Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Moluscum Contagiosum

Uols pernah dengar atau baca tentang Moluscum Contagiosum..

Hari ni aku nak jadi pakar kulit yer... Kalau uols nak tahu ia adalah satu jenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis virus di antara keluarga PoxVirus.. Kebiasaannya ia akan menyerang kanak-kanak dan remaja.. ia juga boleh berjangkit secara langsung..

Kenapa aku jadi pakar kulit yang tak diiktiraf ni??? sebabnya... si Amiera telah menjadi salah satu mangsanya.. punca disebabkan mungkin Amiera share towel or something ngan kawan2..

Kesian Amiera.. dah lah dia ada ekzema.. kena pulaks penyakit lain...

Masa kami pergi klinik pakar kulit AnNur sabtu lepas.. Dr. Pakar tu memang bagus.. dia explain langkah2 penjagaan bagi pesakit yang ada ekzema..

Antaranya:

1. Elakkan penggunaan karpet di dalam rumah
2. Elakkan mainan2 yang berbulu
3. Elakkan dari membela kucing atau binatang yang berbulu
4. Beli mite protector untuk lindungi tilam
5. Kalau nak beli vacum, beli yang ada Hepa Filter.. actually sekarang ni kebanyakan vacum dah ada features tu..

Uols tahu kenapa?? sebabnya ada sejenis musuh dalam diam yang dikenali House Dust Mite.. musuh inilah yang akan menyebabkan ekzema Amiera susah nak sembuh walaupun pelbagai krim atau ubat digunakan..

Lepas dia explain panjang lebar... dia pun wat rawatan yang berbentuk semburan (sejenis cecair tak ingat apa namanya yang mana suhunya ada -100 darjah celcius.. giler sejuk..

Masa Amiera wat rawatan.. menjerit melolong dia kesakitan... bila cecair tu kena kat kulit dia.. disebabkan kesejukan yang amat.. dia rasa macam kena cucuk dengan jarum.. giler.. kalau aku pun tak sanggup.. tersedu sedan Amiera menangis.. dalam sejam lebih baru dia ok sikit.. next week kena jumpa Doc tu balik..

Comments

O said…
kak, herO saya pun ekzema
kat AnNur siapa nama pakar yang akak jumpa ni?
nak try rujuk sana pulak lOr...
Faina Arisya said…
bonda..

tak ingat sapa nama Dr. ni.. Dr. India tapi memang bagus.. baik sesangat.. dia ada setiap sabtu.. klinik dia sebelah pusat SPA.. kalau dari klinik pakar kanak2 tu, kena lalu kedai makan.. then lalu SPA.. klinik tu tingkat atas..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah