Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Amiera.. Amiera.. Napelah lasak sangat sayang..


Aku nak tanya uols ler especially kaum2 ibu.. kalau uols nampak muka anak anda macam ni.. berdarah sana sini??? bengkak2.. sedih tak???


Inilah dia wajah yang ditimpa musibah hari ni..

Dah banyak kali aku pesan.. duduk diam2.. jangan lompat sana.. lompat sini.. tup2.. kena jugaks.. haiiii... susah mau cerita.. aktif sangat..

Kejadian berlaku pagi tadi.. dalam klinik AnNur.. kami bawa Fateh ke klinik sebab demam dia tak kebah2.. ruam dah muncul2 kat badan dia.. aku risau kalau makin serius.. tengah2 menunggu tu.. gedegangggggggg.. tak tahu ler nak explain bunyi tu.. memang aku nampak depan mata Amiera jatuh.. tergamam.. aku dengan dukung Fateh tak leh nak buat apa.. cuma aku jerit suruh hubby angkat Amiera.. cepat2 aku ambik tisu sebab aku dah nampak darah kat bibir dia.. Amiera menangis tak hengat.. aku suh hubby pi cuci mulut dia..

Masa Amiera tengah cuci mulut, ada sorang lagi budak lelaki jatuh jugaks.. pun berdarah mulut.. memang aku akui.. lantai papan di klinik licin.. so, budak2 yang aktif bermain pasti akan jatuh.. beberapa minit kemudian.. nama Fateh di panggil.. cepat2 aku bawak Amiera masuk jumpa doc.. doc suh staff dia ambik kain yang lap luka tu.. lepas dia tengok mulut Amiera (sambil Amiera menjerit kesakitan).. dia kata darah dah berhenti.. so, tak perlu jahit.. ok lah.. then doc bekalkan ubat sapu... masa tengah rawat Fateh.. Amiera tak henti2 nangis.. aku tahu.. aku pun rasa kesakitan yang Amiera alami.. hanya ibu2 yang memahaminya..

Kes Fateh pulaks.. demam dia disebabkan virus.. lepas dia makan antibiotik.. doc kata mungkin demam dia akan beransur pulih lepas ruam2 tu keluar.. kahak dia masih banyak.. so, doc suggest ambik neb lagi... kalau esok demam dia masih kuat.. doc suggest Fateh di tahan wad..

Lepas Fateh ambik neb.. aku perasan yang dagu Amiera bengkak.. aku takut effect lain kat dagu dia.. cepat2 aku minta staff kat situ bawa Amiera jumpa doc.. kebetulan sebelah tu ada doc sorang lagi.. bila dia nampak dagu Amiera dah bengkak.. dia suh staff bekalkan ubat bengkak dan demam.. doc kata darah beku kat dalam..

Sepatutnya aku kena kerja lepas pi klinik.. tetapi memandangkan Amiera di timpa malang.. aku terpaksa EL lagi.. tak sanggup aku nak biarkan dia..

Comments

Puteri Satu said…
ya allah amiera.... adohai... akak pulak rasa nak nangis tengok keadaan amiera...

Cam tuhla bebudak faina... klu diam tu bukan bebudakla namanya... Bila jatuhnya ni??? semalam ke...?
Kebod's Family said…
Hai Amiera.... mesti sakit giler tuh.... beriya sangat main nyer sampai jatuh macam tu....
Faina Arisya said…
kak Puteri.. saya nengok pun ngeri.. dia jatuh pagi semalam...

ju.. maunnya tak sakit.. sib baik tak menggelupur..
Lelord said…
adoiiii, masa najlaa jatuh katil umor 9 bulan Lela nangis x hengat dunia... BB nangis jap jek mama yg lebih. Mau x bdarah bibir gg dh banyak, lak tu idung bengkak sket
Faina Arisya said…
mamanajla..

salam kenal yer.. tu lah kan.. anak2 kalau jatuh ni.. mak akan terasa jugak sakitnya..
Faina Arisya said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah