Hasil Kerja Kuat

Genap usia Fateh 4 bulan semalam 20hb..

Hari ni.. dengan jayanya.. berjaya juga Fateh meniarap..

Kalau ikutkan masa dia 3 bulan aritu dah start mengiring.. proses nak meniarap tu ada.. tapi mungkin sebab faktor2 seperti bantal dan toto licin yang menggangu.. serta hobi dia yang kerap tidur.. tak boleh2 juga.. mungkin Allah belum izinkan..

Tapi hari ni.. sedang kami lepak2 kat family hall.. Fateh kami baringkan atas toto.. beralaskan bantal.. dia cuba lagi untuk meniarap.. terdetik hati aku untuk biarkan dia baring tanpa bantal pula.. ada peningkatan.. muka dah menghala ke lantai.. kaki dah senget sebelah.. tapi tak berjaya juga sebab tangan tersepit antara toto dan badan dia yang mantap.. kebetulan dah byk kali percubaan dari baring kat tengah2 toto dah menghala ke tepi.. ntah macam mana.. hubby aku tarik toto sikit2.. dan tak semena2 Fateh terus meniarap.. ooo.. kesimpulannya.. toto tu licin.. sebab tu dia tak boleh nak meniarap.. yelah kan.. Allah dah tetapkan.. dia akan meniarap ketika usia 4 bulan sama macam Amiera dulu.. kelam kabut aku cari kamera.. sib baik ada bateri.. rugi lepaskan saat2 ni.. hiks.. tak sabar2 aku nak post n3 kat blog.. ngantuk2 pun sanggup ngadap PC lagi.. ngeh..ngeh..ngeh..

jom tengok muka puas dan penat bila dah lama sangat meniarap.. opppsss.. jgn double meaning eh.. tak pasal2 blog aku kena block!


percubaan yang hampir berjaya...


akhirnya.. good boy!! tersengih2 dia bila nampak kami..


sekejap jer.. tak sampai 5 minit dah keluh kesah.. kami risau kalau muka dia tersembam kat tikar tu.. tak pasal2 hidung macam Jackie Chan..

Oh ya.. dah masuk 4 bulan ni.. aku dah belikan dia puri buah2an yang sememangnya khusus untuk usia 4 bulan.. nak buat sendiri aku tak berani lagi.. takut tak betul2 hancur.. nanti effect kat perut dia..

Tadi aku dah cuba bagi dia rasa sikit puri tu.. so far masih boleh diterima tapi agak lambat.. chup chap chup chap.. tak kisahlah.. mula2 jer nak bagi dia rasa kelainan.. kakak dia pun minat gaks.. nak tak nak bagi jugaklah.. puri tu pun hanya tahan 48 jam dalam fridge.. so, kalau tak habis.. kakak dia bleh settlekan..


3 omelan:

PuteriSatu said...

chaiyok fateh..chaiyok... hiks.. faina.. akak tengok umah yang nak jual depan umah faina tu dah nak buat taska kan? nanti leh anta aqilah kat situ...hiks...

p/s ~ akak tingin nak beli tikar cam faina tu.. cantik... melekat habuk tak faina...??? sebab tengok jalinan dia tu dari benang kan...? tapi memang cantik.. tingin nak rembat satu....

R.K said...

=)
ni buat tak sabar nak kawen ni ~
^^
hee ..

Faina Arisya said...

kak puteri..

haah.. nampak diorang dah pasang gril bagai.. mungkin start thn depan kot.. tikar tu ok lah.. kalau ada habuk pun tak nampak sangat.. senang nak sapu rumah.. murah jer kak kat Nilai3..

dik R.K

rugi ooo tak kawen awal.. hehehehe...

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty