Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Tertunai kah Impian KAMI??

Salam semua.. hari ni hari terakhir pd tahun 2009.. esok dah masuk tahun 2010..

Cemana impian 2009 uols?? tercapai ke semuanya?? impian aku tak semuanya tercapai.. byk faktor yang tak boleh di elakkan..

Let's check it out..
Checklist impian hubby aku..
1. Segulung Ijazah
~ alhamdulillah.. bersyukur yang amat..



2. Lulus MUET
~ alhamdulillah.. bersyukur yang amat..

3. Naik Pangkat ~ tunda ke Tahun 2010

4. Beli Handphone ~ tunda ke Tahun 2010

5. Beli Basikal (basikal Amiera.. hiks..) ~ asal ado!



6. Beli Kancil 850x (Versi PINK) untuk Isteri ~ tunda ke Tahun 2010

7. Beli Alat Elektronik Kesihatan ~ tunda ke Tahun 2010

8. Beli Water Heater
~ alhamdulillah.. takdelah sejuk2 aku nak mandi pagi lagi.. heheh..
kes malas nak pi keje... alasan



9. Beli Aircond
~ alhamdulillah.. ni pulaks masa aku pregnant Fateh.. malam jer.. sikit2 panas..
ngomel sorang2.. disebabkan sayang kat isteri tu yang dia belikan...
thank your my dear.. luv u..



10. Percutian
~ tahun ni cuma dapat pi Genting Highlands, Cameron Highlands dan Penang..


 

 

 

 

 

11. Belajar Tajwid ~ tunda ke Tahun 2010

12. Cantikkan Taman Raudhah
~ rasa aku ok lah.. cantik gaks.. nak lebih cantik byk kos maaa..
so, aktiviti ni akan digugurkan dari list tahun depan sebab sampai bila2
pun akan sentiasa di ubah suai..









Checklist impian aku..
1. Pregnant untuk adik Amiera (alhamdulillah..)
~ bersyukur atas kurniaan-Nya yang tak terhingga.. boy laks tu.. lengkap sudah rasanya kehidupan kami di dunia yg fana ini.. cewah..


 



2. Berani Drive ~ tunda ke Tahun 2010

3. Gemuk - ntah bila leh gemuk ni?
~ akan dikeluarkan dari list tahun hadapan sebab aku memang susah nak gemuks..

4. Helmet (Versi Pink)
~ kebetulan ada jual kat kedai Motor berhampiran Manjaku Bangi..


5. Beli Set Brg Emas Amiera
~ alhamdulillah.. dapat juga ganti yang hilang tu.. special for her birthday on 22 August..


6. Digital Camera (Versi PINK) ~ tunda ke Tahun 2010

7. Laptop (Versi PINK) ~ tunda ke Tahun 2010

8. Kancil Baru Auto (Versi PINK)
~ Aitt.. ni pun tercapai ke??? actually tak pun.. apa yang di plan tak jadi..
lain pulaks yang di beli.. tapi kira one of impian 2009 lah yer..



Checklist impian Villa Raudhah..
~ setakat ni Bar Stool warna putih jer yang mampu aku beli sebab masa aku pregnant aku langsung takde mood nak deco2 ni.. yg lain2 akan ditunda ke 2010 tapi tak sure mampu ke tak aku tunaikan nanti.. just wait and see ya..

1. Langsir baru untuk Bilik Utama & Bilik Tetamu
2. Beli Kerusi panjang English Style
3. Cat Perabot jadi putih
4. Beli Bar Stool warna putih


5. Gantung frame kat area tangga
6. Beli Dining Table warna putih
7. Beli Almari Hiasan Warna Putih
8. Wallpaper untuk ruang tamu
9. Beli Carpet or Floor Mat English Style
10. Jadikan tingkat bawah Shabby Cottage

Untuk impian 2010.. check kat list side bar sebelah lah yer.. tak byk pun.. takut tak tercapai..

Comments

Puteri Satu said…
Encik Vios tu yang tak tahan tengok tuh...wekekekek.... apapun tahniah dengan apa yang tercapai....

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah