2nd Pregnancy ~ Alhamdulillah.. kandunganku membesar walaupun sedikit..

Salam semua...

Semalam aku ada appointment dengan doc Fatimah.. berdebar jugak sebenarnya.. sebab aku takut kena tahad wad terus.. mungkin bersalin awal...

Lepas daftar, check tekanan darah, timbang berat ngan urine.. so, far berat aku dalam seminggu ni naik 1kg.. so, aku boleh agak baby mungkin naik jugak..

Sementara menunggu nama aku di panggil.. aku jumpa opismate yang dah lebih sebulan selamat melahirkan baby girl.. comel sangat.. tahniah yer kak Hazrina.. aku jugak jumpa member lama masa aku bujang dulu.. Jaja.. pun dah selamat.. lanni tengah pantang.. tahniah jugak yer Jaja..

Masa jumpa Doc, dia dah kenal patient dia yang saat2 akhir ni.. kalau mula2 dulu tu tak berapa prihatin sangat.. tanpa membuang masa doc suruh aku baring.. nak scan baby.. tengok perkembangan baby..

Doc bagitahu.. kalau air ketuban berada di bawah aras 5, aku akan di operate hari ni jugaks... erkkk.. aku dah terkedu... check punya check.. aras 8.. alhamdulillah... selamat aku.. risau jugak sebab baby masih 36 minggu.. berat baby pun bertambah dari 2.1kg ke 2.3kg.. oklah.. at least... naik jugak walaupun perut aku ni masih macam tu jugak..

Doc suruh aku berehat lagi seminggu.. kalau takde masalah minggu depan, doc kalau boleh nak keluarkan baby masa usia dia 38 minggu... sebelum keluar doc suruh aku pi ambik CTG sekali lagi.. nak tengok degupan jantung dan contraction baby...

Next appointment sepatutnya hari Khamis tetapi memandangkan hubby aku susah nak cuti so kami decide jumpa hari Sabtu (15hb).. tapi staff kat situ dah bagitahu Doc Fatimah jarang ada hari Sabtu.. tapi ada pengganti.. alah.. ni yang tak best ni.. aku lebih suka kalau dia ada sebab dia dah tahu history aku.. doc lain mungkin tak berapa tahu sangat.. tapi nak wat cemana.. harap2 dia adalah...

Tak lama lepas tu aku dipanggil untuk masuk wad .. dalam 1/2 jam lah lebih kurang.. nak wat CTG.. surat MC pulak aku kena ambik hari Isnin sebab hari tu baru doc akan sign..

Oklah.. tu jer story appointment aku kali ni.. next appointment aku akan citerkan... itupun kalau aku tak di tahad wad minggu depan yer..

Sebelum terlupa.. aku nak wish tahniah kat abang ipar aku kerana wife dia telah selamat melahirkan baby boy di Hosp. Pantai, Ipoh pada 6 Ogos.. semoga dengan kehadiran baby.. business lebih maju maaaa...


3 omelan:

aca said...

insya Allah, amin...

MRS. K said...

kak, arap² sume okey!!

Cikgu Anuar said...

take care, semoga semuanya selamat!

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty