Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Majlis Cukur Jambul

Salam uols..

Sorrylah dah lama tak update..lately bz sikitlah ngan keje2 opis.. nak kena siapkan sistem cepat.. poning wooo..

Semalam baru balik dari kampung.. hari ni cuti lagi.. biasalah byk benda nak kena uruskan.. pakaian yang tak berbasuh.. yang tak berlipat.. jgn cakaplah.. penat sungguh hari ni.. nak settle kan semua memang tak sempat.. mana yang termampu jer aku buat..

Tak terlewat juga.. Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua.. tahun ni kami sekeluarga tak buat apa2 korban.. cuma Fateh jer yang kena berkorban.. korban rambut.. nak tengok muka comel si Fateh lepas di cukur selicin2nya?? jap agi ehh..

Oklah.. aku dah start ngantuk.. esok kerja.. dah start nak fikir pasal sistem... mmm.. letih kepala otak aku ni.. aku citer sikit jer lah.. yg lain2 refer kat gambar ye..

Majlis cukur jambul dibuat pada hari Ahad lepas belah petang.. just a simple majlis.. takde naik buai bagai.. lagipun aku tak pernah ajar Fateh tidur buai.. takut terkezut dia nanti.. walaupun dah agak lewat.. yelah kan.. Fateh dah 3 bulan.. biasanya orang buat 7 hari selepas dilahirkan.. tak pun paling lewat usia baby sebulan.. tapi memandangkan Fateh lahir lagi 2 hari nak pose.. sebulan pastu dah raya.. semua orang sibuk.. memang tak sempat nak buat.. last2 decide wat time raya haji ni..

Menu utk minum petang tu disedikan oleh MIL.. ada jugak satu dua menu di tempah.. aku nolong motong2 jer.. masak memasak tugas MIL.. Antara menu yang disediakan... pulut kuning, rendang ayam, laksa, bihun goreng, roti jala, kuih muih dan dadih (made by SIL) as a dessert..

Dlm pukul 2.30 ptg, kumpulan marhaban tiba.. dimulakan dengan bacaan Yasin.. kemudian lagu2 marhaban.. layan gambar yer..


sambil menunggu majlis bermula..


masa ni baca Yasin dulu..


berkumpul dalam satu bulatan untuk bacaan marhaban..


ketua kumpulan suh Fateh diletakkan di tengah2 sambil nyanyian dan doa dialunkan.. aku terpaksa gak duk situ.. standby kalau Fateh menangis..

Pastu.. aku diminta untuk membawa Fateh kepada setiap ahli marhaban untuk di gunting sedikit rambut Fateh.. aku ikut jer lah..


Ni bahan yg digunakan.. bedak sejuk.. sebarang jenis bunga yang direndam dalam air.. gunting dan mangkuk kecil..




Ngeri siot.. tengok diorang gunting rambut Fateh.. ada juga ahli kumpulan yang tak buat.. diorang just sapu bedak sejuk jer.. nasib baik time ni Fateh tidur..


setiap ahli marhaban yang dah selesai tugas diberikan cenderahati dari tuan rumah..


selingan.. Amiera ngan sepupunya..



Selesai majlis.. makan dulu sebelum beransur pulang..


kemudian selepas Asar.. datang pula jemaah Masjid untuk bacaan doa selamat..


gift untuk kumpulan marhaban..


gift untuk jemaah masjid dan tetamu yang datang..



muka Fateh penuh dgn bedak sejuk..

Selesai bacaan doa selamat.. makcik yang akan mencukur rambut Fateh pun dah datang.. so?? kasi botak dia punya kapala.. huhuhu..


ni bahan yang digunakan untuk proses mencukur.. sintok yang di rendam dalam air.. limau nipis, bedak sejuk dan alat2 cukur rambut..


mula2 ok jer si Fateh ni..


pastu makcik tu pun tak leh nak control.. kena pegang jugaks sebab tak duduk diam... geleng sana geleng sini.. lepas SIL pegang... hubby aku pulaks.. pastu aku pulaks..


selesai dibotakkan.. kena mandi dulu.. nanti miang..


ni lah muka baby yang dibotakkan ngan mata yang dah merah nak tidur..


so cute.. dah macam shaolin pulaks..

Comments

ANAKIRANA said…
mcm mukak akak la fateh ni...
Puteri Satu said…
comel nya fateh... geram tengok...
onniey84 said…
boolattnyaa fateh..
ada iras kak amira skit..
emeylia said…
ala tomeinya baby fateh ni, mcm muka sape ni has
Kebod's Family said…
bulat nyer fateh kak ina.... cam muka kak ina....
Faina Arisya said…
kirana..

adalah sikit2 muka akak kot..

kak Puteri..

lagi botak lagi geram..

onniey..

nama pun adik beradik kan.. mestilah ada iras2nya.. hiks..

kak ya..

campuran muka saya ngan ayahnya ler.. hehehe..

ju..

adalah skit2 iras kak ina.. tgg besar sikit lah.. baru leh tau..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah