Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Al-Kisah Raya 1430H

Salam uols..

Selamat hari raya.. ada yang dah bekerja.. ada yang masih bercuti.. yang dah bekerja tu.. rajin2 lah yer.. jgn ingat nak beraya jer.. hehehehe.. aku cuti raya sebulan tau.. waaaa.. jangan jeles aaa..

Sambil2 aku download citer Hunt For The Gollum kat satu website ni.. si Fateh pulaks tengah tido.. nak masak.. belum ada mood lagi.. dah boring nak masak sebenarnya.. tak tahu nak masak apa.. susah jugaks nak jadi suri rumah sepenuh masa ni.. hari2 dok fikir nak masak apa.. tak masak.. lapar lah jawabnya.. SIL aku pun dah upload citer pasal raya.. aku jerk belum lagi.. malas sungguh la nak update.. citer ada cuma tak terluah jerk.. kena kuatkan semangat ni..

Hari ni dah 11 Syawal.. dan dah 42 hari aku berpantang.. tinggal 2 hari lagi jer weiiii.. seronoknya..

mmmm.. per yer nak citer.. nak start dari mana yerk... oklah aku story berdasarkan gambar yang sempat aku snap..

Hari raya tahun ni semuanya berkumpul di rumah MIL aku di Ipoh.. except my BIL.. tema pulaks dark purple.. jenuh weiii.. nak cari baju raya warna dark purple.. orang lelaki senang lah nak cari coz satu warna jer.. yang aku ni dah round banyak kedai kat Nilai ni.. pi kedai sana.. berkenan satu kain.. tup2 habis stok.. round2 lagi.. berkenan jugaks tapi color tak memenuhi spesifikasi.. ambik jugaks.. dah berkenan nak wat camna.. raya tahun ni aku ada 6 helai baju raya.. 4 tempah 2 beli siap.. Amiera pulaks ada 4 pasang baju kurung.. 3 pasang sedondon ngan aku.. hehehhehe.. banyak siot.. tapi aku ni jenis tak suka nak membeli kain baju.. aku beli setahun sekali jerk.. tak caya??? percayalah....

Hari Raya Pertama

Seawal pagi aku siapkan Amiera dulu.. pastu aku siapkan Fateh.. tolong hubby siapkan diri dia.. tolong pegang kain sampin jerk.. hehhehehhe.. yg lain2 dia wat sendiri ler.. takkan aku nak siapkan.. over lah tu.. dah settle semua baru siapkan diri sendiri.. ye lah kan.. masih berpantang ni.. kena lama sikit nak bersiap.. sapu sana sapu sini.. mmmm...

Lepas diorang pi sembahyang raya.. sebelum pergi ke rumah sedara mara... cam biasa.. bersalam2an bermaaf2an.. jom tengok gambar..


si kecik ni kacau daun tul la.. tak leh opah ngan atuk nak feeling2..



kakak sulong my hubby.. kak ty, abg nuar, haqiem dan mukhriz..


aku, hubby, amiera dan fateh.. dah besar anak dara aku ni..


adik pompuan pertama hubby.. ana, syam, along dan dhamia..


adik pompuan bongsu hubby.. gie dan li..

lain2 gambar...


aku ngan fateh.. tido sesaja bila perut dah kenyang..



amiera ngan fateh.. lentok kepala si fateh ni.. pedulik apa dia.. buatlah apa2 pun.. tido tetap tido..



with my beloved daughter and son..


family SIL bersalam2an sambil menghulur apa2 yang patut... hikss.. wajib tu..


turn kami pulaks bersalam2an..


senyum2 ada makna tu.. hanya ibu dan anak saje yg mengetahuinya.. hehehhe..


hai mak... menantu dok cium tangan tu.. awat mak pandang arah lain.. jeling duit raya abah ehhh..


mintak ampun bang... byk salah silap selama ni.. maafkan yer... hehehhhe..


tu nangis ke ketawa.. ahaks.. hanya suami isteri yang memahaminya..


budak2 seronok collect duit raya dari mak ayah sedara..


tengok si Amiera.. orang dok sibuk2 collect duit raya.. boleh dia baring baik punya posing.. seksa laks tu..


lepas tu kami beraya ke rumah sedara mara... esok balik kampung mertua ku di Bikam..


Hari Raya Kedua

Kami ramai2 berkonvoi ke kampung mertua ku di Bikam.. sebelum tu singgah dahulu di tanah perkuburan menziarah kubur opah dan atuk hubby aku.. aku duk dalam kete jer..

Lepas tu kami ke rumah ayah Ngah.. abang FIL aku.. kemudian kami ke rumah mertua SIL aku di Trolak..


ni gambar selepas tukar pakaian.. dah nak petang.. pasni nak ke Teluk Intan pulaks..


sebelum ke Teluk Intan kami singgah sat di Bikam rumah adik MIL aku.. jumpa Opah hubby belah MIL aku..

lepas beraya ke rumah Wan aka adik pompuan FIL aku.. kami pun pulang dengan rasa penatnya.. tapi seronok sebab hari raya lah dapat jumpa sedara mara.. setahun sekali jer aku rasa dapat jumpa diorang semua tu..


Hari Raya Ketiga

Hari raya ketiga tak pi mana2... masing2 duk umah.. apa kata orang Perak.. terkelaan jer.. hehehehhe... jangan marah yer bang.. malam harinya aku siap2 barang untuk balik ke Nilai esok.. dah ada 2 orang anak ni.. byk pulaks barang nak di kemas.. adoiiii.. poning kepalo den..


Hari Raya Keempat

Sebelum balik ke Nilai... kami, SIL sefamily, FIL dan MIL singgah ke Trolak Selatan.. jumpa sedara di sana.. pastu singgah semula ke rumah mertua SIL aku untuk lunch time.. pastu kami meneruskan perjalanan ke Villa Raudhah.. apa lah citer agaknya dah 6 hari ditinggalkan.. harap2 semuanya selamat..


Amiera nak duk belakang juga.. nak jugak menyempit ngan aku...



Hari Raya Kelima


Selepas kemas rumah apa2 yang patut.. kami bergerak ke rumah sedara mara aku sekitar Nilai dan Mantin..



gambar di rumah mak aku..






kutipan duit raya Amiera..


kutipan duit raya Fateh.. kali ni fateh dapat lebih dari kakaknya..

oklah.. itu jer cerita ceriti raya tahun ni.. ada ke ceriti?? jumpa lagi di hari raya tahun hadapan.. ganti pose dulu weiiii... sebulan tu...

Comments

Cikgu Anuar said…
amboi kata malas nak up date blog, lagi banyak gambar..he he
nak minta tolong emailkan gambar akak sefamily tu..gambar dlm simpanan semua x cantik ada kepala org lainla..email yea, tq

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah