Posts

Showing posts from October, 2009

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Jahanam rumah aku!!

Image
Sakit hati sungguh aku nengok umah aku yang baru setahun lebih di diami.. macam2 hal.. Pemaju ni buat keje cincai.. ntah apalah yang akan jadi nanti kat rumah Fasa 2 dan Fasa 3.. rumah aku yang siap dalam setahun lebih pun bermasalah.. ini kan pulak projek yang tak sampai setahun... dah mencanak naiknya.. diorang buat keje cepat tapi kualiti... hampeh.. Nak tahu kenapa aku geram sesangat.. tinggal kat rumah ni tak sampai 2 tahun dah macam2 hal... nak complain pun tak guna.. dah tamat.. time ni jugaklah berlakunya... masa dalam tempoh nak wat aduan tu takde lah pulak problem nya... hampeh tul.. kesan retakan banyak sangat kat rumah.. yang latest dan paling teruk dalam banyak2 retakan tu.. kat bilik tingkat bawah.. dah nak terkeluar simen dinding tu.. tunggu masa nak kopak.. kesan retakan memanjang.. lama2 sok.. separuh dinding bilik bleh roboh.. eiiiiii... hampeh tul..

Kisah semalam dan hari ini

Alhamdulillah semalam aku dah bereskan urusan SSPN Amiera dan Fateh.. InsyaAllah lagi sebulan dapatlah kad SSPN.. Hari ni aku dah mula sibuk.. dah start dapat spesifikasi sistem untuk disiapkan.. nasib baik spesifikasi yang senang.. bleh siapkan sehari jer.. next week dapat lagi spesifikasi baru.. agak susah rasanya.. Esok hari terakhir Fateh dengan pengasuh.. InsyaAllah.. next week kami hantar ke taska.. untuk makluman semua penghuni dan bakal penghuni Acacia Park.. sebuah taska akan mula beroperasi pada 2 Nov.. InsyaAllah aku akan pi daftar Fateh hari Sabtu ni.. Maklumat lanjut pasal taska tu akan aku story kemudian yer..

Majlis Graduasi Tadika Gemilang 2009

Image
Majlis ni diadakan setiap tahun.. tahun lepas Amiera menari chicken dance.. tahun ni apa pulak yer.. jom layan.. tahun lepas berdua tengok Amiera menari.. tahun ni bertiga... Tarian pertama iaitu tarian Melayu oleh para pelajar 6 tahun.. tak ingat lagu apa.. tapi dari Dato' CT Tarian kedua Crazy Frog dari pelajar 4 tahun.. tarian ni kelakar.. yelah kan.. tajuk lagu pun dah lawak.. Tarian ketiga tarian Arab dari pelajar 5 tahun tapi Amiera tak join.. nak tahu kenapa Amiera tak join.. yelah kan Amiera baru masuk kelas seminggu.. diorang kan berlatih dah lama.. lagu Wasini dari Waheeda Ha.. ni tarian Amiera.. tak ingatlah lagu apa.. tapi lagu barat lah.. jom layan video Amiera menari yang sempat aku rakam.. Habis tarian.. ada penyampaian pingat untuk semua pelajar.. Pastu acara kemuncak.. graduasi untuk pelajar 6 tahun Akhir sekali semua murid2 dan guru2 berkumpul menyanyikan lagu rasa sayang.. sebagai kenangan.. sebelum balik.. posing ngan papa dulu.. Majlis tamat pukul 1

Seiras Wajah

Image
Program ni dah lama dah rasanya aku cuba.. kalau tak silap masa Amiera kecik2 dulu.. then dah lupa dah.. tiba2 tadi masa boring kat opis.. saje2 survey internet.. jumpa lah balik.. seronok jugak.. nak2 pulak dah ada si Fateh ni.. laju jer aku nak buat.. nak tahu apa hasilnya.. jom tengok.. Allah tu adilkan... anak pompuan more pada ayah.. anak lelaki more pada ibu.. alhamdulillah.. sejuk mata papa dan mama memandang..

Fateh di usia 2 bulan

Image
20hb Oct haritu.. genap usia Fateh 2 bulan.. So far sejak dibawah pengasuh ni.. alhamdulillah.. aku pun boleh rest sebab dia kurang berjaga waktu awal pagi.. kalau tidur pukul 10 malam sampailah kul 5 pagi baru dia bangun.. Fateh sekarang ni dah pandai senyum bila dengar suara2 orang.. senyum hanya bila dia dah kenyang yer.. kalau tengah lapar.. jgn haraplah.. Fateh pun dah pandai berborak ngan aku.. perkataan yang keluar.. cenggini.. "hu.. hu.." suara dia punyalah besar.. hehehhe.. Bila dah besar sikit ni cerahlah jugak kulit dia.. iras muka aku tengok more to my hubby.. takpe.. kita tunggu dia besar sikit.. iras siapalah agaknya.. Berat dia aku tak sure lagi.. belum jumpa doktor pun.. cadangnya nak pi Sabtu ni tapi tulah.. kakaknya ada acara tahunan tadika lah pulaks.. Diapers yang dia pakai sekarang ni berjenama Europe.. import from Jerman.. sepatutnya dah kena pakai saiz M.. tapi tu lah.. saiz S masih ada banyak lagi.. nak wat cemana.. Jom layan gambar ngan video yang sem

Gift untuk Majlis Cukur Jambul

Image
N3 ni dah lama aku nak tulis.. tak bertaip2.. hehehhehe.. sindrom M lah.. apo laie.. Walaupun majlis akan diadakan sebulan lagi.. tapi aku dah beli siap2.. senang.. nanti tak kelam kabut nak mencari.. majlis hanya kecil2an aja.. Aku sediakan 2 jenis gift bag.. satu untuk kumpulan yang baca marhaban.. dan satu lagi gift untuk tetamu yang datang.. abaikan tkh pada gambar yer.. tak perasan masa nak snap.. Gift bag untuk tetamu.. 30 bag.. Gift bag untuk kumpulan marhaban.. 20 bag.. semua gift bag ada gula2 dlm small bag.. selain tu aku plan nak tambah small plain muffin atau cupcake.. bajet bawah RM1 per pieces.. aku dah jumpa sorang kakak ni tapi jauh kat Dato' Keramat.. memang murah.. cuma 60 sen per pack.. tapi tulah.. hubby aku tak nak bawak naik motor.. aku dah try cari through internet.. banyak buat cupcakes yang ada topping tu.. aku tak mau.. yang ada pun semuanya lebih RM1.. RM2 lebih pun ada.. mahal bebenor.. so, kenalah cari sekitar putrajaya.. uols ada kenalan tak yg leh r

Suker..suker..suker..

Image
orang lain dah lama tahu aku baru nak explore.. hehehhe..

Hari Pertama Bekerja

Hampir 3 bulan jadi suri rumah bergaji penuh.. hehehhehe... baru hari ni start keje.. malas sungguh rasanya nak bangun pagi2.. nasib baik si Fateh tak meragam malam2.. dapatlah lena sikit.. Pagi2 sebelum 6.30 dah hantar Fateh ke rumah jiran yang berdekatan.. nasib baik dia sudi nak jaga Fateh.. taska kat tempat Amiera dah penuh.. sedih pulaks nak tinggalkan Fateh.. sempatlah bisik kat telinga dia... pesan jadi anak yang baik.. huhuhuhu.. terharunya... Sampai opis cam biasa.. sebelum kul 7.30 dah duduk kat depan PC.. blog boleh buka cuma aku tak boleh nak update.. dah kena block daaaa.. siot tul.. Masuk keje jer dah kena pi kursus.. baru jer nak tarik nafas.. dah lama tinggal.. password pun banyak yang aku dah lupa.. hehehhehe... tapi ada bagus jugak kursus ni.. leh refresh balik mana yang aku lupa.. Hari ni jugak opis aku ni ada buat Majlis Jamuan Raya dan Deepavali.. buat kat luar bangunan.. ramai siot.. menteri rasmikan rasanya.. aku pun tak sure.. Mula2 makan tengahari kat tempat ku

Perjumpaan Suri Yang Tidak Memberangsangkan

Hari ni.. Perjumpaan untuk semua isteri di taman Acacia Park.. tujuan bukannya untuk berpolitik atau berpersatuan.. tetapi sekadar untuk mengeratkan sillaturrahim sesama jiran.. Ini adalah cadangan hubby untuk kaum Suri.. berkenal2an.. Aku sebagai isteri menyokong cadangan hubby.. kalau tidak buat perjumpaan macam ni.. sampai ke tua lah takkan kenal kaum hawa di taman aku ni.. Bertempat di rumah aku jam 3 petang.. Pukul 3 lebih datang 2 orang jiran.. kak Yus dan ina.. ina ni satu kementerian ngan aku.. tengok... keje sebelah bangunan pun tak pernah jumpa.. berjiran laks tu... adanya ni baru kenal orangnya... dalam pukul 3.30 ptg datang pula kak liza..borang kehadiran diedarkan untuk memudahkan berhubung jika ada apa2 urusan.. Tunggu punya tunggu.. sambil sembang2.. makan2.. tak muncul2 lagi suri yang dinantikan.. jam dah 4.30 petang.. tapi batang hidung pun tak nampak.. suri yang bertiga pun pulang dengan hampa kerana sambutan yang tidak memberangsangkan.. aku pun agak kecewa.. takkanl

Akaun Nuri Fateh

Image
Tadi.. hubby pi bank rakyat.. buka akaun Nuri Fateh.. hubby sebagai pendeposit.. masa Amiera dulu letak nama aku sebagai pendeposit.. adil kan.. Collection duit raya tahun ni memberangsangkan especially Fateh laaa.. campur sikit ngan simpanan yang ada.. dan aku top-up sikit untuk bagi genap.. adalah RM600.. separuh tu aku suh hubby masukkan ke dalam akaun Nuri.. dan separuh lagi aku nak masukkan ke dalam SSPN.. Amiera pulaks.. collection duit raya campur simpanan sikit.. dan top-up dari aku.. dapatlah RM400.. memandangkan Amiera dah ada simpanan sikit dalam Nuri.. so, aku plan masuk kan ke SSPN jugaks.. baru nak masuk kan ni... ada sebab kenapa aku beria2 nak masukkan ke dalam SSPN ni.. hehehehe.. Nak tahu kenapa?? haaaa.. bleh tolak income tax maaaa.. kalau tak jangan harap aku nak masuk SSPN tu.. dividen sikit bebenor.. Oklah.. malas nak cerita pasal SSPN.. yang penting tahun ni aku dapat kurangkan income tax.. Oh ya.. Kelab Nuri kali ni guna tema Upin Ipin.. jom tengok gambar tabung