Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Chicken Pox??

Dengar je penyakit ni.. mesti kita panik kan.. bukannya senang nak jaga.. dengan gatalnya.. demamnya.. sakit badan sana sini.. memang tak leh cakap... aku pernah merasainya masa Form 5 dulu.. teruk siot.. cuti 2 minggu... walaupun dah pi klinik tapi tak hilang2 jugaks.. last2 berubat cara tradisional.. alhamdulillah.. tak sampai beberapa hari.. terus kering dan sembuh.. itu semua dengan izin-Nya..

Ni makna chicken pox dari laman web Info Sihat KKM..

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. (Mrs K.. tolong perhatikan Hadif.. sebab dia manja.. takut dia tersentuh atau tercium Fateh)

More info.. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php

Amiera pulaks.. sewaktu usia dia 1 tahun 3 bulan.. waktu tu dah hampir raya.. kesian dia.. masa Amiera kena tu teruk jugaks.. sampai lanni parut dia masih ada..


chicken pox dah kering time ni.. raya tetap raya kan...

Dan kini... Fateh yang masih berusia 3 bulan pulaks yang jadi mangsa... si kecil yang masih tak tahu apa2 dah kena penyakit ni..



Pada awalnya.. kami hantar Fateh macam biasa hari Isnin hingga Rabu.. langsung takde apa2 tanda demam atau resah.. Fateh tetap lena di waktu malam... Petang Rabu bila kami ambil Fateh... dalam keadaan dia yang masih belum mandi.. sebab dia lena dalam buaian... terkejut jugaks sebab kat muka dia ada bintik2 merah.. kena gigit nyamuk lagi...detik hati aku time tu.. sedih ooo tengok keadaan Fateh.. aku dah bagi kelambu tapi tak digunakan sebab Fateh tidur dalam buaian.. gamaknya pasni aku kena beli kelambu yang khas untuk buaian pulaks.. walaupun aku tak mahu ajar Fateh berbuai.. tapi di taska.. mmmm.. faham2 lah.. nak cakap takut terasa hati..

Lepas aku mandikan dia.. aku perasan ada bintik2 merah di bahagian perut dia.. nyamuk ke??? peliks jer... ada cecair laks tu.. tak nak fikir negatif ni..

Esoknya... hantar Fateh cam biasa.. aku tanya kat mak cik tu.. ni kesan gigit nyamuk ke??? mak cik tu pun tak tau..

Tengahari semalam.. aku dapat call dari makcik tu.. masa dia mandikan Fateh.. ada bintik2 berbentuk cecair makin banyak kat kaki dan badan dia... ahhh... sudah.. risau dah aku.. call hubby.. kena pi AnNur jugaks petang tu.. tak nak tanggung risiko sebab Fateh masih kecil lagi..
kul 3 lebih aku cabut dari opis.. masa ambik Fateh di taska.. mak cik tu kata mungkin berjangkit dengan anak jiran yang pernah jaga Fateh dulu sebab budak tu selalu datang jumpa Fateh..

Masa tgh tunggu Amiera mandi.. tiba2 hubby masuk sambil dukung sorang budak ni.. cam kenal jerk.. oooo... Hadif.. tak takut ngan orang laks tu.. manjanyaaaa.. mungkin dia ingat ayah dia kot.. pastu bila hubby aku nak turunkan dia.. merengek suh dukung dia balik.. hiks.. pastu bila dia nampak aku.. terus datang kat aku.. comel jerk..

Mula2 jumpa Dr.. cam biasa Dr. tanya sakit apa.. bila dapat tau.. dia tanya usia Fateh.. pastu dia tanya berapa kerap Fateh minum susu.. pastu dia suh timbang.. so far naik 300 gm.. dulu 6.2kg.. lanni dah 6.5kg.. alhamdulillah naik jugaks.. risau juga takut susut.. pastu dia suh baringkan Fateh..

Dr. sahkan Fateh kena chicken pox.. dia terkejut sebab masih 3 bulan.. agak merbahaya pada usia begini.. Dr tanya sesiapa yang kena chicken pox... aku kata ada seorang anak jiran ni selalu datang jumpa Fateh di taska.. tapi masa tu pertengahan bulan 11.. takkan boleh berjangkit..

Dr. nasihatkan kami.. jika Fateh meragam dua tiga hari ni.. bawa semula ke klinik.. takut kesan lain.. aaaaahhh.. risaunya aku.. mintak2 dijauhkan laaa...

Hari ni.. Jumaat.. aku terpaksa EL... next week pun aku terpaksa cuti.. nak jaga Fateh.. mana boleh hantar dia ke taska.. tak pasal2 budak lain pun berjangkit.. kalau dah kering chicken pox tu baru aku hantar.. cuti aku tinggal 5 hari jer ni.. harap2 Fateh leh sembuh dengan cepat.. kebetulan pulaks.. nasib baik kursus yang dijangka minggu depan di tunda ke tahun hadapan... kalau tak susah jugaks aku nak cari pengganti saat2 genting camni..

So far keadaan Fateh semalam dan hari ni.. dia masih belum demam.. tak meragam.. merengek nak susu jer.. malam semalam pun dia tidur ngan lena..

Uols ada petua tak nak bagi cepat sembuh?? aku try gak cari kat internet... byk petua2 boleh digunakan.. doa2kan lah yer supaya Fateh cepat sembuh..

Comments

SatuJutaIdea said…
Salam...
Cari daun semambu. Hancur2kan dgn tgn..pastu lumurkan kat bdn fateh.insy..nnt cepat sembuh parut pun kurang..gtl2 pun kurang..
cuti saya tinggal 1 hari je lagi
kalau hadif kena jugak, alahaiii...
Puteri Satu said…
Patutla tak de masa house warming umah fiza (152) tu ye... husband akak kata faizal je datang ngan amiera akak ingat faina ada... husband kata fateh kenan chiken pox...alahai...harap fateh cepat sembuh ye... 2-3 hari lagi baikla tu faina..insyaallah...

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah