Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Anak Dara Ku

Gambar terkini Amiera.. selepas sembuh dari luka... parut masih ada.. kesan lebam masih ada..

Aku dok sibuk belek2 digi cam aku.. dia pun mencelah..

Amiera : "Tak nak tangkap gambar Amiera ke Mama?"

Aku : "mmm.. ambik dalam bilik Amiera la.. bilik Amiera kan cantik.. "

Sajer nak ambik hati dia.. tak nak dia rasa kecil hati.. asyik gambar adik dia jer yang banyak.. kita jadi ibu ni kena berlaku adil kat anak2.. jangan ada yang terasa hati..


sila abaikan tilam yang takde cadar tu yer..


ni ler anak dara aku.. kakak yang rajin jaga adik dia.. mama sayang Amiera tau!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah