Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Fateh pada usia 5 bulan



Selasa lepas, 26hb.. kami ke klinik AnNur. nak dapatkan injection 5 mth Fateh dan vaksin rotavirus (ubat minum) kali ke-3. Kalau ikutkan tarikh ni.. Fateh baru berusia 5 bulan 6 hari..

Apa yang Fateh boleh buat pada usia begini??

1. Menangis.. kuat btul suara dia.. ikut gen sapa lah agaknya tu..

2. Meniarap.. senang dah.. hanya boleh move ke belakang jer.. ke depan tak pandai lagi..



3. Kalau suka.. tersenyum sambil nganga.. suara takde..

4. Pantang dengar suara dan nampak aku.. amboiii.. bukan main suker dia.. kaki dan tangan dia tak duk diam..

5. Dah pandai angkat kaki.. main tarik2 stokin..



6. Berat dah 7.5kg.. ni belum start makan ni.. Dr. kata dah boleh bagi makan nestum rice tu.. waaa.. makin semangat ler nanti ni..



7. Purata tumbesaran kalau ikut graf tu.. solid laaa.. tak obes dan tak kurus sangat.. yang sedang2 aja..



8. Rambut Fateh dah tumbuh sikit esp. bahagian depan.. bahagian belakang masih halus2..

9. Dah pandai main air liur.. hembus2..

10. Kalau dapat satu2 barang tu.. esp. kertas atau plastik.. akan di ramas dgn penuh geram.. keluar suara garau dia.. kalau sesapa ambik barang tu.. confirm menjerit dia..

Comments

cepat je dah 5 bln dah si fateh.. Dia cucuk tiap bln, x demam ke kak?
Faina Arisya said…
lepas cucuk tu bagi makan ubat demam.. confirm tak demam pastu.. hehehhe..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah