Hari Pertama Bekerja

Hampir 3 bulan jadi suri rumah bergaji penuh.. hehehhehe... baru hari ni start keje.. malas sungguh rasanya nak bangun pagi2.. nasib baik si Fateh tak meragam malam2.. dapatlah lena sikit..

Pagi2 sebelum 6.30 dah hantar Fateh ke rumah jiran yang berdekatan.. nasib baik dia sudi nak jaga Fateh.. taska kat tempat Amiera dah penuh.. sedih pulaks nak tinggalkan Fateh.. sempatlah bisik kat telinga dia... pesan jadi anak yang baik.. huhuhuhu.. terharunya...

Sampai opis cam biasa.. sebelum kul 7.30 dah duduk kat depan PC.. blog boleh buka cuma aku tak boleh nak update.. dah kena block daaaa.. siot tul..

Masuk keje jer dah kena pi kursus.. baru jer nak tarik nafas.. dah lama tinggal.. password pun banyak yang aku dah lupa.. hehehhehe... tapi ada bagus jugak kursus ni.. leh refresh balik mana yang aku lupa..

Hari ni jugak opis aku ni ada buat Majlis Jamuan Raya dan Deepavali.. buat kat luar bangunan.. ramai siot.. menteri rasmikan rasanya.. aku pun tak sure..

Mula2 makan tengahari kat tempat kursus.. pastu pi turun kat luar bangunan opis.. makan sikit mana yang teringin nak makan.. turun pun dah lewat.. so, masa masih dok makan2.. borak2 tu.. ramai yang dah balik tempat.. byk makanan yang tak habis.. so, aku tapau sikit kambing panggang blackpepper untuk hubby tersayang... dia memang minat sesungguh bab daging2 ni..

Menu yang sempat aku nampak.. sate.. rendang.. lemang.. bihun goreng.. mee rebus.. tosei.. roti nan ngan ayam tandoori.. kuih muih.. biskut2.. abc..

Balik petang tadi.. singgah borak2 sat kat rumah pengasuh Fateh.. biasalah kan.. kalau hantar rumah orang ni.. keje jaga adab dan hati penjaga sikit.. so far Fateh tak meragam katanya.. cuma penat melayan karenah 4 anak dia yang excited dapat baby... yelah.. anak kakak tu yang bongsu pun dah 4 tahun.. alhamdulillah... bagus anak mama ni.. sedih pulaks tengok Fateh.. nasib baik dia tak merajuk ngan aku.. hehheheh.. balik rumah jer... bila dengar suara aku.. nangis2.. mintak perhatian..

Oklah.. aku nak solat.. nak iron tudung sat.. pastu nak titon.. dah nak kul 11 ni..


2 omelan:

Marinna said...

cian Fateh, mesti rasa lain tangan...xpe Lin lama-lama nanti okeylah tu!yang penting pengasuh anak kiter jaga anak kiter dengan baik...'selamat kembali bertugas'.

Faina Arisya said...

kak ty..

alhamdulillah fateh serasi ngan penjaganya..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (151) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty