Kisah sebelum & semasa bersalin..

Dua hari sebelum aku di operate.. aku pi Klinik Kesihatan Nilai untuk endorce (tul ke eja?) MC aku tu.. yelah kan.. MC private aku tu dah lebih daripada 15 hari.. so, kenalah endorce.. ini lah yang terpaksa di harungi oleh kakitangan awam.. patutnya berilah kelonggaran untuk MC private ni.. lagipun bukannya calang2 orang yang nak bagi MC.. Dr. Pakar tu.. dia bagi pun ada sebabnya.. tul tak?? apa2lah.. yg penting MC aku dah di endorce..



gambar sebelum pi klinik.. kenang2an sebelum aku slim melim balik..

Nak citer sikit masa sampai kat Klinik tu.. kami sampai lebih kurang kul 8 lebih.. punyalah ramai orang.. bayangkanlah... klinik kerajaan mana yang tak penuh.. masa aku pi kaunter kata nak endorce MC.. ada sorang staff pompuan tu kata dengan gaya yang sombongnya.. kalau tak de cover letter dari klinik swasta tu.. tak boleh nak endorce.. tak boleh ke cakap baik2 sikit.. berlemah lembut.. aku pun peliks.. pastu dia kata kena jumpa doktor.. nak tak nak kenalah beratur ambik nombor.. bila sampai turn aku.. ingatkan doktor tapi MA aja.. bila aku kata nak dapatkan endorce.. kena pi bilik sebelah jumpa doktor..


Lepas doktor tu layan seorang pesakit.. pastu turn aku laks.. bila dia tengok MC aku yang banyak dan dari Dr. pakar AnNur.. dia tanya kenapa.. aku bagitahu lah masalah aku..kejap jer.. tak sampai 2 minit pun.. dah siap.. tak de pulak doc tu minta cover letter bagai.. mmm.. macam2.. nasib baiklah aku tak bagitahu yg aku ni staff KKM.. kalau tak kecut perut jugaks staff tu.. aku buat report nanti baru tau.. hish geram.. sebab tu ler aku tak suker pi klinik kerajaan dan Hosp. Kerajaan ni.. staff dia kureng sikit.. tak berhemah langsung..

ok... habis satu cerita..

Ni cerita hari aku nak kena operate yer..

Seawal jam 7 pagi kami dah bertolak ke An-Nur.. aku kena masuk wad kul 8 pagi.. sampai sana aku ajak hubby minum dulu kat kedai sebelah.. bila dah tau nak masuk wad ni kan.. jadi tak lalu aku nak makan sangat.. then hubby nampak kete x-jiran aku dulu.. oooo.. kat sini ke si Alya kena tahan wad.. kesian si kecik tu.. dah kena masuk hospital..

Lepas daftar kat AnNur.. sekali dapat tau bilik single penuh.. 2 bed pun penuh.. yg ada cuma 4 bed.. so, aku kena masuk 4 bed dulu.. petang karang baru masuk single bed.. diorang kata semalam diorang call tapi tak dapat.. setahu aku... aku tak dapat panggilan pun.. yg aku terima cuma sms kata ada missed call.. ni mesti line Celcom problem time tu.. patutnya sekali call tak dapat.. call ler lagi.. manalah tahu kan.. takpe lah benda dah terjadi.. nak wat cemana..

Masuk jer bilik 4 bed tu.. adohai.. sompit.. tak bernafas rasanya.. kesian pulak aku nengok hubby bila nurse2 tu datang nak check aku.. lepas sorang.. sorang nurse datang.. selagi aku tak masuk bilik OT tu..


bergambar dalam keadaan bilik sempit...



aku dah bersiap2 dengan pakaian untuk ke OT..


Dah nak zohor baru bilik single tu kosong.. cepat2 kami pindah ke sana.. bilik Orkid 3.. aku kena masuk bilik OT kul 1.30... sebelum tu aku solat Zohor dulu.. masa nak pi bilik OT tu rasa cam nak pi buat check up biasa aja.. hehhehehe.. tak rasa debar pun..

Hubby ngan Amiera tunggu kat luar.. nasib baik si Amiera tak nangis lepas aku masuk bilik OT tu.. dalam bilik OT tu.. cuma aku, 2 orang nurse. sorang dok bius dan Dr. Fatimah.. best giler.. bilik OT dia kecik jer.. staff pun tak ramai kan.. rasa aman dunia.. kalau kat Hosp. Putrajaya dulu masa bersalin kan Amiera.. punyalah ramai umat.. dengan student praktikalnya.. adoii laa.. macam bahan uji kaji pulaks rasanya..

Lepas aku di bius.. kaki mula rasa kebah.. aku masih sedar.. doc start ceaser aku pukul 2.05 petang kalau tak silap.. then 5 minit lepas tu Fateh pun selamat dikeluarkan.. Dr Fatimah tunjuk baby kat aku.. alhamdulillah selamat.. dengarlah tangisan pertama baby.. pastu aku mula rasa sakit2 kat bahu dan dada.. rasa cam nak sesak nafas.. rasa ubat dah naik kat saluran pernafasan aku.. cepat2 aku bagitahu doc bius.. pastu ntah apa yang di buat.. aku terus tak sedar.. aku sedar bila aku dah berada dalam wad semula..

Dari apa yang hubby aku cerita.. bila aku kuar dari bilik OT.. dalam keadaan yang tak sedar diri tu.. Amiera senyap aja bila tengok aku.. sian dia.. dia risau kalau aku mati.. hehhehehe.. dia marah kalau aku masuk kubur... kecik2 dah faham makna satu kematian..

Bila aku sedar tu.. Amiera masih takut2 nak dekat ngan aku.. mungkin dia tahu mama dia sakit..

oklah.. itu cerita setakat ni.. cerita selanjutnya esok2 lah yer.. penat dah karang.. hehehehe.. selamat berbuka pose semua..


2 omelan:

emeylia said...

has, tima kasih sbb inform kya pasal kelahiran fateh azfar, sedang molek lah, ganti pose sebulan, tapi dakpe berbaloi222...ha ha...

Faina Arisya said...

kak ya..

tu aaa.. jenuh nak ganti ni.. walaupun berbaloi2.. hhhehehhe..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (49) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (114) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty