Posts

Showing posts from August, 2009

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Putera Kami : Muhammad Fateh Azfar

Image
Gambar ini disiarkan atas permintaan sedara mara dan kawan2.. Sehari selepas dilahirkan.. Lepas keluar wad akibat jaundis.. Amiera yg seronok dapat baby.. berkerut dahi si Fateh nengok orang sebelah dia.. ni pulaks.. gambar amiera masa dia dilahirkan... ada iras2 Fateh tak?

Aku dah selamat bersalin

Salam semua.. Just nak bagitahu yang aku dah selamat melahirkan baby boy seberat 2.7kg pada 2.10 petang 20 Ogos 2009 yang lalu secara pembedahan di Hosp. Pakar AnNur Bangi.. Semuanya telah selamat dan sekarang aku sedang berpantang.. Cerita selanjutnya sebelum, semasa dan selepas bersalin akan di story mory lepas aku sembuh sepenuhnya ya.. selamat berpose untuk semua blogger..

2nd Pregnancy ~ Menghitung Hari

Salam pagi Isnin... Sabtu lepas aku ada appointment dengan doc pakar An-Nur.. masa sampai staf kat situ kata Doc Fatimah takde.. digantikan dengan Dr. Anita.. takpelah nak wat cemana kan.. Lepas check tekanan darah, berat (naik sekilo lagi) dan urine... aku pun kuar lah pi minum kat kedai berdekatan.. malas nak tunggu kat dalam klinik pakar tu.. ramai siot orang hari Sabtu ni.. Dalam sejam aku masuk balik ke klinik.. tak lama lepas tu nama aku pun dipanggil... Dr. Anita ni pun baik.. aku pernah jumpa dia dulu, pun menggantikan Dr. Fatimah.. masa tu dia pregnant.. lanni dah slim balik.. kandungan sekarang dah berusia 37 minggu.. masa scan.. baby alhamdulillah.. anggaran berat dalam 2.5kg.. naik lah jugak walaupun tak banyak.. air ketuban semua cukup.. cuma baby still songsang.. Dr Anita tak bagi aku pi urut.. memang aku tak ingin mengurut pun.. geli siot urut kat perut.. Lepas scan tu.. Dr. Anita suggest aku jumpa Dr. Fatimah pada hari bekerja sebab Dr Fatimah akan decide bila a

2nd Pregnancy ~ Alhamdulillah.. kandunganku membesar walaupun sedikit..

Salam semua... Semalam aku ada appointment dengan doc Fatimah.. berdebar jugak sebenarnya.. sebab aku takut kena tahad wad terus.. mungkin bersalin awal... Lepas daftar, check tekanan darah, timbang berat ngan urine.. so, far berat aku dalam seminggu ni naik 1kg.. so, aku boleh agak baby mungkin naik jugak.. Sementara menunggu nama aku di panggil.. aku jumpa opismate yang dah lebih sebulan selamat melahirkan baby girl.. comel sangat.. tahniah yer kak Hazrina.. aku jugak jumpa member lama masa aku bujang dulu.. Jaja.. pun dah selamat.. lanni tengah pantang.. tahniah jugak yer Jaja.. Masa jumpa Doc, dia dah kenal patient dia yang saat2 akhir ni.. kalau mula2 dulu tu tak berapa prihatin sangat.. tanpa membuang masa doc suruh aku baring.. nak scan baby.. tengok perkembangan baby.. Doc bagitahu.. kalau air ketuban berada di bawah aras 5, aku akan di operate hari ni jugaks... erkkk.. aku dah terkedu... check punya check.. aras 8.. alhamdulillah... selamat aku.. risau jugak sebab ba

2nd Pregnancy ~ Semalaman Aku di Wad

Image
Tajuk cam gempak jer.. walhal tak de menda pun... Actually.. semalam aku pi jumpa Dr. Fatimah.. nak wat check-up biasa.. pastu.. doc tengok aku semacam.. aku kata lah aku batuk... dah seminggu tak baik2... Then dia suh aku baring nak scan baby.. bila tengok perkembangan baby.. berat baby cuma 2.1kg pada usia 35 minggu.. kiranya tak normal macam baby yang lain.. bila check air ketuban pulaks.. cukup2 jerk.. memandangkan baby aku still songsang... so, doc kata kalau nak ubah posisi pun agak mustahil sebab air ketuban ngam2 jer... doc risau.. so, dia suh aku berehat seminggu.. dia akan bagi mc.. waaaa... seronok aku dengar... husband pulak suggest kat doc suh aku duk spital.. doc kata tak de masalah.. lagi senang nak monitor .. tapi aku menolak sebab kesian kan Amiera.. lagipun berehat kat rumah macam2 leh dibuat.. nak makan apa pun aku punya suka.. alah.. seminggu jer.. pastu dah kena jumpa doc.. kalau baby tak membesar jugaks.. maybe kena tahan lagi.. Untuk sementara... doc sugges