Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Rentetan Jaundis Fateh..

Salam..

Macam dah jadi kebiasaan kebanyakan bayi yang baru lahir akan di serang jaundis.. orang kampung kata demam kuning.. jaundis berpunca dari sel darah merah yang mengeluarkan bilirubin tidak dapat diproses oleh hati bayi kerana belum matang sepenuhnya.. Fateh juga tidak terkecuali.. aku ingatkan dia tak kena sebab masa lahir dia ok jer.. tapi pada hari ke-3 jaundis dia naik ke paras 11.. sebab tu dia kena tahan wad..

Alhamdulillah.. semalaman dia di bawah cahaya lampu atau di kenali sebagai phototerapi.. jaundis dia kurang ke paras 9.. kami di syorkan supaya membawa Fateh semula ke hospital 3 hari kemudian untuk check tahap bilirubin nya..


ni kad Fateh.. semua info pasal jaundis dan senarai suntikan yang perlu diambil mengikut usia.. kalau kat kerajaan hanya sekeping kad aja.. tapi tu dulu zaman Amiera.. tak tahulah sekarang macam mana..

27hb Ogos.. selepas di check.. tahap bilirubin Fateh meningkat semula ke paras 11.. aku dah mula risau.. tapi dok pesakit luar Hosp. AnNur tu just cadangkan bykkan bagi minum susu supaya dia byk berak.. kuningnya akan dikeluarkan dari proses perkumuhan tu..

30hb Ogos.. kami datang semula ke hospital untuk memastikan jaundis Fateh berkurangan... tapi malangnya tahap bilirubin tidak berkurangan.. kami mula risau.. belah mata kanan Fateh pun berair dan byk tahi mata.. bila aku tanya doktor tu.. dia tak berani nak jawab kerana bukan bidang dia.. dia suggest kami jumpa doktor pakar..


dah 2 minggu ni.. dah pandai gerak2 badan.. sampai senget2 dibuatnya..

3hb Sept.. kami terus jumpa doktor pakar kanak-kanak.. alhamdulillah.. tahap bilirubin Fateh telah turun ke tahap 10.. doktor pakar bagitahu.. kuning dia akan hilang dengan sendirinya.. just kerapkan bagi minum susu.. sekiranya kuning dia ketara baru bawa dia semula jumpa doktor.. kalau tidak lagi sebulan kami bawa dia semula.. pasal mata tu pulaks doktor kata itu normal.. akan hilang dengan sendirinya.. begitu juga bintik2 cecair di atas kepalanya.. akan menjadi kerak dan akan hilang dengan sendirinya.. lepas dengar penjelasan doktor baru lega sikit..


ni susu formula Fateh buat masa ni.. mahal siot.. 850gm aja dah RM70 lebih.. dahlah si Fateh kuat minum.. belum hantar ke taska ni bolehlah minum susu mahal2.. still in the bajet.. pasni kena cari susu yang murah sikitlah..

InsyaAllah lepas raya nanti kami akan bawa Fateh semula untuk injection Hepatitis B dan check jaundis..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah