Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hot Air Ballon Putrajaya

Banyak sungguh promosi dari kawan2 blogger pasal hot air balloon.. teruja gak ler nak pi tengok.. memandangkan hari Jumaat.. esoknya pulaks cuti.. so, singgahlah sat kat Presint 2.. kebetulan pulaks ada pasar malam.. memang sesuai ler.. akal malas nak masak.. hehehhe..

Amiera ler paling excited tengok... pergh.. cam pesta.. ramainya manusia.. nak2 pulak time cuti sekolah ni.. jenuh selit sana selit sini nak cari parking... itupun terpaksa redah kawasan berumput.. nasib baik kereta takde apa2..


snap gambar dari dalam kereta..


antara mainan yang ada special untuk kanak2 sahaja.. RM4 per entry..


2 belon ni tak naik2.. pesal ntah.. api beriya2 keluar.. jenuh jugaks nengok geng2 nak naikkan belon tu..


muka bengang sebab tak dapat mainan yg ada kuar belon air tu... hiks.. dah besar pun nak mainan budak kecik.. muncung jerk.. selagi tak dapat.. bila dah dapat.. senyum sampai telinga..


bergambar dalam paksa..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah