Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

2nd Pregnancy ~ Menghitung Hari

Salam pagi Isnin...

Sabtu lepas aku ada appointment dengan doc pakar An-Nur.. masa sampai staf kat situ kata Doc Fatimah takde.. digantikan dengan Dr. Anita.. takpelah nak wat cemana kan..

Lepas check tekanan darah, berat (naik sekilo lagi) dan urine... aku pun kuar lah pi minum kat kedai berdekatan.. malas nak tunggu kat dalam klinik pakar tu.. ramai siot orang hari Sabtu ni..

Dalam sejam aku masuk balik ke klinik.. tak lama lepas tu nama aku pun dipanggil... Dr. Anita ni pun baik.. aku pernah jumpa dia dulu, pun menggantikan Dr. Fatimah.. masa tu dia pregnant.. lanni dah slim balik.. kandungan sekarang dah berusia 37 minggu.. masa scan.. baby alhamdulillah.. anggaran berat dalam 2.5kg.. naik lah jugak walaupun tak banyak.. air ketuban semua cukup.. cuma baby still songsang.. Dr Anita tak bagi aku pi urut.. memang aku tak ingin mengurut pun.. geli siot urut kat perut..

Lepas scan tu.. Dr. Anita suggest aku jumpa Dr. Fatimah pada hari bekerja sebab Dr Fatimah akan decide bila aku akan di ceaser.. minggu depan kandungan dah 38 minggu.. so, katanya mana2 hospital samada swasta atau kerajaan akan keluarkan baby (songsang) tak lebih dari 38 minggu.. takut akan berlaku contraction yg akan merumitkan keadaan.. so, Dr Anita cadang aku jumpa Dr Fatimah hari Khamis depan.. so, mungkin Dr Fatimah leh kuarkan baby hari Jumaat.. sementara tu dia akan bagi MC sehingga hari Rabu..

Lepas kami keluar.. Dr Anita panggil aku semula.. dia dah call Dr Fatimah.. katanya.. Dr Fatimah akan kuarkan baby pada hari Khamis tu jugak.. sebab hari Jumaat dia ada tugas di klinik.. dia suruh aku admit terus pagi Khamis tu.. aku akan di ceaser pada waktu petang..

Aku dah risau.. takutnya.. kalau benar lah aku akan di ceaser hari Khamis ni.. maknanya baby aku lahir pada 20 Ogos 2009.. 2 hari lepas tu birthday Amiera (22 Ogos 2004).. means.. hampir 5 tahun lamanya.. aku akan merasai kesakitan semula... eiiii... dah lama tak masuk wad ni.. nak rasa pulak cemana pengalaman aku bersalin di swasta..

Hari ni dah Isnin.. so, aku ada 3 hari untuk makan apa yang aku nak.. pasni dah kena pantang.. huhuhuhu.. oklah uols.. insyaAllah.. lepas bersalin nanti aku akan update yer.. jumpa lagi.. doakan semoga aku selamat melahirkan yer..

Comments

Hot Mummy said…
kak, ina doakan semoga akak dh baby selamat. selawat banyak2 kak.
Puteri Satu said…
akak pun doakan faina selmaat semuanya insyaallah tak de apa-apa... fikir positive ok... nikmati saat-saat melahirkan dengan tenang ok...
ANAKIRANA said…
moga2 semua selamat baby dan mak nya

org start posa..akak start pantang ehe
marie said…
lina...semoga segalanye selamat...seronoknye dpt baby kan...lama dah i pun mengidam baby baru ni

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah