Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Suka dan Duka

Cuti sekolah dah bermula..

Semalam kami ke klinik Pusrawi berhampiran ngan opis hubby..

Lepas tu kami ke KLCC.. saje bawak Amiera dan Fateh jalan2.. cuaca mendung.. tunggu masa nak hujan.. dan di sinilah bermulanya kisah suka dan duka..

Kisah sukanya...

Kat KLCC tu ada tempat mandi manda.. seronok lah Amiera nanti..

Nampak aja tempat mandi tu.. Amiera tak sabar2.. masa tu tak ramai pengunjung yang datang.. so, adalah tmpt nak lepak.. papa temankan Amiera mandi.. aku jaga Fateh..


kat tepi kolam KLCC..


tengah cari tmpt nak mandi..


kat tempat yang tiada air pancut tu beranilah Amiera mandi.. hubby ajak pi kat tmpt air pancut tu.. mmm penakut..


time ni dah gerimis.. hubby ajak Amiera naik.. tapi tak mau ler pulak.. bila dah mula lebat.. cepat2 aku suh dia naik..

Guard yang jaga kawasan tu pun dah tiup wisel suh naik.. bahaya.. kami yang duk kat tmpt rehat pun di suruh naik ke atas... bahaya katanya.. kat bawah lantai tu ada wayar letrik.. takut terbakar katanya.. entahlah.. aku ikut jer lah arahan..


oh ya.. inilah bangunan tempat aku pernah praktikal 11 tahun yang lalu.. masih tersergam indah.. masa tu KLCC masih dalam pembangunan..

Lepas Amiera tukar pakaian.. kami cepat2 meninggalkan taman.. masuk ke shopping complex KLCC.. singgah di Sony.. waaa... ada product baru yang bakal menjadi impian aku tahun depan.. nanti aku story kat n3 lain ya.. pastu singgah kedai toys.. cari Food Court nak pekena teh tarik.. singgah ke kedai letrik lain.. bukannya beli pun.. saja window shopping.. naik lif untuk ke surau.. punyalah ramai yang naik lif.. diorang ni aku nengok naik lif main2.. ingatkan diorang dari tingkat bawah nak naik atas.. tup2 tak kuar2 juga.. rupa2nya nak turun jugak.. hangen jer..

Selesai solat... masuk ke kedai Toy yg kat tingkat bawah.. lepas tu plan nak balik.. tapi.. bermula nya episod duka.. kami kehilangan sesuatu yang berharga buat Fateh.. cuba tengok gambar fateh kat bawah ni.. apa benda yang berwarna biru turqoise??




haaaa.. dapat teka tak??? tu haaa... bekas simpan susu Fateh (warmer).. ke hulu ke hilir.. digantung kat stroller.. dalam warmer tu masih ada sebotol susu yang belum diminum..

sepanjang kami di shopping complex.. pekena teh tarik.. langsung tak perasan samada warmer tu ada ke tak?? selepas solat baru hubby perasan yang warmer tu dah hilang.. tak tahu tercicir di mana... aku dah terkedu.. suka punya suka.. mesti ada duka nya..

Kemudian kami berpatah balik ke tempat laluan kami masa mula2 sampai ke shopping complex KLCC.. dalam perjalanan tu hubby ternampak ada sorang pompuan ni tengah pegang warmer tu.. sebijik!!! aku ikut pompuan tu untuk bertanya samada warmer tu dia punya atau dia jumpa.. ni dialog aku masa tegur pompuan tu yer.. waktu tu aku dah tepuk2 lengan dia.. alah cara nak menegur orang tu..

Aku : mmm.. (aku tak tahu nak panggil kakak ke makcik sebab muka nampak berusia.. last2 yg kuar dari mulut aku just.. ) cik.. cik.. tu cik punya ke?? (sambil menunjukkan warmer tu.. aku lupa nak bagi salam sebab gabra)..

Pompuan tu : (reaksi muka takut2..) saya punya.. saya punya.. terus berjalan dengan laju..

Hei pompuan.. geram betul aku ngan pompuan tu.. aku sekadar nak bertanya.. awat buat muka macam tu.. bukannya aku nak merompak ko pun!!! tengah2 orang ramai tu.. takde adab langsung.. apalah salahnya berhenti berjalan dan jawab soalan aku.. susah sangat ke?? cakaplah.. yer.. ini saya punya.. kenapa adik ada masalah ke??? haaa.. camtulah.. sepatutnya.. eiii.. sampai sekarang aku tak leh lupa reaksi dia masa aku tanya tu.. aku rasa bersalah pulak sebab tak dapatkan kepastian betul2.. kalau aku suh dia buka warmer tu dan tengok botol susu yang ada.. mungkin aku tak rasa serba salah.. tapi malangnya.. sikap pompuan tu... terbantut aku nak bertanya lagi..

Actually aku memberanikan diri untuk bertanya sebab yang pertamanya.. ia kepunyaan Fateh.. yang keduanya.. pompuan tu pegang beg budak berwarna pink.. kalau difikirkan logiknya.. kalau beg dah pink.. mestilah warmernya pun ala2 pink.. aku rasa dalam ramai2 pasangan yang bawak anak.. kami jer yang bawak warmer.. yg lain2 tak nampak pun.. sebab tu aku rasa musykil dengan pompuan tu.. aura aku kuat menyatakan itu kepunyaan Fateh.. tension sungguh aku ngan pompuan tu..

Nak tak nak kami pergi cari sendiri.. manalah tahu ada rezeki.. masing2 dah penat berjalan.. so, samada aku atau hubby yang pergi cari.. hubby suh aku tapi aku tak tahu sangat KLCC ni.. cari escalator.. so, hubby tunjuk kedai Sony dan Toys.. aku sorang2 pi cari.. tak jumpa juga.. cari kat kedai makan.. tanya kakak cleaner tu.. bagus diorang.. bukannya warganegara kita pun.. sanggup tolong carikan.. bagus bahasa mereka.. aku dah penat turun naik.. last2 tanya kat kaunter kalau2 ada orang yg jumpa then hantar ke kaunter pertanyaan.. takde jugaks.. aku turun balik jumpa hubby.. aku nampak ada sorang guard sedang call2 kaunter yang lain.. dan juga mana2 cleaner yang sedang bersihkan bangunan.. dia tolong kami.. itupun sebab dia nampak Fateh dah menangis.. lepas hubby bagitahu yg kami kehilangan warmer tu.. dia membantu kami sedaya yang mungkin..

Malangnya.. tak jumpa juga.. aku decide.. kita just tinggalkan no phone kat kaunter sekiranya mereka jumpa warmer tu.. aku peliks.. shopping complex tu takdelah besar mana pun.. kami jalan2 pun kat dlm tu jer.. tak sampai pun 2 jam kami dalam bangunan tu.. pengunjung yg datang aku nengok kebanyakannya orang berkemampuan.. takkan lah warmer yang murah tu pun korang nak curi.. fikirkanlah susu yang ada dalam warmer tu.. korang tak kesian ke kat baby yang memerlukan susu tu???

Kami bergegas ke parking.. nasib baik aku dah ready bawak bekalan susu Fateh.. cepat2 buatkan susu dia..

Pengajaran hari ni.. jangan terlalu suka sangat.. beringat juga dengan barang2 yang di bawa.. esp.. anak2.. jaga mereka.. nasib baik anak aku tak hilang..

Special thanks to security guard yang membantu kami.. syabas buat pasukan keselamatan di KLCC..

Pesanan untuk blogger2 yang ada dalam shopping complex KLCC semalam.. kalaulah terjumpa warmer tu.. pls msg me kay.. tq

Comments

Puteri Satu said…
laaa..akak rasa confirmla pompuan `cik' tu yang mengambilnye... klu betul2 dia punya.. takkan cara menjawab orang menegur cam tu... hish... sepatutnya snap je gambar pompuan tuh..ahaks...

tak perla Na... tak de rezeki namanya tuh... nanti gi beli lain ye... nasib la ada spare susu lain kat fateh.. klu tak..alahai ciannya fateh...
suzieapai said…
hiks...tumpang sedih jer la aku ni... agaknyer ko teraniaya ni kan?

kdg2 milik kita tak kekal jd milik kita...

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah