Fateh pada usia 8 bulan

** Sticky Entry Until 20th Mei 2010. For New Entry Please Scroll Down ***



Salam..

Fateh dah 8 bulan yer.. masuk jer usia ke bulan baru.. dia demam balik.. adoiii laaaa... dengan cirit yang tak sembuh sepenuhnya... datang pulaks selesema dan demam... batuk pun dah kedengaran balik...

Kesian dia.. selagi tak masuk usia setahun.. macam2 penyakit.. almaklumlah kan.. khasiat susu ibu dapat sikit jer.. tak sampai sebulan.. terpaksa bergantung sepenuhnya dengan susu lembu...

Sekarang ni Fateh minum Isomil.. soya based.. tapi kesian.. susu tu tak sedap kot.. sebab tu tak pernah habis minum... so far cirit dia dah kurang.. ruam pun dah hilang.. cuma aku risau nak tukar balik ke susu lembu.. kena pelan2.. step by step.. nak bagi serasi balik ngan susu lembu.. aku tak mahu selamanya bagi Fateh susu soya..

Ok.. dah masuk 8 bulan ni.. perubahan ketara Fateh yang aku nampak..

1. Dah boleh merangkak.. punyalah lama.. patutnya merangkak dulu baru berdiri.. ni tidak.. berdiri dulu baru nak merangkak.. ni mesti kes malas.. ke nak bagi lutut cantik.. hiks.. apa-apa aja lah..

2. Lasak tu memang tok sah kata lah.. anak lelaki..

3. Berat?? aku tak tau lagi.. maybe this week kami pi klinik.. nanti aku update aaa... harap2 janganlah turun.. yelah kan hampir 2 minggu cirit birit..

4. Kalau duk dalam walker tu.. suka bebenor nak capai macam2.. esp. koleksi2 aku... arghhh.. sabor..sabor..

5. Sekarang ni kalau hantar ke taska.. masih ok lagi.. tak de nangis2.. ye lah kan.. mungkin tak berapa faham makna kena tinggal.. tapi bila kami ambik petangnya.. nampak riak muka dia.. gembira campur tertanya2.. ntahlah.. aku nak explain pun susah.. kalau dia nampak aku.. terus dia macam nak nangis dan cepat2 datang kat aku.. pastu dia belek2 muka aku ni.. cian Fateh.. mama terpaksa sayang oiii... ibu mana yang sanggup berpisah ngan anak lama2.. kalau boleh sepanjang masa bersama..

Update 29 April 2010

1. Cirit fateh dah takde.. cuma pagi tadi.. dia nangis2 masa berak.. nak kata keras tu takdelah sampai berketul2.. tapi cam susah jer aku nengok dia meneran.. takkan susu Enfalac FL tu boleh buat berak keras.. aku plan nak bagi susu Enfalac FL tu sampai pertengahan bulan Mei.. pastu nak start try Enfapro.. hopefully takde masalah lah pasni..

2. Fateh dah start menangis bila aku hantar ke taska.. aku sebut jer bye2.. lambai2 kat dia.. start ler nangis.. hehehhe.. makcik tu pujuk kejap dia.. pastu oklah.. sedih pulaks aku.. huhuhu..



Update 06 Mei 2010

1. Fateh dah pandai melawan.. kalau dia geram atau marah ke.. dia akan genggam tangan dia.. pastu menjerit... hehehehe.. lawak tul.. aku ngan Amiera suka sakat dia.. lenkali aku snap gambar dia tengah geram yer..



2. Fateh dah pandai bercakap dengan bahasa dia.. atah.. atah.. lebih kurang camtu ler..

3. Berat Fateh dah 8.2kg.. naik sikit lepas sembuh dari cirit..



Layan gambar terkini Fateh yer..





4 omelan:

Puteri Satu said...

comel sangat fateh ni.. husband akak selalu dukong fateh... dia kata.. fateh tu comel... hahaha.. dah teringin nak baby lagi la tu gamaknye.. hahaha...

Faina Arisya said...

yeke kak.. itu dah petanda baik tu.. aqilah pun dah besar.. seronok dia kalau ada kawan..

Ibu Kimie & Balqis said...

Hai Faina...sebaya anak kita..sama la mcm balqis sekarang ok lagi pagi2 antar rumah 'mak' masih boleh senyum2 tp bila 'mak' dia hulur tgn dah tak nak...nnt klu dia dah faham mesti dia nangis...hwaa.. tak sanggup...

ummiaisyah said...

Salam kenal,
bila anak2 sakit, mak2 tak dapat senang kan..hope fateh cepat2 sembuh

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (49) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (111) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty