Posts

Showing posts from December, 2009

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Tertunai kah Impian KAMI??

Image
Salam semua.. hari ni hari terakhir pd tahun 2009.. esok dah masuk tahun 2010.. Cemana impian 2009 uols?? tercapai ke semuanya?? impian aku tak semuanya tercapai.. byk faktor yang tak boleh di elakkan.. Let's check it out.. Checklist impian hubby aku.. 1. Segulung Ijazah ~ alhamdulillah.. bersyukur yang amat.. 2. Lulus MUET ~ alhamdulillah.. bersyukur yang amat.. 3. Naik Pangkat ~ tunda ke Tahun 2010 4. Beli Handphone ~ tunda ke Tahun 2010 5. Beli Basikal (basikal Amiera.. hiks..) ~ asal ado! 6. Beli Kancil 850x (Versi PINK) untuk Isteri ~ tunda ke Tahun 2010 7. Beli Alat Elektronik Kesihatan ~ tunda ke Tahun 2010 8. Beli Water Heater ~ alhamdulillah.. takdelah sejuk2 aku nak mandi pagi lagi.. heheh.. kes malas nak pi keje... alasan 9. Beli Aircond ~ alhamdulillah.. ni pulaks masa aku pregnant Fateh.. malam jer.. sikit2 panas.. ngomel sorang2.. disebabkan sayang kat isteri tu yang dia belikan... thank your my dear.. luv u.. 10. Percutian ~

Parcel??

Image
Tadi aku dapat parcel.. nasib baik aku cuti.. Mula2 aku cuak jugaks.. bila masa pulaks aku shopping online lagi.. kalau ada pun belum di post lagi.. Nampak perkataan Pro Reward kat kotak.. bila masa pulaks aku redeem apa2.. hishhh.. tak leh jadi ni.. bahaya jugaks.. ntah2 barang merbahaya ke.. tak leh caya sangat ni.. Hati melonjak2 suh bukak.. takut pun ada... nak tak nak berani jugak lah kan.. Terbuka jer kotak tu.. baru lega... oooo.. selama ni aku nanti2.. ingatkan tak dapat ke.. kot2 lah kena reject ke kan.. alhamdulillah sampai juga... tak rugi aku kumpul pencedok2 tu.. kalau beli kat pasaraya ni confirm melayang 60-80 henggit.. alhamdulillah.. leh cover utk sebulan ni..

XTVT Akhir 2009

Image
Percutian kali ni.. Kami ke Bagan Serai.. umah SIL.. penghujung 2009 kami akhiri dengan aktiviti jalan2.. kebetulan ada kenduri di Alor Setar keesokannya.. balik dari kenduri kami ke Penang.. fuhhhh... memang jalan habis.. Ni laluan negeri yang kami masuk.. Dari N9 -> W.P Putrajaya -> Selangor -> Perak -> Kedah -> Penang perghhh... dalam masa 2 hari kami dah lalu 6 buah negeri.. sib baik dari Tengah ke Utara.. kalau dari Selatan.. mahu jugaks fenin.. Sebelum story meh layan dulu model cilik of the year... hehehhe.. Fateh with his new romper and bb tight.. mula2 senyum jer dalam kereta... syok jer.. sejuk jer.. smooth jer.. tapi.. awat tak sampai lagi ni... siap tepuk dahi tu.. termimpi2 dok kira2 masa bila lah nak sampai ni.. Oh ya.. ni perjalanan ke Bagan Serai yer.. sebelah malamnya kami round area Parit Buntar.. kat situ memang happening.. kira bandar hidup ler kalau nak dibandingkan dengan kawasan sekitar yg lain.. yg paling best dan wat aku teruja.. pasaraya Manjaku

Lagi koleksi romper dan baby tight

Image
Salam.. sorry aa dah lama tak update.. seminggu ni aku tak sihat laaa.. dengan selesema, demam, batuk, sakit kepala.. adoiii.. kat opis memang tak boleh nak login.. kat rumah aku dah tumbang.. tak leh langsung nak ngadap PC.. antibodi aku ni kurang rasanya.. sakit sikit jer dah lembik.. Oklah.. hari ni dah kurang sikit.. takde sakit kepala.. takde selesema teruk.. takde demam.. so, bolehlah nak ngadap PC walaupun mata aku ni dah mengantuk.. gagahkan juga.. Baru2 ni koleksi romper Carters dan baby tight dah sampai.. layan gambar je lah yer sambil story sikit.. 2 helai baby tight.. 5 helai romper.. ni model yang jadi mangsa mama dia yer.. suker sangat bila tengok Fateh pakai romper ngan baby tight.. sesuai ngan body dia yang hantap tu.. hehehe.. dapat anak pompuan lain gayanya.. dapat anak lelaki pun lain gayanya.. yg penting I LIKE!!

Hasil Kerja Kuat

Image
Genap usia Fateh 4 bulan semalam 20hb.. Hari ni.. dengan jayanya.. berjaya juga Fateh meniarap.. Kalau ikutkan masa dia 3 bulan aritu dah start mengiring.. proses nak meniarap tu ada.. tapi mungkin sebab faktor2 seperti bantal dan toto licin yang menggangu.. serta hobi dia yang kerap tidur.. tak boleh2 juga.. mungkin Allah belum izinkan.. Tapi hari ni.. sedang kami lepak2 kat family hall.. Fateh kami baringkan atas toto.. beralaskan bantal.. dia cuba lagi untuk meniarap.. terdetik hati aku untuk biarkan dia baring tanpa bantal pula.. ada peningkatan.. muka dah menghala ke lantai.. kaki dah senget sebelah.. tapi tak berjaya juga sebab tangan tersepit antara toto dan badan dia yang mantap.. kebetulan dah byk kali percubaan dari baring kat tengah2 toto dah menghala ke tepi.. ntah macam mana.. hubby aku tarik toto sikit2.. dan tak semena2 Fateh terus meniarap.. ooo.. kesimpulannya.. toto tu licin.. sebab tu dia tak boleh nak meniarap.. yelah kan.. Allah dah tetapkan.. dia akan meniarap ket

Kemaruk romper, baby tight & legging

Image
Sapa pencinta shopping??? angkat tangan!!! Sapa pencinta shopping online??? angkat tangan!!! Sapa pencinta romper??? angkat tangan!!! Sapa pencinta baby tight??? angkat tangan!!! Sapa pencinta legging??? angkat tangan!!! Yesss... aku ler tu.. shopping tak hengat donia.. pastu nganga!! Opppsss... sorry.. kengkawan blogger pasti tahu tentang romper, jumper, baby tight & legging.. uols yang tak tahu.. semua tu adalah istilah yang sering digunakan oleh peniaga2 barangan branded baby dan kanak2 esp dari BabyGap, Oshkosh, Adidas, Carters, Nike, Nissen etc .. mentang2 ler aku ada baby yer.. seronok sakan siot beli barang2 tu.. cantik2.. harga memang tak hengat... dah macam hobi laks.. tapi pasni.. aku kena stop ler.. kalau nak lepas gian pun.. sebulan beli selai dua jadik ler.. Koleksi yang ada dalam simpanan sekarang.. romper BabyGap, jumper (beli kat SOGO.. tak ingat brand apa) & baby tight.. koleksi romper Carters dan legging akan tiba InsyaAllah minggu depan... tak sabar nak suh m

Thanks LA.. jasa mu sentiasa ku kenang..

Image
Dah 6 tahun bersama... susah senang.. pahit manis.. tak pernah kenal erti penat lelah.. Akhirnya kami berpisah jua.. sedih melihat kau pergi bersama orang lain.. kenangan bersama mu tetap abadi.. walaupun aku jarang membelai mu.. tapi sedih bila perpisahan itu terjadi.. Kadang-kala terfikir jua.. bagaimana keadaan mu sekarang ini.. berpanas berhujan.. Terima kasih kerana menjadi satu memori indah dalam perjalanan hidup ini.. tanpa mu siapalah kami.. Huhuhuhu.. jiwa tengah syahdu syahdan..

Nak beli ke tak??? Help me PLZ..

Sejak Fateh kena chicken pox ni... aku jadi serba salah nak hantar dia ke taska.. tapi nak wat cemana.. siapa yang nak jaga dia.. lain lah kalau aku dah jadi millionaire sepanjang hayat.. leh duk umah jer jaga anak2.. best!!! Memandangkan kat taska tu diorang tidurkan Fateh dalam buaian.. kalau uols tengok pun... agak kesian laaa.. aku ni nak kata pembersih sangat tu idok ler.. kata oghang Perak.. tapi kalau bab2 anak2 ni memang aku concern sikit.. Persoalan sekarang! Perlukah aku beli buaian?? *********************************************************************************** PROs .. ~~~~~ 1. Menjaga kesihatan dan kebersihan Fateh 2. Untuk memudahkan kerja pengasuh taska tu menjaga Fateh #hakikatnya memang aku tok se (dah sleng timur laks).. sebab kalau dah terbiasa ngan buai2 ni.. yg susahnya nanti aku ler.. bila nak tidur.. nak buai.. jenuh weiii.. tapi setakat ni.. tiap2 malam Fateh just tidur atas katil.. alhamdulillah.. nyenyak jer.. **********************************************

Chicken Pox??

Image
Dengar je penyakit ni.. mesti kita panik kan.. bukannya senang nak jaga.. dengan gatalnya.. demamnya.. sakit badan sana sini.. memang tak leh cakap... aku pernah merasainya masa Form 5 dulu.. teruk siot.. cuti 2 minggu... walaupun dah pi klinik tapi tak hilang2 jugaks.. last2 berubat cara tradisional.. alhamdulillah.. tak sampai beberapa hari.. terus kering dan sembuh.. itu semua dengan izin-Nya.. Ni makna chicken pox dari laman web Info Sihat KKM.. Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox. Pengidap chicken po

Fateh di usia 3 bulan

Image
BAAAAACHAAAAAAAAAAAKKKKKKKKK... Genap 20 November lepas... Fateh dah berusia 3 bulan... Masa pergi klinik pakar kanak2 AnNur 2 Dis tempohari.. berat Fateh cuma naik 300gm sahaja.. kiranya dah 6.2kg.. risau jugak sebab berat dia tak naik2.. tapi bila tanya doktor.. doktor kata takpe.. badan Fateh dah solid.. tak perlu naik banyak2.. nanti penyakit lain pulaks yang datang.. Dalam buku rawatan Fateh tu.. adalah juga suntikan yang optional.. nak ambik boleh .. tak nak pun takpe.. tapi bila hubby tanya Dr.. dia memang sarankan sebab Fateh tinggal di taska.. mudah dapat penyakit.. ni lah first time aku tahu.. yelah kan.. masa Amiera dulu mana ada.. buku rawatan dari hospital kerajaan hanya yang basic.. takde optional2 ni.. patutlah Amiera selalu dapat penyakit.. InsyaAllah akhir bulan ni.. Amiera akan ambil suntikan untuk usia 5/6 tahun.. kalau tak silap aku nama suntikan tu booster.. bagi up balik antibodi dia.. So, pada usia 3 bulan ni.. aku ambik yang basic serta 1 optional.. yg ubat opti