Putera Kami : Muhammad Fateh Azfar

Gambar ini disiarkan atas permintaan sedara mara dan kawan2..


Sehari selepas dilahirkan..


Lepas keluar wad akibat jaundis..




Amiera yg seronok dapat baby.. berkerut dahi si Fateh nengok orang sebelah dia..
ni pulaks.. gambar amiera masa dia dilahirkan... ada iras2 Fateh tak?


Aku dah selamat bersalin

Salam semua..

Just nak bagitahu yang aku dah selamat melahirkan baby boy seberat 2.7kg pada 2.10 petang 20 Ogos 2009 yang lalu secara pembedahan di Hosp. Pakar AnNur Bangi..

Semuanya telah selamat dan sekarang aku sedang berpantang..

Cerita selanjutnya sebelum, semasa dan selepas bersalin akan di story mory lepas aku sembuh sepenuhnya ya..

selamat berpose untuk semua blogger..


2nd Pregnancy ~ Menghitung Hari

Salam pagi Isnin...

Sabtu lepas aku ada appointment dengan doc pakar An-Nur.. masa sampai staf kat situ kata Doc Fatimah takde.. digantikan dengan Dr. Anita.. takpelah nak wat cemana kan..

Lepas check tekanan darah, berat (naik sekilo lagi) dan urine... aku pun kuar lah pi minum kat kedai berdekatan.. malas nak tunggu kat dalam klinik pakar tu.. ramai siot orang hari Sabtu ni..

Dalam sejam aku masuk balik ke klinik.. tak lama lepas tu nama aku pun dipanggil... Dr. Anita ni pun baik.. aku pernah jumpa dia dulu, pun menggantikan Dr. Fatimah.. masa tu dia pregnant.. lanni dah slim balik.. kandungan sekarang dah berusia 37 minggu.. masa scan.. baby alhamdulillah.. anggaran berat dalam 2.5kg.. naik lah jugak walaupun tak banyak.. air ketuban semua cukup.. cuma baby still songsang.. Dr Anita tak bagi aku pi urut.. memang aku tak ingin mengurut pun.. geli siot urut kat perut..

Lepas scan tu.. Dr. Anita suggest aku jumpa Dr. Fatimah pada hari bekerja sebab Dr Fatimah akan decide bila aku akan di ceaser.. minggu depan kandungan dah 38 minggu.. so, katanya mana2 hospital samada swasta atau kerajaan akan keluarkan baby (songsang) tak lebih dari 38 minggu.. takut akan berlaku contraction yg akan merumitkan keadaan.. so, Dr Anita cadang aku jumpa Dr Fatimah hari Khamis depan.. so, mungkin Dr Fatimah leh kuarkan baby hari Jumaat.. sementara tu dia akan bagi MC sehingga hari Rabu..

Lepas kami keluar.. Dr Anita panggil aku semula.. dia dah call Dr Fatimah.. katanya.. Dr Fatimah akan kuarkan baby pada hari Khamis tu jugak.. sebab hari Jumaat dia ada tugas di klinik.. dia suruh aku admit terus pagi Khamis tu.. aku akan di ceaser pada waktu petang..

Aku dah risau.. takutnya.. kalau benar lah aku akan di ceaser hari Khamis ni.. maknanya baby aku lahir pada 20 Ogos 2009.. 2 hari lepas tu birthday Amiera (22 Ogos 2004).. means.. hampir 5 tahun lamanya.. aku akan merasai kesakitan semula... eiiii... dah lama tak masuk wad ni.. nak rasa pulak cemana pengalaman aku bersalin di swasta..

Hari ni dah Isnin.. so, aku ada 3 hari untuk makan apa yang aku nak.. pasni dah kena pantang.. huhuhuhu.. oklah uols.. insyaAllah.. lepas bersalin nanti aku akan update yer.. jumpa lagi.. doakan semoga aku selamat melahirkan yer..


2nd Pregnancy ~ Alhamdulillah.. kandunganku membesar walaupun sedikit..

Salam semua...

Semalam aku ada appointment dengan doc Fatimah.. berdebar jugak sebenarnya.. sebab aku takut kena tahad wad terus.. mungkin bersalin awal...

Lepas daftar, check tekanan darah, timbang berat ngan urine.. so, far berat aku dalam seminggu ni naik 1kg.. so, aku boleh agak baby mungkin naik jugak..

Sementara menunggu nama aku di panggil.. aku jumpa opismate yang dah lebih sebulan selamat melahirkan baby girl.. comel sangat.. tahniah yer kak Hazrina.. aku jugak jumpa member lama masa aku bujang dulu.. Jaja.. pun dah selamat.. lanni tengah pantang.. tahniah jugak yer Jaja..

Masa jumpa Doc, dia dah kenal patient dia yang saat2 akhir ni.. kalau mula2 dulu tu tak berapa prihatin sangat.. tanpa membuang masa doc suruh aku baring.. nak scan baby.. tengok perkembangan baby..

Doc bagitahu.. kalau air ketuban berada di bawah aras 5, aku akan di operate hari ni jugaks... erkkk.. aku dah terkedu... check punya check.. aras 8.. alhamdulillah... selamat aku.. risau jugak sebab baby masih 36 minggu.. berat baby pun bertambah dari 2.1kg ke 2.3kg.. oklah.. at least... naik jugak walaupun perut aku ni masih macam tu jugak..

Doc suruh aku berehat lagi seminggu.. kalau takde masalah minggu depan, doc kalau boleh nak keluarkan baby masa usia dia 38 minggu... sebelum keluar doc suruh aku pi ambik CTG sekali lagi.. nak tengok degupan jantung dan contraction baby...

Next appointment sepatutnya hari Khamis tetapi memandangkan hubby aku susah nak cuti so kami decide jumpa hari Sabtu (15hb).. tapi staff kat situ dah bagitahu Doc Fatimah jarang ada hari Sabtu.. tapi ada pengganti.. alah.. ni yang tak best ni.. aku lebih suka kalau dia ada sebab dia dah tahu history aku.. doc lain mungkin tak berapa tahu sangat.. tapi nak wat cemana.. harap2 dia adalah...

Tak lama lepas tu aku dipanggil untuk masuk wad .. dalam 1/2 jam lah lebih kurang.. nak wat CTG.. surat MC pulak aku kena ambik hari Isnin sebab hari tu baru doc akan sign..

Oklah.. tu jer story appointment aku kali ni.. next appointment aku akan citerkan... itupun kalau aku tak di tahad wad minggu depan yer..

Sebelum terlupa.. aku nak wish tahniah kat abang ipar aku kerana wife dia telah selamat melahirkan baby boy di Hosp. Pantai, Ipoh pada 6 Ogos.. semoga dengan kehadiran baby.. business lebih maju maaaa...


2nd Pregnancy ~ Semalaman Aku di Wad

Tajuk cam gempak jer.. walhal tak de menda pun...

Actually.. semalam aku pi jumpa Dr. Fatimah.. nak wat check-up biasa.. pastu.. doc tengok aku semacam.. aku kata lah aku batuk... dah seminggu tak baik2...

Then dia suh aku baring nak scan baby.. bila tengok perkembangan baby.. berat baby cuma 2.1kg pada usia 35 minggu.. kiranya tak normal macam baby yang lain.. bila check air ketuban pulaks.. cukup2 jerk.. memandangkan baby aku still songsang... so, doc kata kalau nak ubah posisi pun agak mustahil sebab air ketuban ngam2 jer... doc risau.. so, dia suh aku berehat seminggu.. dia akan bagi mc.. waaaa... seronok aku dengar... husband pulak suggest kat doc suh aku duk spital.. doc kata tak de masalah.. lagi senang nak monitor .. tapi aku menolak sebab kesian kan Amiera.. lagipun berehat kat rumah macam2 leh dibuat.. nak makan apa pun aku punya suka.. alah.. seminggu jer.. pastu dah kena jumpa doc.. kalau baby tak membesar jugaks.. maybe kena tahan lagi..

Untuk sementara... doc suggest aku duduk wad semalam kerana injection untuk matangkan paru2 baby tu kena ambik 2 kali.. pastu aku kena ambik neb untuk kurangkan kahak setiap 8 jam..

Lepas jumpa doc... aku masuk wad lebih kurang pukul 3 ptg... hampa harapan nak pi sogo.. yelah.. cadangnya nak pi sogo lepas check-up.. tup2 kena tahan wad... tapi tak terkilan sangat sebab kebetulan ada perhimpunan haram kat sogo.. sogo pun tutup... hehehhehhe...

Dalam pukul 4 lebih kalau tak silap aku.. aku di beri neb dan kemudian diorang check jantung dan contraction baby... kul 5 lebih hubby balik umah ngan Amiera untuk ambik keperluan aku apa2 yang patut.. kul 5.30 aku di inject.. adoiii... lenguh sungguh punggung aku dibuatnya.. tapi tak lah lama.. dalam pukul 9 malam hubby sampai.. bosan giler siot duk sorang2.. kebetulan bilik yang aku masuk tu cuma aku sorang jer.. katil satu lagi masih kosong.. seram gak ni kalau tinggal sorang2 malam ni.. adoi laaaa... nak minta satu bilik cam rugi jer sebab sehari.. lagipun kat An-Nur ni susah sikit.. single standard sentiasa penuh..

Hampir kul 11 hubby pun balik ler.. Amiera berat hati nak balik.. sepanjang perjalanan balik rumah.. nangis2.. nak mama... nak mama.. yang aku ni tawakal jer lah duk sorang2.. tunggu jugaks kalau ada pesakit lain masuk.. tapi hampa.. sampai subuh baru ada sorang pesakit masuk.. walhal malam tu aku bukannya lena tidur pun... nasib badan.. kul 5.30 pagi aku di inject lagi... adoilaaaa... terus tak leh tidur.. kalau kat rumah ni confirm aku lena selena2nya... hehhehehe.. maklumlah aku ni memang kuat tidur.. memang liat nak bangun pagi.. lepas bangun memang susah sikit nak tidur melainkan penat yang amat...

Pagi dalam kul 10 lebih.. Dr. Fatimah pun datang melawat.. dia kata kalau ikut kiraan period aku.. due sepatutnya 4 Sept.. maknanya kandungan sekarang dah 35 minggu.. tapi kalau ikut scan due 12 Sept.. means kandungan baru 34 minggu.. so, doc kata hasil pemeriksaan semalam.. baby ok cuma dia suruh aku berehat.. jumaat depan jumpa dia balik... sebab katanya kalau boleh dia nak baby aku lahir bila dah matang.. bahaya kalau dikuarkan awal.. pastu dia kata aku dah boleh kuar wad.... waaaa.... seronoknya...


Overall.. semalaman aku di wad... service memang tip top.. baik2 jer nurse kat situ.. lemah lembut bila bercakap.. bilik pun ok walaupun agak kecil.. tak kisahlah.. besar sangat karang aku lagi takut..


muka Amiera habis ceria bila aku bersiap nak check-out..


suker ngan langsir.. english style gitu..

tak sabar2 ni nak balik...
aku check-out kul 12 lebih... pastu aku meneruskan perjalanan ke Nilai 3.. cari kain baju raya daaaa... nak kena tempah cepat2.. sebelum aku di masukkan ke wad sampai bersalin..
oklah.. itu jer pengalaman aku di wad An-Nur... semoga semua staf di An-Nur akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggannya...


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (74) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty