Suka dan Duka

Cuti sekolah dah bermula..

Semalam kami ke klinik Pusrawi berhampiran ngan opis hubby..

Lepas tu kami ke KLCC.. saje bawak Amiera dan Fateh jalan2.. cuaca mendung.. tunggu masa nak hujan.. dan di sinilah bermulanya kisah suka dan duka..

Kisah sukanya...

Kat KLCC tu ada tempat mandi manda.. seronok lah Amiera nanti..

Nampak aja tempat mandi tu.. Amiera tak sabar2.. masa tu tak ramai pengunjung yang datang.. so, adalah tmpt nak lepak.. papa temankan Amiera mandi.. aku jaga Fateh..


kat tepi kolam KLCC..


tengah cari tmpt nak mandi..


kat tempat yang tiada air pancut tu beranilah Amiera mandi.. hubby ajak pi kat tmpt air pancut tu.. mmm penakut..


time ni dah gerimis.. hubby ajak Amiera naik.. tapi tak mau ler pulak.. bila dah mula lebat.. cepat2 aku suh dia naik..

Guard yang jaga kawasan tu pun dah tiup wisel suh naik.. bahaya.. kami yang duk kat tmpt rehat pun di suruh naik ke atas... bahaya katanya.. kat bawah lantai tu ada wayar letrik.. takut terbakar katanya.. entahlah.. aku ikut jer lah arahan..


oh ya.. inilah bangunan tempat aku pernah praktikal 11 tahun yang lalu.. masih tersergam indah.. masa tu KLCC masih dalam pembangunan..

Lepas Amiera tukar pakaian.. kami cepat2 meninggalkan taman.. masuk ke shopping complex KLCC.. singgah di Sony.. waaa... ada product baru yang bakal menjadi impian aku tahun depan.. nanti aku story kat n3 lain ya.. pastu singgah kedai toys.. cari Food Court nak pekena teh tarik.. singgah ke kedai letrik lain.. bukannya beli pun.. saja window shopping.. naik lif untuk ke surau.. punyalah ramai yang naik lif.. diorang ni aku nengok naik lif main2.. ingatkan diorang dari tingkat bawah nak naik atas.. tup2 tak kuar2 juga.. rupa2nya nak turun jugak.. hangen jer..

Selesai solat... masuk ke kedai Toy yg kat tingkat bawah.. lepas tu plan nak balik.. tapi.. bermula nya episod duka.. kami kehilangan sesuatu yang berharga buat Fateh.. cuba tengok gambar fateh kat bawah ni.. apa benda yang berwarna biru turqoise??




haaaa.. dapat teka tak??? tu haaa... bekas simpan susu Fateh (warmer).. ke hulu ke hilir.. digantung kat stroller.. dalam warmer tu masih ada sebotol susu yang belum diminum..

sepanjang kami di shopping complex.. pekena teh tarik.. langsung tak perasan samada warmer tu ada ke tak?? selepas solat baru hubby perasan yang warmer tu dah hilang.. tak tahu tercicir di mana... aku dah terkedu.. suka punya suka.. mesti ada duka nya..

Kemudian kami berpatah balik ke tempat laluan kami masa mula2 sampai ke shopping complex KLCC.. dalam perjalanan tu hubby ternampak ada sorang pompuan ni tengah pegang warmer tu.. sebijik!!! aku ikut pompuan tu untuk bertanya samada warmer tu dia punya atau dia jumpa.. ni dialog aku masa tegur pompuan tu yer.. waktu tu aku dah tepuk2 lengan dia.. alah cara nak menegur orang tu..

Aku : mmm.. (aku tak tahu nak panggil kakak ke makcik sebab muka nampak berusia.. last2 yg kuar dari mulut aku just.. ) cik.. cik.. tu cik punya ke?? (sambil menunjukkan warmer tu.. aku lupa nak bagi salam sebab gabra)..

Pompuan tu : (reaksi muka takut2..) saya punya.. saya punya.. terus berjalan dengan laju..

Hei pompuan.. geram betul aku ngan pompuan tu.. aku sekadar nak bertanya.. awat buat muka macam tu.. bukannya aku nak merompak ko pun!!! tengah2 orang ramai tu.. takde adab langsung.. apalah salahnya berhenti berjalan dan jawab soalan aku.. susah sangat ke?? cakaplah.. yer.. ini saya punya.. kenapa adik ada masalah ke??? haaa.. camtulah.. sepatutnya.. eiii.. sampai sekarang aku tak leh lupa reaksi dia masa aku tanya tu.. aku rasa bersalah pulak sebab tak dapatkan kepastian betul2.. kalau aku suh dia buka warmer tu dan tengok botol susu yang ada.. mungkin aku tak rasa serba salah.. tapi malangnya.. sikap pompuan tu... terbantut aku nak bertanya lagi..

Actually aku memberanikan diri untuk bertanya sebab yang pertamanya.. ia kepunyaan Fateh.. yang keduanya.. pompuan tu pegang beg budak berwarna pink.. kalau difikirkan logiknya.. kalau beg dah pink.. mestilah warmernya pun ala2 pink.. aku rasa dalam ramai2 pasangan yang bawak anak.. kami jer yang bawak warmer.. yg lain2 tak nampak pun.. sebab tu aku rasa musykil dengan pompuan tu.. aura aku kuat menyatakan itu kepunyaan Fateh.. tension sungguh aku ngan pompuan tu..

Nak tak nak kami pergi cari sendiri.. manalah tahu ada rezeki.. masing2 dah penat berjalan.. so, samada aku atau hubby yang pergi cari.. hubby suh aku tapi aku tak tahu sangat KLCC ni.. cari escalator.. so, hubby tunjuk kedai Sony dan Toys.. aku sorang2 pi cari.. tak jumpa juga.. cari kat kedai makan.. tanya kakak cleaner tu.. bagus diorang.. bukannya warganegara kita pun.. sanggup tolong carikan.. bagus bahasa mereka.. aku dah penat turun naik.. last2 tanya kat kaunter kalau2 ada orang yg jumpa then hantar ke kaunter pertanyaan.. takde jugaks.. aku turun balik jumpa hubby.. aku nampak ada sorang guard sedang call2 kaunter yang lain.. dan juga mana2 cleaner yang sedang bersihkan bangunan.. dia tolong kami.. itupun sebab dia nampak Fateh dah menangis.. lepas hubby bagitahu yg kami kehilangan warmer tu.. dia membantu kami sedaya yang mungkin..

Malangnya.. tak jumpa juga.. aku decide.. kita just tinggalkan no phone kat kaunter sekiranya mereka jumpa warmer tu.. aku peliks.. shopping complex tu takdelah besar mana pun.. kami jalan2 pun kat dlm tu jer.. tak sampai pun 2 jam kami dalam bangunan tu.. pengunjung yg datang aku nengok kebanyakannya orang berkemampuan.. takkan lah warmer yang murah tu pun korang nak curi.. fikirkanlah susu yang ada dalam warmer tu.. korang tak kesian ke kat baby yang memerlukan susu tu???

Kami bergegas ke parking.. nasib baik aku dah ready bawak bekalan susu Fateh.. cepat2 buatkan susu dia..

Pengajaran hari ni.. jangan terlalu suka sangat.. beringat juga dengan barang2 yang di bawa.. esp.. anak2.. jaga mereka.. nasib baik anak aku tak hilang..

Special thanks to security guard yang membantu kami.. syabas buat pasukan keselamatan di KLCC..

Pesanan untuk blogger2 yang ada dalam shopping complex KLCC semalam.. kalaulah terjumpa warmer tu.. pls msg me kay.. tq


Majlis Konvokesyen My Hubby

Hari ni... tercatat sejarah dalam kehidupan hubby aku.. impian dia telah menjadi kenyataan.. setelah 4 tahun berhempas pulas.. pelbagai dugaan.. rintangan.. masa.. kerja.. pengorbanan.. segala2nya.. akhirnya Allah makbulkan doanya.. segulung ijazah..

Bertempat di PWTC.. gah di tengah2 bandaraya KL.. acara penganugerahan diadakan..

Turn hubby aku belah petang.. so takdelah kami terkejar2 nak ke PWTC..

Ayah dan mak hubby aku masuk ke Dewan Merdeka untuk menyaksikan anak mereka menerima ijazah.. aku ngan SIL lepak jer kat luar.. ingatkan leh tengok acara kat luar tapi sayang.. satu skrin pun takde.. apa daaa.. masa aku kat Uitm dulu.. adalah jugak skrin besar disediakan untuk tetamu yang tidak masuk ke dalam dewan..

Oklah.. aku pun tak nak citer banyak.. mata sudah ngantuk.. esok mau kerja.. layan gambar jelah yer..




berdebar2 ni wei..


posing dulu sebelum masuk dewan..


bersama ayahanda..


bersama bonda..


bersama aku ngan Amiera..


bersama adik..


kad jemputan untuk masuk ke dewan..

Lepas para graduan masuk ke dewan.. aku ngan SIL dan anak2 masing2.. pi cari bunga.. bunga yang dijual kat dalam PWTC.. mahal nak mampos.. sejambak tu RM40 - RM80.. yang RM30 pun.. alahai.. ciput jer bunga dia.. teddy bear yang kecil2 pun takde.. bunga semata2.. aku kalau boleh nak lah beli yang ada bear tu.. adalah gak kenangan sampai bila2.. kalau setakat bunga jer.. esok lusa layu ler tu.. nak tak nak terpaksalah tanya kat sorang brother ni.. rupa2nya kat luar bangunan tu punyalah ramai orang menjual.. cantik2 dan murah2 laks tu.. aku ngan Amiera pi beli bunga.. SIL ngan anak2 jaga barang.. tengah nak melintas tu.. hujan renyai lah pulaks.. nak tak nak.. redah je lah.. tak leh memilih lama2.. hujan makin lebat..


ni hadiah aku ler yang bagi.. utk hubby terchenta lah kan.. 3 kuntum red rose.. ada makna tu!! bungkusan tu kenalah cari warna yg sesuai ngan jiwa lelaki.. kang beli merah ke pink.. maunnya hubby aku reject!!


ni hadiah dari kak Tanty.. kakak hubby aku.. dia tak dapat hadir.. so, aku mewakilkan dia untuk cari hadiah ni.. cantik tak kak Ty.. siap ada kad tau.. comel jerk..

Lepas tu.. kami pi The Mall pi cari kedai makan.. lapo siot.. kesian hubby, MIL ngan FIL.. diorang tak sempat lunch pun.. mesti lapar kat dalam tu.. so, aku tapau kan diorang burger McD..

Sambil menunggu sampai majlis tu tamat.. kami lepak2 kat ruang legar.. Amiera ngan sepupu dia main2 jelah keje nya..


Amiera, Along dan Damia..

Sebelum majlis tamat.. MIL dan FIL aku pun kuar dulu.. tak larat nunggu lama2 dalam dewan.. dahlah sejuk ngan laparnya.. setengah jam selepas diorang kuar.. majlis pun tamat..

Bila dapat jer bunga.. hubby aku terkejut gak ler.. malu pun ada.. bunga untuk pompuan sesuai lah katanya.. kot yer nak beli.. satu udahlah katanya.. hehehhe... nak tak nak kenalah terima.. dah orang nak bagi... lepas tu kami pi Bilik Selangor untuk ambik gambar studio.. ada promosi.. gambar saiz 11R dan 8R dan 4 kpg 4R.. penghantaran percuma.. pakej RM160.. harga asal RM250.. oklah dari takde.. lagipun bila lagi nak bergambar dengan family time konvo ni.. duit leh cari.. kenangan??

Sambil menunggu.. hubby aku isi perut dahulu.. sian dia..


posing dulu kat luar bilik..

Lepas habis tangkap gambar kat studio.. kami pi kat pintu masuk ke dewan untuk ambik gambar kenangan.. layan jelah yer..





cuba cari perbezaan dan persamaan antara dua gambar ni..


buku senarai nama graduan..


buku untuk tetamu dalam dewan..


Jumpa blogger lagi..

Salam semua..

Sejak aku pregnant si Fateh ni sampai lah aku dah bersalin dan dah masuk keje.. aku dah lama tak pergi Alamanda.. hehehhehehe.. walhal opis punyalah dekat.. tapi maleh yang amat.. hehehhehe...

Hari ni ajak hubby pi Carefour Alamanda.. semata2 nak pi beli rak baju untuk si Fateh.. nak beli almari masih terlalu awal.. masuk je kat carefour tu rasa lain jer.. byk sangat perubahan.. hehehhehe..

Oh ya.. sebelum aku nak pi ke carefour tu.. berselisih ngan sorang blogger ni.. nasib baik berselisih depan... kalau jauh tu memang aku tak nampak.. macam kenal.. dia pun macam tertanya2.. hehehhe.. aku perasan tahi lalat yang manis tu... hehehehe.. dia pun respons... nizza.. nizza abira kata aku.. per laie.. salam ler.. tak leh nak borak lama2.. masing2 ada hal.. anyway.. salam kenal yer nizza... hehehhe.. punyalah lama kenal melalui blog.. punyalah dekat just kat putrajaya jer.. baru hari ni jumpa... hehehhehe..


comel kan nizza ni... psssttt.. nizza.. mintak izin pinjam gambar eh..


Salam Takziah buat Abg Nuar & Family

Malam semalam.. hubby aku dapat msg for kakak dia akak my SIL.. agak terkejut dan macam tak percaya.. ayah mertua SIL aku meninggal dunia.. setahu aku dan dah beberapa kali jumpa dan pergi rumah ayah mertua SIL.. dan last sekali hari raya lepas.. tengok sihat jer.. tapi tulah.. ajal tak mengira siapa.. Allah lebih menyayangi dia.. kita semua nanti ntah bila agaknya untuk mengadap yang Maha Esa..

Kepada biras aku aka abg Nuar dan family.. salam takziah dari kami sekeluarga.. harap tabah dengan ujian dari Allah ni.. semoga arwah bersemadi dengan aman dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.... AMINNNNNN...

Blogger2 dan silent reader.. marilah sama2 kita sedekahkan AL-Fatihah untuk arwah.. AL-FATIHAH...



Pertemuan Blogger aka Jiran Setaman

Selama ni kan.. asyik dok tengok blog jer citer hal masing2... tapi semalam dapat gaks bertentang mata.. itupun blogger tu nak datang umah aku.. nak tahu sapa??? mesti uols kenal sesangat.. coz blogger ni kira famous jugak laaaa...

tadaaaaaaaaaaaaa.... dipersembahkan.... kak puteri... serba merah... ni mesti minat warna merah..



tima kasih kak sebab datang umah saya yg tengah sesak dan penuh dengan debu... macam orang baru pindah rumah gayanya.. hehehhehehe..

kak puteri yang peramah.. aqilah yang cute.. petah bercakap... Amiera mmmm... diam seribu bahasa...

nanti buat housewarming jgn lupa jemput tau.. InsyaAllah kalau takde aral kami terjah.. hiks..


Alhamdulillah.. mata Fateh dah sembuh

Masa kami ambik Fateh Jumaat lepas.. suami makcik yang jaga Fateh tu bagitahu yang mata Fateh dah ok.. aittt.. ye ke... bila aku tengok mata Fateh.. ye lah.. mata dia dah tak berair lagi.. syukur alhamdulillah.. pakcik tu kata baca selawat masa mandikan Fateh.. tak tahulah siapa yang selawat.. wife dia ke atau pakcik tu...

Tapi setahu aku.. makcik tu pernah cerita.. suami dia boleh tolong kurangkan kesakitan pada kanak2 dengan izin Allah.. contoh macam sawan tangis..

Mula2nya aku mcm tak alert jer.. tapi bila pakcik tu baca selawat masa mandikan Fateh.. mmm.. betapa agungnya kurniaan Allah.. bukan semua orang dapat anugerah tu..


Maidin Kota Seri Emas

Siang tadi.. kami gi Maidin Kota Seri Emas.. uols tahu ke tak kat mana Kota Seri Emas ni.. kat Enstek sana.. tak jauh dari kuarters KLIA.. sajer jer nak survey.. dengar cerita besar gak lah..

Sampai kat sana.. tak delah jauh sangat.. lebih kurang 15 minit jer.. pemandangannya cantik.. tapi takde lah besar macam Giant Nilai.. masih tak ramai lagi time ni.. mungkin sebab baru.. lama2 sok mesti padat kawasan tu..

Kalau nak dibandingkan dengan Maidin kat Pekan Nilai.. Maidin kat sini lagi tersusun.. besar sikit.. cuma kat sini hanya setingkat.. masa aku tengah beli barang tu.. tak sedar yang aku sedang berada dalam Maidin.. rasa macam duk dalam Giant..

Lot-lot kedai yang kecik pun ada.. kedai mamak semestinya ada.. kebetulan pulaks masa kami tengah minum tu... ada pertandingan karaoke bakal diadakan.. so, sesapa yang ada bakat terpendam tu leh lah daftarkan diri.. pendaftaran hanya RM5.. jangan lupa bawa CD karaoke masing2 yer.. pengadil2 terdiri daripada DJ radio Suria FM..

Malam ni.. pertandingan bola sepak antara nogori kelahiran aku dengan Kelantan... hobin jang hobin.. jangan buek malu oghang nogori.. hehehhe..


Sapa Nak Dengar Suara Fateh???????

KASI VOLUME SPEAKER KUAT2 TAUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!




Hadiah Lama Tapi Baru

Cemana laks tu.. hadiah lama tapi baru???

Ni kes hadiah yang tak diberi kat tuan punya badan lah ni.. heheheh..

Hadiah ni pemberian adik kat opis ni Banu namanya.. thanks a lot kasi hadiah untuk Fateh yer Banu.. muahhhh.. untuk Aunty Banu dari Fateh.. huhuhu..



Pagi tadi aku dah pi Farmasi cari krim Hydrocortisone namanya untuk hilangkan ruam kat muka Fateh.. sapu sekali jer sehari.. kasi nipis2 haaa.. jangan tebal2 sangat.. harap2 leh kurangkan ruam dia.. ubat ni saranan dari ahli Farmasi tu..



Cek Pertama

Balik keje tadi.. terima surat.. alamak nama aku.. cam formal jer.. adoiii.. dalam kepala ni fikir income tax jer... hehehhehehe..

Bila buka surat tu.. aitt.. bank??? bank mana pulaks ni yang nak saman aku ni weii...

Ooooo... baru jer tadi masa kat opis aku duk promote kawan2 opis suh register nuffnang kat blog diorang.. alhamdulillah.. dapat juga cek tu.. walaupun tak banyak mana.. tapi tu lah kan sapa nak bagi duit free wei.. mula2 saja jer aku nak test.. asyik dengar orang bercerita pasal income nuffnang ni.. so far.. oklah.. kita bukannya gilerkan duit pun.. dah orang nak bagi.. terima jelah.. lagipun memang aku suka berblog.. nak wat camno..



Alahai anak omak..

Tajuk cantiknyo bahaso.. Montang2 ler aku oghang nogori.. mintak maaflah yo kek sapo2 yang tak suko ngan oghang nogori ni.. tak semuo eh ikut adat perpatih.. ado yang baik hati eh.. tulus mulus cam aku ni haaa.. cewah puji diri sendiri tu..

Boleh den tulis bahaso nogori tak?? (dah tulih pun)... paham ko tak ni?? kalau tak paham tu.. buek2 lah paham yo.. Kisah eh pasal anak pompuan den yang sorang ni.. intan payung pengarang hati ni haaa...

Sojak lahir si Fateh ni asyik cito pasal dio yo kan.. naik muak pulak oghang membaco eh.. ni nak cito pasal Amiera lak..

Cito eh camni.. semalam laaa.. den nak solat.. tongah nak ambik wuduk lah ni.. dio pun togo den.. ni dialog

Amiera : "mama nak solat eh??" ..

Aku @ Den : "ha ah... " (sonyum sikit... ngan anak2 kono sonyum selalu)

Lopeh den ambik wuduk tu.. dio dah siap pakai telokung.. tongah solat lah tu... biaso eh kono suruh dulu baru dio nak solat.. suko pulak den nengok eh.. den curi2 tangkap gambar eh.. yang goli hati eh.. time dio baco... pssssttt..pssstttt.. pssstttt.. takdo langsung bunyi bacaan eh.. dio nak ikut omak eh tapi main belasah yo.. kek sekolah dio solat baco kuek2.. kek rumah kono baco polan2.. konpius lah kot..

Habih baco doa.. dio perasan den tangkap gambar eh.. membebel dio kek aku pasal ambik gambar dio.. hehehhehe... lawak tul..

Sojuk hati den nengok anak aku ni.. tu lah kan.. apo kato penyanyi tu... alahai anak omak..



Sehari di taska baru

Semalam kami ambik Fateh kul 7 lebih.. lebat siot hujan semalam.. yang jadi kelam kabutnya masa on the way nak sampai rumah.. lebih kurang 200m kalau tak silap.. dah lah gelap.. hubby bawak laju ler tapi still bawah 100.. tiba2.. eiitttt (bunyi brek eh)..... bushhhhh... air daaaa...... banjir ooo jalan tu.. kalau tak silap dah nak sampai kat area Desa Kasia.. gilos.. terkejut beruk aku time tu.. ni dah kali kedua kete kami rempuh banjir.. haaaaiiii.. risaunya..

Pasni dah set dalam kepala otak.. kalau hujan melimpah ruah.. jangan ikut jalan tu.. dan jangan juga pergi ke pekan Nilai.. confirm akan sangkut.. untuk blogger2 dan silent reader.. ini satu peringatan untuk uols.. kalau nak selamat baik berhati2 semasa memandu..

Oklah.. berbalik pasal Fateh.. masa aku sampai.. alahai.. sodihnyo lah nengok anak aku.. terlontang... hehheheehe.. tidur dia terlentang atas tilam.. macam penat sesungguh.. aku angkat dia pelan2.. mmm.. tahu aja aku yang angkat.. dah terjaga.. berpeluh2 si Fateh ni.. mucuk aaaa anak mama ni.. bacin tau..

Cemana eh.. aku tak nak bagi bedak kat penjaga sebab aku takut Fateh kena asma ke kan.. tapi hari ni aku letak jugak bedak dalam bakul.. nak tengok hari ni dia bacin lagi ke tidak..

Makcik tu pulaks pesan kat aku bawak banyak sikit baju dia sebab pampers dia selalu bocor.. aku peliks jugaklah sebab masa aku hantar kat rumah kakak tu sebelum ni okies jer.. 2 pasang baju dah kira ok.. lagipun aku jaga sebelum ni pun sama gaks.. sehari tu cuma 2 pasang jer.. pampers tak pernah bocor.. takpelah.. lain orang lain caranya.. just accept it.. kang tak nak jaga anak aku.. naya aku.. mana aku nak hantar si Fateh tu wei..

Kesimpulannya.. think positive walaupun kita tak puashati.. yang penting anak kita sihat walafiat..


Aktiviti Hujung Minggu

Cuti baru2 ni.. hubby cam biasa.. tak duk diam.. ada saje benda yang nak dibuat.. nak2 pulak hobi dia tanam sana.. tanam sini..

Aku cam biasa... urusan rumah.. anak2.. masak memasak..

Layan gambar jelah yer.. stroy mory semua berdasarkan gambar..


tu dia.. macam2 pokok dia beli kat sebelah Giant..


display dulu kat tempat bersesuaian sebelum di tanam..


kat luar rumah pun ada.. sib baik dah berbunga..


ni tanaman yang sedia ada.. kejap berbunga kejap layu di hujung mekar..


ni Amiera yang snap eh.. pokok limau purut.. sapa2 nak buat tomyam ke apa ke leh datang umah yer hehehhe.. tapi kena mintak izin dulu kat tuan yang menanam.. hiks..


ni pokok keladi hutan.. dulu masa aku ambik kat umah MIL aku.. kecik jer.. dalam 15cm.. masa duk kat Putrajaya letak kat balang kaca.. nasib baik masa pindah masih hidup lagi.. bila pindahkan ke dalam pasu... subur sesuburnya.. rasanya dah lebih 2 tahun usia pokok ni..


ni aktiviti Amiera..

















aku cam biasa.. ngan Fateh.. layan dia kalau dia tak mau tidur..


Demam Fateh yang pertama

Hari sabtu lepas.. jam 5 pagi.. Fateh bangun cam biasa nak susu... aku lah yang bangun.. hubby tengah seronok mimpi2 indah... hiks.. jangan mare yer bang..

Aku rasa badan Fateh panas semacam.. demam ke atau panas biasa jer.. lepas bagi susu dia tidur balik.. so, dalam fikiran ni takde fikir apa dah.. Fateh tidur balik.. aku pun sambung ler tidur..

Pagi tu.. panas dia tak hilang2 jugak.. tak leh jadik ni.. nasib baik ubat demam masa injection 2 bulan aritu ada lagi.. lepas bagi dia minum susu.. aku bagi lah ubat.. menangis tak ingat punya.. nak telan ubat tu punyalah susah.. geli geleman dia.. kelakar aku nengok peel si Fateh ni.. bertakung jer ubat tu kat tekak dia.. macam2 aku buat nak bagi dia telan.. nasib baik.. telan juga.. kecik2 dah cerdik tu.. pandai lak nak kuarkan ubat.. nasib baik mama kamu ni dah expert Fateh.. hahahhaha... sian dia.. kecik2 dah kena telan ubat.. nak wat cemana.. antibodi dia kurang..

Esoknya.. dah kurang sikit panas.. tapi aku bagi sekali jer.. alhamdulillah.. hari ni dah tak demam.. risau jugak.. cuti aku ni dah tinggal sikit.. minggu lepas dah EL sebab Amiera demam.. mmm.. jadi seorang ibu ni kan.. tak sampai hati nak tinggalkan anak dalam keadaan sakit.. perasaan sayang kepada anak2 tu terlalu kuat.. keluarga lebih penting dari segala2nya.. kan.. kan.. kan..


Hari Pertama Fateh di Taska

Salam semua..

Tiba2 terdetik hati nak login blog kat opis.. aiiittt.. boleh lah pulaks.. per laie.. laju ler menaip.. hehehhe.. ni lunch hour tau aku update.. sebab aku ada kursus 2 hari ni..

Malam semalam aku dah pi jumpa owner taska tu.. baik makcik tu.. semua2 baiklah.. makcik tu orang Batu Pahat... suami dia polis.. borak punya borak.. kata putus.. yuran bulanan untuk Fateh makcik tu ambil RM250 aja.. kalau yang dah besar tu mungkin boleh mintak kurang kat makcik tu.. dia ok lah.. kalau hantar lebih sorang pun boleh dikurangkan lagi.. dia pun tahu kami hantar pagi dan ambik lewat.. nasib baik kakak yang jaga Fateh sebelum ni dah story mory kat dia.. senang cerita.. dia pun faham keadaan kami.. so, yuran tu kira sekalilah.. ambil lewat pun takpe.. alhamdulillah.. senang sangat nak berurusan..

Taska tu tak jauh dari rumah aku.. kira sederet jer ngan rumah aku.. selang 14 buah rumah kalau tak silap.. rumah dia end lot.. cantik rumah makcik tu.. macam tak sesuai pulak dijadikan taska.. anak2 mesti seronok duk umah tu..

Aku rasa kami lah customer dia yang pertama.. pagi tadi kami hantar Fateh.. cam biasa semua keperluan aku sediakan macam mana aku hantar Fateh ke kakak tu dulu..

So.. blogger2 atau silent reader yang berminat nak hantar anak ke taska tu.. bolehlah contact makcik tu yer.. no. phone aku tak publish kat sini yer.. sapa2 berminat leh email kat aku arina_melissa_idayu@yahoo.com


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty