Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Demam Fateh yang pertama

Hari sabtu lepas.. jam 5 pagi.. Fateh bangun cam biasa nak susu... aku lah yang bangun.. hubby tengah seronok mimpi2 indah... hiks.. jangan mare yer bang..

Aku rasa badan Fateh panas semacam.. demam ke atau panas biasa jer.. lepas bagi susu dia tidur balik.. so, dalam fikiran ni takde fikir apa dah.. Fateh tidur balik.. aku pun sambung ler tidur..

Pagi tu.. panas dia tak hilang2 jugak.. tak leh jadik ni.. nasib baik ubat demam masa injection 2 bulan aritu ada lagi.. lepas bagi dia minum susu.. aku bagi lah ubat.. menangis tak ingat punya.. nak telan ubat tu punyalah susah.. geli geleman dia.. kelakar aku nengok peel si Fateh ni.. bertakung jer ubat tu kat tekak dia.. macam2 aku buat nak bagi dia telan.. nasib baik.. telan juga.. kecik2 dah cerdik tu.. pandai lak nak kuarkan ubat.. nasib baik mama kamu ni dah expert Fateh.. hahahhaha... sian dia.. kecik2 dah kena telan ubat.. nak wat cemana.. antibodi dia kurang..

Esoknya.. dah kurang sikit panas.. tapi aku bagi sekali jer.. alhamdulillah.. hari ni dah tak demam.. risau jugak.. cuti aku ni dah tinggal sikit.. minggu lepas dah EL sebab Amiera demam.. mmm.. jadi seorang ibu ni kan.. tak sampai hati nak tinggalkan anak dalam keadaan sakit.. perasaan sayang kepada anak2 tu terlalu kuat.. keluarga lebih penting dari segala2nya.. kan.. kan.. kan..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah