Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sang Tali Pinggang..

Before nak citer lebih lanjut mengenai sang tali pinggang ni.. hari ni aku EL yer.. kaki dan tangan aku bengkak.. tapak kaki sakit yang amat.. bila berjalan tu rasa sakit kat tapak kaki.. kalau berdiri lama makin bertambah sakit tu.. tangan kanan dan kiri pun dah mula bengkak.. tangan kanan yang lebih sakit.. aku tak boleh nak menggenggam tangan.. cemana ni.. ada sesapa tak tahu cemana nak mengurangkan kesakitan ni.. dulu masa first pregnancy takde lah macam ni.. huhu..

Oklah.. semalam.. hubby nampak sang tali pinggang tengah menjamu selera kat tanah belakang rumah kami... kebetulan time tu hubby nak siram pokok.. bila dia nampak jerk warna hitam terus dia batalkan niat.. dia panggil aku sekali.. yang aku ni pulak si rabun.. jenuh mengecilkan mata.. tapi tak nampak2.. last2 pinjam spec hubby.. baru nampak.. tak puas hati terus kuar.. tengok dari jarak dekat... memang dia tengah makan something.. mula2 hubby nak tamatkan riwayat dia.. tapi aku larang sebab aku kan tengah pregnant.. takut juga.. lama juga kami perhatikan dia.. pastu dia pun bergerak.. kami nak tahu ke mana tempat tinggal dia... .

Dan.. penemuan itu.. rupa2nya dia tinggal di celah2 rekahan tanah... memang di tengah2 kawasan hubby aku tanam pokok2... eiiii.. naik seriau aku.. tak berani dah nak pergi ke kawasan belakang...

Aku risau kalau budak2 taman ni dok main2 kat belakang.. ye lah kan kawasan taman.. mana diorang agak ada sang tali pinggang ni.. student USIM pun selalu ikut jalan pintas kat kawasan belakang ni untuk ke kedai..

Aku dah cadangkan kat hubby supaya bawa hal ni ke pihak Majlis.. nanti kalau apa2 terjadi kan susah.. jangan pulak dah ada mangsa baru nak ambik tindakan..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah