Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Haa.. tipu lagi..

Ahad lepas.. walaupun dah basi.. kes pun dah selosai.. tapi aku tetap nak menaip kat blog ni.. at least.. senang nak ingat kalau ada apa2 pertanyaan dari yang dipertua pengerusi.. hiks..

Biasalah kan.. awal2 pagi Ahad.. dengan semalamnya aku kepenatan seharian.. dah bukak mata tu adoilaaa... susah sungguh.. letih siot..

Tiba2 terngiang2 dengar hubby aku bercakap ngan somebody dalam phone suh datang ke sebuah rumah jiran.. aku wat dek je lah.. alah.. pengerusi.. ada je hal nya...

Sambung layan mimpi yang indah...

Dalam setengah jam kot... hubby aku balik.. katanya ada 2 budak kena tangkap.. kesian katanya.. kecik2 lagi.. belasan tahun.. tertangkap sebab cuba mencuri kasut di kediaman student USIM.. mulanya diorang ni tak nak mengaku.. katanya jogging... kalau jogging awat masuk umah orang... dah lah kecik.. kena belasah ngan jiran2 setaman yang memang dah geram ngan pencuri2 ni.. nasib baik tak teruk kena belasah... dengarnya juga mereka ni jiran dari taman di sebalah..

Lepas kena belasah.. diorang di bawa ke balai polis.. mak ayah diorang wat rayuan untuk bebaskan anak2 mereka.. tapi yang aku terkilan.. budak2 tu langsung tak nangis.. muka selamba rock jer.. takde rasa bersalah.. mak diorang siap nangis2 lagi.. tak kesian ke ngan mak tu.. puas mak ayah diorang bagitahu yg anak2 diorang bagitahu mereka.. yang diorang nak pi jogging.. tu ler akibatnya tipu mak ayah.. bala turun time tu jugaks..

Selepas berbincang, akhirnya diorang dibebaskan dengan jaminan mak ayah diorang.. kesian sebab diorang ni kecik lagi.. kalau diorang di dakwa.. masa depan diorang gelap.. makin kuranglah anak2 Melayu yang boleh berjasa dengan bangsa dan agama.. tapi pihak persatuan dah berpesan jika mereka dijumpai lagi berkeliaran di kawasan taman kami.. mungkin ada yang tidak teragak2 berbuat sesuatu yang diluar jangkaan... anda telah di kenal pasti!!

Aku malas nak komen banyak dalam n3 ni yer.. sebab aku pun ada anak lelaki.. bukannya senang nak didik anak.. cuma kita sama2 ambik iktibar dari peristiwa ni.. anak2 zaman sekarang memang susah sikit nak di kawal.. dengan pergaulan bebasnya.. harap semua ibu bapa bersama2 mengambil berat aktiviti anak2 di luar.. jangan terlalu percayakan anak 100%.. at least 10-20% perlu ada keraguan dalam diri kita sebagai ibu bapa..

Sekian..

Comments

cheqna said…
zaman skang baik anak lelaki mahupun pompuan..semuanya ada cabaran tersendiri dalam membesarkan anak2...semoga Allah melindungi..
=)
Faina Arisya said…
cheqna..

semoga Allah melindungi anak2 kita.. AMINNNNNNNNNNN...

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah