Kisah Selepas Bersalin..

Haaa.. nak sambung balik kisah sebelum dan semasa bersalin tempohari.. kali ni kisah selepas bersalin laks..


ini lah baby aku... tak sangka jugak berat dia 2.7kg.. aku ingatkan bawah 2.5kg.. tak padan ngan perut aku yang kecik.. inilah rupanya anak yang aktif dalam perut aku selama berbulan2..

Lepas aku di masukkan ke dalam wad kan.. cam biasa rutin nurse kat situ datang check aku.. baguih lah service diorang.. paling yang aku suker.. semua staff nya pompuan.. dari nurse, tukang sapu, tukang hantar makanan, tukang angkat sampah.. so, tak de nak malu2 nya... semua sama.. hehhehhee...

Memandangkan aku dah dpt single bed.. syukur yang amat.. at least hubby ngan Amiera leh temankan aku kat spital.. nak2 pulaks si Amiera tu.. kang nangis pulaks bila aku takde.. start 20hb aku masuk wad.. sampai lah aku kuar wad 24hb.. kenapa lama sangat?? haaa.. nanti aku story mory yer..

Hari pertama ceaser tu 20/8.. aku memang tak boleh gerak sangat.. sakit woooooo... tapi nasib baik diorang bagi injection tahan sakit.. masalahnya.. ubat tu mengantuk.. kejap2 tidur.. sampaikan badan kat belakang ni gatal2 sebab terlentang jer.. bila aku cuba nak mengiring ke kiri atau kanan.. tak boleh lagi sebab sakit.. berat jer rasa punggung aku ni.. bila ubat tahan sakit tu habis time.. rasa pedih2 kat perut.. bisa nya hanya Tuhan yang tahu.. bila nurse datang nak inject... adoiii laaa.. tahan je laaa.. aku mintak pil.. tapi kata diorang selagi aku tak kentut selagi tu aku tak boleh makan dan telan pil..

Esoknya.. hari kedua 21/8.. aku tak leh bangun lagi.. masih sakit2.. diorang yang lap2 kan aku.. hampir tengahari diorang tanggalkan saluran kencing.. dan diorang suh aku bergerak2.. nak gerak mendanya.. sakit ooo.. nasib baik hubby aku ada... dialah yang byk bantu aku untuk bergerak.. diorang bekalkan aku dengan ubat angin dan ubat melembutkan usus.. adoiii.. lepas makan ubat tu.. perut aku macam ada something bergerak2.. angin daaaa.. dia malu2 nak kuar.. jenuh aku menahan sakit angin..

Ceaser kali ni aku rasa lebih sakit dari ceaser masa bersalin kan Amiera.. berkali2 aku minta injection sebab sakit.. tapi masa Amiera dulu.. lepas ceaser aku cuma dapat sekali jer injection.. pastu diorang bagi pil tahan sakit.. lepas tu aku ok lah.. keesokan petangnya aku dah boleh bangun dah bergerak sendiri.. Dr. Fatimah pun bagitahu yang ceaser kali kedua lebih sakit dari yang pertama, begitu juga ceaser untuk kali ketiga akan lebih sakit dari yang kedua.. erkkk.. terkedu aku.. aku dah 2 kali ceaser.. pasni kalau nak anak lagi aku kena ceaser gaks.. tak boleh nak normal dah.. huhuhu.. tahan je lah..

Maklumlah hari Jumaat kan.. waktu rehat kan lama.. so.. belah tengahari tu member aku Zie, kawan sejak ITM dulu datang menziarah.. thanks Zie.. kerana datang dan bagi hadiah untuk Fateh.. tak lama lepas tu.. lepas Zie balik... satu rombongan member opis aku pun sampai.. thanks Eida, Maizan, Sya, Kak Zana, Banu dan Nanthini kerana sudi datang... masa tengah borak2 ngan diorang.. family aku pun sampai.. so, makin meriah bilik tu.. tapi malang sekali.. diorang tak boleh tengok secara dekat si Fateh sebab memang rule kat AnNur.. baby tak boleh terdedah dengan ramai pelawat.. kalau nak tengok pun melalui cermin bilik baby..


Hadiah dari zie.. tima kasih zie..

Petang lepas semua orang balik.. aku cuba gagahkan diri jugak untuk ke toilet.. tara tahan lor.. susah sungguh nak buang air.. menahan sakit je lah..
Hari ketiga 22/8.. aku dah start bangun.. cuba mengaktifkan diri.. kena kuatkan semangat.. alhamdulillah... aku dah boleh kentut.. hehehheheh.. pasni bleh la aku makan nasi ngan ubat tahan sakit.. dah naik kematu punggung aku kena injection.. Fateh aku try bagi susu tapi dia cam tak mau jer.. aku pulaks masih sakit.. so, aku serah bulat2 kat nurse untuk menyusukan Fateh.. Dr. Fatimah datang check aku.. mula2 dia nak bukak pelekat kat tmpt ceaser.. tapi aku bagitahu dia yang aku nak stay lagi semalam.. nak bagi kuat sikit sebelum aku kuar spital.. nasib baik Dr. Fatimah bagus.. dia tak kisah selama mana aku nak duk wad.. kalau itu adalah yang terbaik untuk aku berehat.. so, tak jadilah dia buka pelekat tu.. esok dia akan buka.. petang tu.. ayah sedara hubby yang kami panggil Acik dan anak nya Firus datang menziarah.. terima kasih Acik sebab datang lawat kami..



Amiera terpaksa celebrate birthday ngan makan nasi spital.. cian dia..


Memandangkan umat Islam menyambut Ramadhan hari ni.. hubby aku buat pertama kali dalam hidupnya bersahur dan berbuka pose di spital... hehehhehhe.. kesian hubby aku.. dahlah pose sorang2... sorry yer bang.. len kali pilih tarikh yang sesuai yer... hehhehehhe...
Hari keempat 23/8.. aku dah sihat.. boleh bergerak tanpa bantuan hubby walaupun tak aktif sangat..

Pelekat kat jahitan pun dah dibuka.. so, aku boleh kuar spital arini.. yahooo.. seronoknya.. cepat2 kami packing nak balik... bila hubby aku on the way nak hantar barang ke kereta.. nurse tiba2 datang ke bilik kata.. Fateh kena kuning.. so, dia di tahan wad... lor... pulaks.. aku dah sihat.. dia pulaks yang kena tahan.. terpaksalah call hubby suh bawak balik barang naik atas.. tak jadi balik.. terpaksa bermalam lagi kat spital.. kami dah risau.. hubby aku cuti sampai Selasa aja.. andai kata Fateh masih di tahan selepas hari Selasa.. cemana ni.. sapa nak jaga Amiera.. macam2 yang kami fikirkan..

Hari kelima 24/8.. hubby ngan Amiera balik umah sebab nak ambik barang lagi.. standby kalau kena bermalam lagi kat spital.. petangnya.. sebelum hubby sampai.. nurse bagitahu yang kuning baby dah kurang dan dia dibenarkan keluar wad... syukur alhamdulillah.. suker sangat aku bila dengar berita tu.. cepat2 aku call hubby suh datang spital.. tak sabar2 aku nak balik umah ni.. nak menjalani hidup cam biasa...

Masa nak discharge tu.. ada prosedur gaks.. lepas hubby settlekan payment.. baby kena hantar dulu ke nurseri.. diorang akan bagi segala dokumen yang berkaitan.. hadiah berupa beg tajaan EnfaMama pun dapat... best giler.. lepas settle sain dokumen bagai.. aku ingat nak balik camtu jer.. diorang suh aku duk kat kerusi roda.. nurse akan hantarkan aku hingga ke luar hospital.. aku kata tak payahlah.. aku boleh jalan sendiri.. tapi itu memang prosedur kat situ... so, kena lah ikut.. bagus sungguhlah AnNur ni.. tapi kebetulan yang hantar aku tu student praktikal dan dia pun tak pernah menggunakan kerusi roda tu.. naik risau pulaks aku.. lepas guard isi maklumat pengeluaran bayi dari hospital.. aku cakap.. aku bleh jalan sendiri.. kang jatuh pulaks aku kat tepi jalan.. dari sihat terus sakit balik nanti... hehhehe..


beg lagi.. tima kasih EnfaMama.. sesuai laks tu.. nasib baik dpt baby boy.. makin byk lah koleksi beg si Fateh nanti..

Alhamdulillah... semuanya telah selamat... nanti aku ceritakan kisah aku semasa berpantang ni.. dah 2 minggu yer..


2 omelan:

SUZIE APAI said...

tak per, sumer tu dugaan bersalin..
take care!

Faina Arisya said...

suzie..

besar dugaan besar juga pahalanya kan.. anyway.. thanks..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (151) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty