Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Klinik AnNur lagi..

Sabtu lepas.. kami terjah balik klinik AnNur.. mmm.. bulan 3 ni jerk.. dah berapa kali kami pi klinik.. kayo lah Dr. kat AnNur tu..

Sampai sana.. aku register Fateh dulu.. kali ni aku mintak nak jumpa Dr. Khairul Anuar.. Dr ni baik gaks.. teliti gak ler kalau check budak2.. malas pulak nak jumpa Dr. Arbaiyah sebab customer dia ramai... lagipun kami nak pi klinik pakar kulit untuk check penyakit Amiera tu..

Then kami pi klinik pakar kulit yang tak jauh dari klinik pakar kanak2.. jalan kaki sajork.. kalu penat leh singgah minum kat kedai yang berhampiran.. mak aiii.. ramainya orang.. nak2 pulak hari Sabtu kan.. ramai jugaks orang kat Malaysia ni mengidap penyakit kulit dan alahan.. Amiera dijangka dapat jumpa Dr. pukul 1 ke atas..

So, kami berpatah balik ke klinik pakar kanak2.. baru turun tangga jerk.. aku dapat call.. klinik pakar kanak2.. aitt cepatnya.. kelam kabut kami pi..

Tak sampai setengah jam.. bab Fateh dah settle.. oh ya.. Fateh ambik suntikan optional iaitu Influenza.. pastu Dr bagi Ventolin Enhaler warna orange.. pakai 2 kali sehari sahaja.. Dr kata yang ni lebih bagus.. wallahualam..

Memandangkan masih awal untuk jam 1 tengahari.. kami ronda2 ke Warta.. ingat nak terjah Romantika.. tup2.. kedai dah tutup maaa.. baca iklan kata dah pindah ke Metro Point Kajang... huk aloh.. mesti tak berapa laku ni.. walhal kat Kajang tu memang dah lama kedai tu kat situ.. hampeh tul.. nak tak nak.. ronda jerlah.. semata2 nak menghabiskan masa..

Sampai kat klinik dalam 1 lebih.. masih ramai lagi.. tunggu punya tunggu.. jam dah kul 2 lebih.. perut dah lapor.. last2 soru dulu..

Masa jumpa Dr., Dr bleh ingat lagi.. dia ingat wajah Fateh yang sentiasa tersenyum.. Amiera aku rasa dia dah lain macam.. mula2 datang klinik ok jer.. leh nyanyi2 lagi.. bila Dr suh tanggal baju.. check penyakit Moluscum dia tu.. banyak yang dah mati.. alhamdulillah.. Dr siap puji sebab jarang pesakit yang cepat baik.. sekali sembur banyak yang mati.. biasanya lebih 5 kali kena sembur baru ok.. dalam hati aku ni.. mana taknya.. setiap malam aku tenyeh krim kat kulit Amiera.. hehehe.. punyalah rajin.. kemudian.. Dr bagi lagi semburan kat bahagian yang masih ada.. sembur sekali jer dah melolong Amiera.. nasib baik tak banyak.. letih aku nengok dia menjerit sakit.. setiap malam aku sapu kat kulit dia.. aku selalu pesan.. kalau nak cepat baik duduk diam2.. nanti kena sembur.. bengang jerk Amiera.. hiks..

Comments

nizza-abira said…
nizza juga salah sorang yg mengidap alahan :P
btw, moga mira cepat sembuh ye

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah