapat call dari jiran menyatakan salah seorang jiran di situ telah menjadi mangsa pencuri.. rumahnya telah dipecah masuk oleh pencuri yang bijak sesungguh laaaaa... pencuri masuk melalui tingkap dan dari rumah kosong di sebelah.. Apa yang aku dengar cerita dari hubby.. pemilik rumah (suami) tiada di rumah kerana out-station.. yang tinggal hanya isteri dan anak2.. masa anak balik dari sekolah.. dia boleh tak perasan rumah dah kena masuk pencuri.. dia ingat ayah dia yang sepahkan.. Jumlah kerugian belum dipastikan lagi.. tapi yang aku tahu barang kemas dicuri.. Kes yang melibatkan pecah rumah di Acacia ni kebanyakannya berlaku di sebelah siang... tu lah.. bila kita suggest sediakan guard.. ramai tak setuju.. so, ini lah akibatnya ramai yang tak sokong untuk upah guard di waktu siang.. dalam setahun lebih dah 6 kes pecah rumah.. InsyaAllah.. tahun ni akan ada banyak rumah yang siap.. dan makin ramai penghuni di sini.. makin seronok ler pencuri tu nanti.. masyuk maaaa..

2nd Pregnancy ~ 8th Check-up

Kalau ikut kiraan baby sekarang dah 33 minggu.. itu kata doc lah sebab kalau ikut buku jangkaan lahir pada 4 Sept.. Berat aku naik 2 kilo lepas sebulan.. so, sekarang ni dah 48.8kg.. kuruskan?? macam orang tak pregnant jerk.. Scan baby.. berat baby kalau ikutkan dah 8 bulan sepatutnya 2 kilo lebih.. tapi tadi scan berat baby dalam anggraan 1.82kg.. dah memang aku jangka baby aku kecik.. tapi takde lah kecik macam Amiera.. dulu kalau time ni berat Amiera 1.5kg jer.. kedudukan baby setakat ni songsang.. kepala dia kat atas.. Lagi 2 minggu aku kena jumpa doc balik.. nak tgk tumbesaran baby samada berat dia naik atau tidak.. dan kedudukan dia samada masih songsang atau tidak.. kalau baby masih songsang doc akan suggest beberapa perkara.. tapi itu next time punya cerita.. doc nampak letih jer tadi.. gambar baby pun dia tak print out.. apa2 hal pun aku kena tunggu lagi 2 minggu..

Group Kami Menang 5S

Image
Dah hampir sebulan masa berlalu.. Actually.. opis aku ni ada buat pertandingan sempena 5S.. ada 5 zon semuanya.. nama zon di ambil sempena nama bunga.. Rafflesia, Tulip, Ros, Melur dan Orkid.. Zon kami diberi nama Tulip... Tadi acara keputusan pemenang dan penyampaian hadiah.. tak sangka zon tmpt aku menang.. tahniah lah pada semua yang banyak terlibat dalam menjayakan pertandingan ni.. especially kepada Kak Zana selaku ketua Zon very2 the vogue! Gambar hasil kemenangan tak upload lagi.. next time lah yer.. Aku tunjukkan penat lelah ahli2 zon sebelum penilaian 5S.. dan hasilnya.. antara beberapa sudut yang sempat aku snap..

Sang Tali Pinggang..

Before nak citer lebih lanjut mengenai sang tali pinggang ni.. hari ni aku EL yer.. kaki dan tangan aku bengkak.. tapak kaki sakit yang amat.. bila berjalan tu rasa sakit kat tapak kaki.. kalau berdiri lama makin bertambah sakit tu.. tangan kanan dan kiri pun dah mula bengkak.. tangan kanan yang lebih sakit.. aku tak boleh nak menggenggam tangan.. cemana ni.. ada sesapa tak tahu cemana nak mengurangkan kesakitan ni.. dulu masa first pregnancy takde lah macam ni.. huhu.. Oklah.. semalam.. hubby nampak sang tali pinggang tengah menjamu selera kat tanah belakang rumah kami... kebetulan time tu hubby nak siram pokok.. bila dia nampak jerk warna hitam terus dia batalkan niat.. dia panggil aku sekali.. yang aku ni pulak si rabun.. jenuh mengecilkan mata.. tapi tak nampak2.. last2 pinjam spec hubby.. baru nampak.. tak puas hati terus kuar.. tengok dari jarak dekat... memang dia tengah makan something.. mula2 hubby nak tamatkan riwayat dia.. tapi aku larang sebab aku kan tengah pregnant.. taku

Lagi Preparation

Image
Baru pagi tadi dapat parcel dari someone... goodies bag.. special for birthday party Amiera nanti.. aku pulak yang terlebih excited.. Tima kasih kat Kak Puteri kerana sudi kongsi info.. So, hari cuti nanti ada lah keje nak di buat.. nak packing goodies dalam bag tu.. Hasil design untuk Top Label Hasil design untuk Label Goodies bag yang dah siap.. top label yang dah siap.. balik ni kalau tunjuk kat Amiera mesti seronok giler dia.. ngan memek muka dia yang malu2 tu.. hiks... so.. sepupu sepapat Amiera kalau nak goodies kena datang masa majlis tu nanti tau!!

Punyalah semangat!!

Image
Semalam.. dengan penuh semangat hubby turun di lereng bukit untuk menanam pokok durian... nasib baik kawasan tu dah lapang sejak kebakaran tempohari.. ntah sapa punya angkara.. kot yer pun excited sangat nak bercucuk tanam.. jgnlah buat pembakaran terbuka.. kelam kabut kami malam tu lepas makan kat Tmn Warisan Putrajaya.. hubby dapat call dari jiran2 kata kebakaran di belakang rumah kami... adoiii.. ayat buat takut jerk.. hubby dah risau kalau2 hasil tanamannya turut terbakar.. rasanya kebakaran tu dah lama.. mungkin dari petang.. tapi yang peliknya.. kenapa jiran2 kami yang ada kat rumah tak alert langsung.. tak kan lah asap tak masuk rumah diorang.. sedangkan rumah aku penuh dengan bau asap.. kenapalah diorang ni tak call bomba.. mmmm... no komen lah pasal sifat manusia ni.. ada baik jugak lereng bukit tu terbakar.. kalau tak tu memang risau jugak lah hubby nak turun.. ada sang tali pinggang yang suka berlegar2 di kawasan tu.. gambar selepas kebakaran di lereng bukit.. pokok hutan ni