Fateh pada usia 5 bulan



Selasa lepas, 26hb.. kami ke klinik AnNur. nak dapatkan injection 5 mth Fateh dan vaksin rotavirus (ubat minum) kali ke-3. Kalau ikutkan tarikh ni.. Fateh baru berusia 5 bulan 6 hari..

Apa yang Fateh boleh buat pada usia begini??

1. Menangis.. kuat btul suara dia.. ikut gen sapa lah agaknya tu..

2. Meniarap.. senang dah.. hanya boleh move ke belakang jer.. ke depan tak pandai lagi..



3. Kalau suka.. tersenyum sambil nganga.. suara takde..

4. Pantang dengar suara dan nampak aku.. amboiii.. bukan main suker dia.. kaki dan tangan dia tak duk diam..

5. Dah pandai angkat kaki.. main tarik2 stokin..



6. Berat dah 7.5kg.. ni belum start makan ni.. Dr. kata dah boleh bagi makan nestum rice tu.. waaa.. makin semangat ler nanti ni..



7. Purata tumbesaran kalau ikut graf tu.. solid laaa.. tak obes dan tak kurus sangat.. yang sedang2 aja..



8. Rambut Fateh dah tumbuh sikit esp. bahagian depan.. bahagian belakang masih halus2..

9. Dah pandai main air liur.. hembus2..

10. Kalau dapat satu2 barang tu.. esp. kertas atau plastik.. akan di ramas dgn penuh geram.. keluar suara garau dia.. kalau sesapa ambik barang tu.. confirm menjerit dia..


Mandi Manda

Semalam kami pi Tiara Beach Resort (TBR) kat PD.. saje bawak Amiera ngan Fateh ke sana.. dah lama tak pi sana.. seingat aku sejak tahun 2006.. masa tu umur Amiera baru 2 tahun.. punyalah lama.. rasa macam tak de lah lama sangat.. walhal bukannya jauh sangat pun..

Macam biasa.. kami booking tempat melalui kawan opis hubby aku.. dia ada share ngan TBR tu.. takde lah share besar mana.. dia ada beli apartment kat situ.. so, dapatlah harga murah sikit dari biasa..

Sebelum check in kami jalan2 dulu kat Teluk Kemang.. nak mandi laut memang takut giler aaa.. macam2 cerita.. ada kata buaya.. ada kata ikan yu.. mcm2 andaian... tapi yang pasti tak tahu spesies apa yang menyerang.. peniaga2 kat situ marah bila orang buat cerita tentang buaya.. diorang menafikan.. tak kisah lah kan.. pada aku yang penting... totap tak mau mandi.. tak mahu menanggung risiko.. malang tak berbau beb..


Amiera bergaya ngan legging baru..


Fateh peliks.. angin kuat.. sejuk jer.. kat mana ni yer mama..

ni pics sekitar dalam bilik yer..


anugerah ALLAH..



sapa2 mau mandi manda bersama anak2 sambil rehat2... this is the right place.. tak jauh esp. utk sekitar KL, Sel, Mel..

Lepas check in... rehat2 sat.. Amiera dah tak sabar2 nak mandi.. sibuk ajak papa dia... nak tak nak kenalah hubby temankan.. aku duk bilik jer ngan Fateh... lepas sejam.. baru diorang balik.. seronok giler si Amiera.. dulu punyalah kecut perut.. sampai nangis2... lanni.. dialah heroinnya.. dah penat.. dapat sebotol susu.. zzzzzzzzzz... lena daaa...

sekitar pemandangan di luar.. snap dari bilik jer ni.. kena zoom sikit..



Dalam kul 6 lebih.. sambung mandi balik.. kali ni aku bawak Fateh keluar sekali.. masa ni cuaca tak panas.. tengah mendung cam nak hujan.. sekejap jer.. kul 7 kami balik bilik..




tengok tu.. seronok sungguh Amiera..


Fateh pun nak try gaks.. sekejap jer.. pastu dah menggigil.. hiks..


my heart & my soul.. tgk muka kelat Fateh.. menahan sejuks..

















Esoknya.. cam biasa... Amiera pagi2 buta dah bising2 nak mandi.. so, cuti ni penuh ngan aktiviti mandi manda...

Oklah.. tak mau citer lagi.. aku dah nguap dah ni.. ngantuk wei... salamz...


Sendiri..

Sendiri.. menempuh hidup.. lalalalalala... uols tahu ke lagu ni.. sapa yerk yang nyanyi..

Tajuk poyo jer kan.. actually.. masa ni aku bersiaran secara langsung di rumah yer.. sendirian.. alone.. just me and my house.. hubby?? Amiera??? Fateh?? diorang tak de dalam umah ni.. aku sorang2 jer tau.. sedih oooo... wakakaka.. poyo lagi..

Tengah aku menaip ni.. sebelah umah aku ni sedang hangat bermesyuarat.. mesyuarat agung yang pertama kat taman aku ni.. aku sebagai isteri pengerusi penaja dah jalankan sedikit tanggungjawab aku... hahahahha... buat air jer.. senang.. yg lain2 tu diorang dah uruskan.. harap2 hubby aku tak dilantik ler jadi pengerusi untuk tahun ni.. boleh spend banyak masa ngan kami.. kalau tidak sibuk memanjang... arghhh...

Amiera??? mmmm.. tadi elok jerk duk depan TV.. hilang jer papa dia.. mmmm.. dia pun hilang lah.. anak papa kan.. dia pun nak wat undian kot sapa jadi pengerusi.. hiks..

Fateh??? mmm.. dari pagi tadi dah takde.. orang dah culik dia.. hehehhe.. actually semalam.. kakak yang pernah jaga Fateh dulu call.. anak2 dia yg seramai 4 orang tu teringin sangat nak tengok Fateh.. so, for the whole day.. Fateh ngan diorang lah... senang sikitlah keje aku tolong hubby harini.. oh ya.. kakak tu jiran aku.. tak jauh dari rumah aku ni.. masa kakak tu ambik Fateh tadi.. AMiera senyap jer.. terus tarik muka ngan aku.. marah sungguh dia kalau orang ambik adik dia.. hehehehe..

Sebelum terlupa.. dulu aku ada bagitahu pasal nak publish n3 pasal koleksi legging Fateh kan.. so, setakat ni ada 5 helai.. comel2 siot.. ada rezeki lebih nak beli lagi... kata hobi.. kan..




AMiErA with her new Uniform

salam..

xde story sangat... layan kisah AMieRa dulu lah yer..

Tahun ni.. AMieRa dah masuk 6 tahun.. tahun depan dah start Darjah 1.. risau siot.. dugaan nak masuk Darjah Satu ni.. kena train dia siap2 setahun ni.. nak suh dia belajar berdikari dan jadi berani.. nanti tak pasal2 kena buli kat sekolah..

Oh ya.. nak citer skit pasal yuran tadika Amiera ni (tadika swasta bukannya Kemas yer) ... tahun ni mak aaaiiiii... makin mahal siot.. tahun lepas dalam 800 lebih jer... tahun ni total semua lebih 1K.. terkedu aku.. terkulat2 nak bayar cash.. macam nak masuk Unibersiti gamaknya..harap2 guru2 jalankan amanah dengan sewajarnya.. so, kalau uols yang ada anak2 nak masuk tadika especially area Putrajaya ni.. siaplah duit banyak2 yer..


alahai comelnya anak mama ni yer.. kesian dia.. habis setiap pelipat kulit dia.. kat leher pun kena.. ekzema..


Klinik lagi ..

Hari ni.. pi klinik pakar kanak2 AnNur lagi.. Fateh kena batuk ngan selesema.. baru jer nak elok ruam kat punggung.. dah kena batuk pulaks.. adoiii.. macam2.. bukannya aku tak nak pi klinik biasa.. kat depan umah aku ni pun ada klinik.. tapi aku lebih suka pergi ke klinik yang memang arif pasal kanak2 ni.. dulu masa Amiera.. selalu gaks pi klinik biasa ni.. tapi tu ler.. tak gak sembuh2.. kadang2 Dr yg bertugas pun bukannya arif pasal kanak2 ni.. so, based on an experience.. this is the best solution.. hati kita puas dengar nasihat dari yang pakar..

Sampai kat klinik dalam kul 11 lebih.. punyalah ramai kalau hari cuti ni.. nak pulaks yang nak jumpa Dr. Arbaiyah.. kami plan nak jumpa Dr. Arbaiyah jugaks.. tapi ntah cemana mungkin staff tersilap.. jumpa Dr lain.. Dr yg rawat Fateh masa mula2 kena chicken pox dulu..

Bila dia tengok rekod Fateh.. baru jer jumpa seminggu yang lepas.. dah datang balik... hehehhe... mula2 timbang dulu... berat Fateh dah 7.1kg.. alhamdulillah naik jugak walaupun sakit2.. pastu dia check dada dan tekak.. sebelum tu dia check dulu ruam.. aku explain pasal chicken pox.. bila aku cakap Dr sebelum ni kata bukannya chicken pox.. tapi kawasaki.. mmmm... Dr ni pun faham.. dia pun mencelah.. katanya bukannya kawasaki.. tapi kosaki.. apa2lah.. asalkan bukannya chicken pox.. Dr sarankan kami supaya Fateh ambik suntikan untuk chicken pox.. next time lah.. kesian laks dia.. tengah tak sihat ni..

Nasib baik batuk Fateh tak terlalu kerap dan tidak terlalu kritikal.. bila aku kata kahak banyak.. tapi baby biasalah mana reti nak buang.. terpaksalah telan.. Dr kata ok sebab akan masuk ke perut dan akan keluar melalui proses perkumuhan.. bila Dr check pernafasan dia.. so far tak delah ketara sangat bunyinya.. alhamdulillah..

Ubat dah dapat.. itu yang penting.. aku tak nak tanggung risiko kalau dah makin teruk baru sibuk nak ke klinik..


batuk2 pun nak meniarap gaks tu... pastu mulalah meleleh hingusnya..


opppss... legging Fateh dah sampai tau... nanti aku publish story kemudian yer..


Fateh pada usia 4 bulan

Salam semua..

Fateh dah 4 bulan pada 20 Dis 2009 yang lalu.. sajer aku tak nak wat n3 awal2.. sebab masa tu tak jumpa Dr lagi..

Kami jumpa Dr 29 Dis yang lalu.. itu pun sebab kat celah2 peha Fateh dah merah2.. sampai melecet2.. macam kena ruam lampin.. tapi cam biasa si Fateh ni langsung tak nangis kesakitan..

Kali ni Dr yang kami jumpa bukannya Dr yang rawat Fateh masa dia kena chicken pox..

Kami sampai kat klinik dah nak pukul 8 malam.. nasib baik kami orang kedua.. lepas kami sampai.. ramai lah jugak parents yang datang bawa anak2..

Jumpa jer Dr.. aku bagitahu pasal ruam fateh.. dan kisah dia kena chicken pox.. Dr pun terkejut.. macam mana dia boleh kena chicken pox sebab dia dah dapat antibodi selepas dia dilahirkan..

Lepas tu aku bagitahu.. Fateh tak demam langsung masa chicken pox.. pastu ada kulat dalam mulut dia.. dan sekarang kat celah peha dia laks.. Dr dah suspect lain.. dia kata itu bukannya chicken pox.. itu adalah penyakit lain.. dia kaitkan dengan Kawasaki.. sebab simptom2 tu ada kaitan.. siap tunjuk gambar dalam kamera hp dia... budak dalam gambar tu kena lagi teruk.. habis sebelah muka dia.. nasib baik Fateh tak teruk sangat masa kena tu.. tu semua ada kaitan dengan kebersihan.. hmmm.. so, pada aku Fateh memang terdedah dengan persekitaran yang kotor..

Balik rumah aku cari info pasal kawasaki.. kalau ada pun hanya 10% je sama.. yg lain simptom2 Kawasaki langsung takde pada Fateh.. peliks laaa.. aku rasa bukannya Kawasaki.. mesti penyakit lain.. aku jadi serba salah.. apa sebenarnya penyakit Fateh ni.. ruam di peha masih tidak sembuh sepenuhnya walaupun dah letak ubat..

Pada aku.. Fateh mungkin kena chicken pox atau cacar air sebab simptom2 tu ada kaitan dengan Fateh.. sapa2 nak tahu leh baca kat link ni http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/CacarAirKanak_kanak.php

Oklah.. tak nak serabutkan kepala otak aku dengan info2 perubatan yang tak de kesudahannya... jom layan perkembangan Fateh pada usia 4 bulan ni..


amacam mama.. ada gaya papa tak??

1. Fateh dah pandai meniarap...

2. Fateh dah boleh gelak ketawa.. tu pun kalau orang tu pandai ambik hati dia.. hiks..

3. Rambut dia dah makin tumbuh.. Fateh still encem laaa..

4. Berat dia aku tak sure.. lupa nak timbang aritu.. dok sibuk memikir penyakit dia.. tapi aku rasa mungkin dah lebih 6.5kg..

5. Dah pandai.. tak mau tinggal sorang2.. confirm menjerit dia..

6. Kalau nak tidur tu.. tentulah mama dia yang tidurkan.. tepuk2 punggung atau bahu dia.. pastu kalau dengar suara dia.. macam ni yer... "aaa".. "aaa".. "aaa".. pastu senyap.. tangkap feeling dulu.. baru tidur.. .. macam2 pattern anak aku ni..


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty